Angel Wing Heart

19 May 2011

Penyakit Jantung sudah ada zaman firaun lagi !


GAMBAR yang disiarkan kelmarin menunjukkan salah satu mumia yang diimbas dengan menggunakan komputer di Muzium Kaherah Mesir pada 10 Mei lalu.



PARIS - Seorang puteri Mesir yang hidup di antara 1580 dan 1550 Sebelum Tahun Masihi merupakan manusia pertama dalam sejarah diketahui menghidap penyakit jantung koronari.
Penyakit itu dikesan menerusi imbasan komputer yang memberikan imej terperinci ke atas mumia Puteri Ahmose-Meryet-Amon yang meninggal dunia semasa berumur dalam lingkungan 40-an.

Menurut Persatuan Kardiologi Eropah, puteri itu didapati mempunyai aterosklerosis atau satu pengumpulan bahan lemak di dua dari tiga saluran koronari.
"Pada hari ini, dia mungkin memerlukan pembedahan pintasan jantung," kata ketua analisis mumia itu, Gregory Thomas yang juga Pengarah Pendidikan Nuklear Kardiologi di Universiti of California di Irvine, Amerika Syarikat menerusi telefon.

Menurutnya, dia berasa terkejut dengan jumlah pengumpulan lemak yang ditemui itu.
Separuh daripada mumia yang dikaji itu menunjukkan terdapat tanda-tanda pengapuran dalam saluran arteri yang menunjukkan tanda aterosklerosis.
Purata kematian mumia itu ialah kira-kira 45 tahun. - AFP

18 May 2011

Adi Putra tawar RM3000 tangkap lelaki penyimbah asid!




Tawaran kanak-kanak genius Adi putra memberikan RM3000 kepada sesiapa sahaja yang berjaya memberkas penjenayah terbabit. 

Adi Putra , 12 ; berkata lelaki asid itu kejam dan biadab kerana sanggup menyimbah cecair ke arah wanita tanpa sebab sehingga menyebabkan kecacatan serta mengakibatkan masa depan mereka musnah.

Berikutan itu , Adi Putra menawarkan RM3000 dari hasil titik peluhnya sendiri sebagai habuan orang ramai sekiranya berjaya menangkap penjenayah trbabit. 

Menurutnya , wang itu hasil sumbangan orang ramai ketika dia memberi ceramah dan hasil jualan buku matematiknya. - SH

JOM SERTAI SEKARANG !! KLIK SINI !

P/S : SEMOGA PENJENAYAH TERBABIT DAPAT DIBERKAS DENGAN SEGERA. AMIN
 

Copyright 2016 © Syazwani Mazlan. Design by Ayu Barbydol