Semalam Wani berkesempatan untuk berbuka puasa bersama-sama dengan staff... Boss yang belanja.. hehehe. Semoga murah rezeki... Alhamdullilah. Kami berbuka di Restoran Aroma Hijrah TTDI Jaya Shah Alam. Suasana tempat luas dan selesa. Boleh pilih nak duduk di dalam ataupun luar. Tapi kena telefon dulu untuk book ye. Takut penuh pulak, sebab di sini, restoran ni la paling glamor sekali kat sini.. heheheh..
Antara menu di sini.. Untuk Nasi, wani syorkan korang ambil Maqlubah rice. Nasi ni ada rempah-rempah.. Kalau Nasi Mandy pulak, biasa je, takde rempah.
Kalau nak set Nasi Arab berdulang macamni pun boleh.. lagi jimat... tapi nanti dia bagi la pinggan sorang satu hehehe...
Sebelum berbuka... Masa berbuka memang full house... huhuhu
Selepas berbuka... Nasi memang banyak, sampai berlebih.. membazir gak tu huhuhu..
Apa lagi, pakat-pakat bawa keluarga, kawan-kawan, anak bini ke sini....
Restoran Nasi Arab Aroma Hijrah
Waktu Operasi : 11.00 pagi - 11.00 malam
Alamat: No.8, Jalan Opera U2/H, TTDI Jaya, 40150 Shah Alam, Malaysia
No.tel: 03-7832 1524 , 03-7832 1534