Angel Wing Heart

10 May 2011

Lelaki tanpa Wajah , dapat muka baru. Wow.

KIRI:WIENS sebelum wajahnya hilang, TENGAH:WIENS sebelum dibedah. KANAN:WIENS memakai cermin mata.



LOS ANGELES - Seorang lelaki, Dallas Wiens yang menjadi lelaki pertama di Amerika Syarikat (AS) menerima pembedahan pemindahan muka penuh mendedahkan muka barunya kepada dunia buat pertama kalinya dalam rancangan Good Morning America terbitan ABC semalam, lapor sebuah akhbar semalam.
Lelaki berusia 25 tahun itu mengalami kecacatan wajah selepas mukanya terbakar dalam satu kemalangan kabel elektrik berkuasa tinggi pada 2008.

Dia menjalani pemindahan muka itu di Hospital Brigham dan Wanita di Boston dengan melibatkan lebih 30 doktor, jururawat dan pakar bius pada bulan Mac lalu.

Bagi Wiens, merasai semula ciuman anak perempuannya adalah pencapaian yang paling bermakna.
Kini, dia sudah boleh menunjukkan wajahnya kepada anak perempuannya, Scarlett yang berumur tiga tahun.
"Pengalaman merasai semula ciumannya selepas lebih dua tahun setengah adalah sangat menakjubkan. Sebelum ini, saya tidak rasa apa-apa di wajah saya," katanya. 

Walaupun masih buta, Wiens juga sudah boleh menghidu bauan.
Wiens mengakui, jika bukan kerana Scarlett, dia tidak akan menandatangani persetujuan untuk menjalani pembedahan bagi menggantikan hidung, bibir, kulit otot dan urat wajahnya yang amat menyakitkan. - Agensi

Kumpulan Nenek Curi Hampir 1.49j ...Wow.

GAMBAR yang disiarkan Jabatan Polis Sterling Heights menunjukkan empat nenek yang mungkin menjadi penyeluk saku paling dikehendaki di Michigan



DETROIT, Amerika Syarikat (AS) - Polis memburu sekumpulan wanita yang memakai topi mencuri kad kredit dan wang tunai yang dianggarkan berjumlah hampir AS$500,000 (RM1.49 juta) di Michigan, lapor sebuah akhbar semalam. 

Kumpulan yang terdiri daripada wanita yang digelar nenek itu mencuri dompet dan beg duit mengandungi kad kredit yang kemudian digunakan untuk membiayai kos membeli-belah mereka.
Menurut polis, wanita itu melakukan perbuatan tersebut sejak hampir setahun lalu.
Seramai enam wanita dipercayai terlibat dalam aktiviti itu.

Menurut seorang pegawai polis, Leftenan Luke Riley kepada akhbar Detroit Free Press, wanita tersebut berusia pertengahan umur.

Rakaman kamera keselamatan merakamkan beberapa gambar wanita itu yang ada di antara mereka memakai topi berwarna biru, hitam dan putih. - Agensi

 

Copyright 2016 © Syazwani Mazlan. Design by Ayu Barbydol