Angel Wing Heart

25 May 2011

Laman web Sony digodam di tiga negara

Haiya , macam-macam dah jadi kat sesawang ni kan.. byk hackers , godam sana sini.. huii.. best sangat ke buat kerja-kerja macam tu.. siapa yang hackers , sila angkat kaki. HAHA.. :P

TOKYO - Syarikat Sony semalam menyatakan laman webnya di tiga buah negara telah digodam termasuk di Greece. Di Greece, sebanyak 8,500 akaun pengguna Sony telah terjejas.

Namun, syarikat itu menganggap data kad kredit pengguna telah dicuri penggodam.
Syarikat itu menyatakan bahawa pihaknya pada Ahad lalu mendapati berlaku satu perlanggaran kawalan keselamatan di laman Greek Sony Music Entertainment.

Ekoran gangguan itu, pihak syarikat tersebut bertindak segera dengan menutup perkhidmatan berkenaan.
Syarikat dari Jepun itu juga menyatakan bahawa satu muka surat di laman webnya di Indonesia juga telah dipinda.
Laman web muzik tersebut di Thailand juga tidak didapati mengalami masalah dan ia kemungkinan mengalami serangan pengodam untuk mencuri maklumat. - AFP

24 May 2011

Penulis Blog Menghina Islam !

Dari semalam SM menghidu mengenai penulis blog ini.. Nauzubillah. Menghina Islam & Nabi Muhammad SAW kita semua. SM tengok ramai yang komen entry-entry yang ada di blog tersebut. Kebanyakkan entri masih baru. Makin dilayan , makin menjadi-jadi. . Semoga pihak kerajaan dan SKMM  mengambil tindakan. Boleh mencetuskan kemarahan umat Islam . Lagi2 negara kita sendiri.. Tak tahu lah agama & bangsa apa.. Tapi yang pasti blog tersebut berbahasa Melayu. Terdapat banyak gambar yang menghina Islam. Ini Blog tersebut . Sedih tengok . T_T  Taknak letak gambar menghina Islam di blog SM yang bersih ni . Tengok jela kat blog tersebut. Terkejut. Mari sama-sama kita report ke SKMM di sini !
 

Copyright 2016 © Syazwani Mazlan. Design by Ayu Barbydol