Angel Wing Heart

12 November 2012

Annual Cat Show Competition

Assalammualaikum.


Pagi-pagi aku on facebook kat hp. Biasalah, bangun pagi je mesti capai hp dulu. Godek-godek, ada pertandingan kucing dan kucing free untuk di adopt. Masa tu, hari last pameran di Harbour Place Mall, Klang. Aishh. Kira last minit aku pergi catshow tu. Nasib sempat kan. hihihi. Terus pickup kawan aku , pergi sana. Meriah betul. Ada lah jugak aku berangan nak membela kucing mahal-mahal ni. aherherher. Tapi nantilah, sebab dah ada 2 ekor kucing kat rumah. Mau gaduh nanti. hukhuk.






Kucing ni baka bengals . Paling rare lah. winner pulak tu. Kucing mahal gila ni sebab tu sombong tak pandang kamera. cis.



Kucing ni memang aktif. Kalau dapat kat aku, mau bercalar tangan. hiks


Kucing muka penyek. walaupun badanmu gebu tetap ku tak minat. :(




Sekitar catshow. keliling sangkar. Semua kucing ni, ada pemilik masing-masing.




Ha... kucing oren ni, paling besar antara kucing-kucing lain kat pameran ni. Obesiti betul. Kalau aku dukung dia, mau aku plak ya dihempapnya. kuikuikui






Kalau dah nama pun kucing bandar, kerjanya tidur jela yekk. geram betul tengok semua kucing-kucing ni. nak je pelok kuat-kuat sampai lemas. kahkahkah.


Manja betul perangai kucing ni. Nak je picit-picit perut dia. geram! hehehe


Tak leh tahan tengok bulu kucing ni. Tebal macam hutan daaaa. Gebuuuuu.


Sukaaaaaaaaaaaa warna kucing ni. gray white gituuu.



Yang ni, memang pandai posing maut depan kamera. Tak kekok langsung. Sambil tunjuk kemegahan yang dia ada. Cubit pipi tu kangg, baru tau. hahahaha



Kucing aku pulak apa cerita?

.
.
.
.
.


Ni la kerja kucing aku. Tidur je.. sampai boncit perut tu. Anak jantan betul. Kalau masuk tanding ni, confirm menang tang perut tuuu. menang punya lah. muahahaha. Tapi aku tetap sayang dia. Balik je rumah mak ayah, nampak aku terus nak gesel-gesel. siap bagi kiss lagi.



Muuuuuuuuuuuuuaaah untuk tuan saya yang comel plus baik hati sampai boncit perut tiger. ahaks. *tiger memang prihatin & pandai sikit. Suka kiss2* . Nampak je kereta aku, laju datang. padahal, kereta banyak gila kat kawasan rumah aku. Bagus, pandai hidu kereta tuan sendiri. hehehe.

Balik dari catshow, kitaorang terus pergi jusco bukit tinggi pulak. Lepak-lepak makan , terbeli pulak buku motivasi ni............... atas dorongan kawan aku sebenarnya. muahahaha. Eh, apa salahnya merancang kewangan dari sekarang. ye dak? :)




Penulisan tak rumit. Senang nak faham, jelas dan ringkas. Likeeee!

P/S: Bagi peminat kucing semalaysia, bolehlah like facebook Kelab Kucing Malaysia (KKM) di SINI atau website SINI. Boleh dapat info catshow serata Malaysia.Dan juga untuk daftarkan haiwan kesayangan korang di SINI (kalau hilang,boleh cari)

02 November 2012

Borang Permohonan BRIM 2.0 (bujang) Secara Online Dibuka


Assalammualaikum
Sedia maklum, borang permohonan BRIM 2.0 untuk semua warga bujang. Bujang bermaksud belum berkahwin atau duda atau janda yang tiada pasangan hidup. Gituuu.  Boleh je mohon dan tak kiralah dah berkerja atau tidak, make sure purata duit kewangan korang 2K ke bawah. Kalau tak, tak dapat nak tolong. hehehe. 




BRIM 2.0 boleh isi secara online atau menggunakan borang yang disediakan di Lembaga Hasil Dalam Negeri/Pejabat Daerah/Jabatan Pembangunan Persekutuan/Jabatan Kebajikan Masyarakat/Jabatan Penerangan di tempat kediaman masing-masing atau boleh download borang tersebut di website yang disediakan. Kalau malas nak guna borang, isi je secara online. Kalau isi menggunakan borang, borang tersebut mestilah dihantar ke LHDN/Pejabat Daerah/Jabatan Pembangunan Persekutuan/Jabatan Kebajikan Masyarakat/Jabatan Penerangan.  Permohonan ini dibuka pada 1 November 2012 dan tarikh tutup belum lagi ditetapkan. So, cepat-cepatlah isi ye. 


Yang masih belajar, tidak dapat bantuan BRIM 2.0 sebab dah dapat baucer buku RM250 tu. kikiki. Duit kerajaan bagi ni, bolehlah simpan . Jangan membazir. hihihi. Baucer smartphone pulak akan dibuka pada Januari 2013.

Keputusan samada layak atau tidak akan diketahui oleh pemohon melalui pos. Pemohon yang berjaya akan menerima surat pemakluman masing-masing secara berperingkat-peringkat dengan disertakan tarikh dan tempat majlis penyerahan baucar diadakan.Pemohon juga boleh buat semakan status keputusan permohonan BR1M di talian berikut:-
TALIAN HOTLINE SEMAKAN STATUS KEPUTUSAN PERMOHONAN BANTUAN RAKYAT 1MALAYSIA (BR1M)
Talian Hotline:- 1-800-222-500/1-300-88-3010EMEL :- br1m2@treasury.gov.my (beri nama penuh & no ic anda)
Bagi pemohon yang gagal, rayuan boleh dibuat dengan menggunakan borang khas yang boleh diperoleh di pejabat LHDN, agensi kerajaan berkaitan atau dimuat turun menerusi laman web www.treasury.gov.my (KLIK SINI)


TERKINI : TARIKH TUTUP PERMOHONAN 15 MAC 2013 (LANJUT) HARAP MAKLUM

KREDIT
 

Copyright 2016 © Syazwani Mazlan. Design by Ayu Barbydol