Angel Wing Heart

17 May 2011

Berhati-hati semua! Minuman kegemaran ramai ada 'janin'!

‘Janin’ dalam botol minuman ?!

Betul ke ni ? Ya Allah. Aku baru nak beli minuman ni. Tapi terasa loya pulak lepas dapat berita ni daripada paper. :( Sadis . Kemungkinan dalam botol minuman ni ada 'janin' . Kalau korang tak percaya belilah paper SINAR , m/s : N17 pada hari ini. 
Korang faham-faham jela botol minuman apakah ini.. ngeee~ 

KANGAR - Seorang peniaga dari Felda Mata Ayer dekat sini loya selepas mendapati dua botol air minuman ringan yang dijual di kedainya mempunyai bendasing yang menyerupai janin.



Rodali Ismail, 50, berkata, dia menyedari kewujudan bendasing dalam salah satu botol itu selepas seorang pelanggan meletakkan minuman itu di atas kaunter ketika mahu membuat pembayaran.

Menurutnya, menyedari kewujudan bendasing itu, dia kemudiannya menggantikan botol minuman terbabit dengan yang baru sebelum dijual kepada pelanggan.

“Saya kemudiannya membawa botol itu ke tempat yang lebih terang dan bercahaya bagi membolehkan objek di dalamnya dilihat dengan lebih jelas.

“Apabila diperhati, saya terkejut apabila mendapati dua botol itu mempunyai ketulan-ketulan yang menyerupai janin. Padahal tarikh luput kedua-duanya adalah pada bulan Julai dan September tahun ini,” katanya, semalam.

Rodali berkata, ini adalah kejadian pertama berlaku membabitkan air minuman sejak lebih 10 tahun berniaga.

Katanya, dia sudah berbincang dengan pihak pemborong dan pembekal yang bertanggungjawab menghantar barang ke kedainya dan mereka menawarkan sebanyak 240 botol air minuman yang sama untuk menggantikan dua botol yang rosak itu.

Bagaimanapun katanya, dia tidak bersetuju dengan cadangan pemborong itu sebaliknya memilih untuk memanjangkan perkara berkenaan kepada Jabatan Hal Ehwal Pengguna dan Jabatan Kesihatan Negeri untuk tindakan lanjut.

“Saya akan bawa perkara ini ke peringkat lebih tinggi demi memberi kesedaran kepada pembeli dan orang ramai supaya lebih berhati-hati ketika membeli air minuman dan makanan.

“Ia juga bertujuan memberi amaran kepada pengeluar minuman ini supaya lebih mengambil berat soal kebersihan dan keselamatan dan jangan terlalu mementingkan keuntungan semata-mata,” katanya.- SH

Ibu bapa berkulit Hitam dapat anak Kulit Putih!


FRANCIS TSHIBANGU dan Arlette bergambar bersama cahaya mata baru mereka yang berkulit putih dan anak lelaki mereka berusia dua tahun.


LEICESTER, Britain - Satu pasangan suami isteri berkulit hitam begitu terkejut kerana cahaya mata baru mereka merupakan seorang bayi lelaki berkulit putih, lapor sebuah akhbar semalam.

Pasangan itu, Francis Tshibangu, 28, dan Arlette, 25, sebelum ini mempunyai seorang anak lelaki berusia dua tahun yang juga berkulit hitam.

Namun, Arlette melahirkan seorang lagi anak lelaki 11 bulan lalu yang berkulit putih dan berambut perang di sebuah hospital di sini.
Cahaya mata baharu itu didapati bukan sindrom albino yang menyebabkan penghidapnya mempunyai kulit berwarna putih.

"Saya berasa amat terkejut sehingga tidak mampu untuk bercakap dan saya dapat melihat beberapa doktor saling melihat antara satu sama lain dengan berfikir bayi itu bukan milik saya.

"Kemudian Arlette dan saya saling berpandangan dan tersenyum dan saya kemudian tahu bayi itu adalah milik kami," kata Francis yang merupakan seorang pelajar universiti jurusan antropologi.
Menurutnya, dia sudah tinggal bersama dengan isterinya selama tiga tahun dan isu mengenai kecurangan tidak pernah dipersoalkannya.

"Gambaran awal jururawat ialah Arlette mempunyai hubungan sulit. Namun, saya pasti bayi itu milik saya," tambahnya.

Dia berkata, bayi lelaki itu mewarisi hidungnya dan bibir isterinya.
Pasangan itu percaya kelahiran itu berlaku mungkin disebabkan nenek moyang Arlette pernah melahirkan anak berkulit putih enam generasi lalu. - Agensi
 

Copyright 2016 © Syazwani Mazlan. Design by Ayu Barbydol