Angel Wing Heart

02 March 2011

Bini Masa Depan. Haha :p

Dear future wife(s) ;

I berharap bila I check facebook you nanti, you tidak letak banyak gambar you yang daring-daring kat facebook. Sebab, setahu I, kalau perempuan tu comel, mesti nak tunjukkan ke seluruh dunia. Macam lah dia sorang je yang comel. I comel tak ada pun letak gambar kat facebook tunjuk ke seluruh dunia. Boleh je hidup. Ehem.

Serta, gambar di facebook tu, jangan lah nak dedah sana dedah sini. Malu I. You pun tau kan, perempuan ni ibarat cokelat Ferrero Rocher. Bila berbalut dengan pembalut, even cokelat tu jatuh kelantai pun orang still nak.

Tapi kalau dah tak berbalut, bila jatuh ke lantai, semua buat dono. Ada tu, kalau boleh, ada yang nak pijak lagi. You pun tak nak kena pijak kan? Lagi pun, you tahu, tak ada lelaki di dunia ni yang nak kahwin dengan perempuan yang seksi meksi ala-2 mat salleh .

My future wife(s),

I tak tahu pasal masa depan I. I tak tahu berapa banyak duit yang I akan ada. So, dengan kata lain, I mungkin tak akan mampu kasi rumah 10 tingkat kat you. I juga mungkin tak mampu kasi you 10 emas intan berlian. Harap you tak kisah dengan diri I yang tak beharta ni. Tapi kalau setakat kasi you 20 hingga 30 anak tu, I okay je. Dalam tiga tahun, kita mungkin akan ada 2 anak. Tapi tu tak termasuk yang kembar tau.

Bila kita ada rumah nanti, I tak kisah kalau you nak bekerja. Tapi lagi bagus kalau you duduk je rumah jaga I. I bukan mintak di layan bagai raja. Tapi kalau I balik dari kerja tu, apa salahnya tanggalkan stokin I, urut bahu I, sediakan minum-minum I. Tapi kalau you tak nak buat, tak apa. I boleh tambah lagi 1 (cukup 2). Lagi pun, bila I tambah lagi 1, kurang la sikit beban you. See? I memang prihatin.

Hmm. You tau, I tak mengharapkan yang you adalah gadis lemah lembut dan ikut semua kata I. Kalau you boyish sikit pun apa salahnya. Aggressive itu menarik. Kalau boleh, lebihkan kat bahagian mengada-ngada dan keras kepala you tu. I suka. Senang la I nak ajak bergaduh kalau macam tu.

Sebab kalau di ikutkan, I tak suka perempuan yang lemah lembut sangat. Nanti tak meriah rumah tangga. So kalau skali skala bergaduh, best juga kan? Lagi pun, kita gaduh siang-siang je, bila dah nampak katil di malam Jumaat, kita berbaik lah. Tambahan pula, bagi kita, setiap malam kan malam Jumaat.

My future wife (s),

You, I harap you reti memasak. You mesti reti memasak. Apa? Tak salah kalau perempuan tak reti masak? Ya. Memang tak salah. I tak kata pun salah. Tapi jangan salahkan I kalau I tambah lagi 1 isteri (cukup 3) sebab yang satu dan dua tak reti masak nak buat macam mana kan? Okay tak-tak. I tak nak bini 2,3,4. Banyak sangat. bukan tak mampu. Tapi… Ehem.

Actually, I bukan mintak you masak macam makan kat hotel. Asalkan you reti masak yang simple-simple sudah lah. You tau, air tangan masakan isteri lah yang buat si suami setia. Lagi pun, tak akan setiap hari kita nak makan kat restoran kan? Kalau setiap hari makan kat restoran, baik I kahwin je dengan mak cik tukang masak tu. Ye tak? You pun tak nak kan I tambah lagi satu (cukup 4) kan?

I harap you reti jaga diri sebelum jumpa I. Kalau boleh, jangan couple banyak-banyak. Tak pernah couple lagi bagus. Tapi kalau dah couple tu, jangan buat yang bukan-bukan dengan boyfriend you. Bila dating tu, jangan nak mengada-ngada keluar berdua. Boyfriend you tu bukan boleh percaya sangat. Kebanyakkanya adalah buaya. Sebab kalau dah lelaki, mesti bermulut manis. Boys, their mouth is bull****. So, don’t trust them.

Akhir kata dari I, bila kita kahwin nanti, you masak, I makan. I imam, you makmum. I baca doa, you aminkan. You merajuk, I pujuk. Perfect, kan? So cepat lah cari I. I takut lah nak cari ‘you’. Takut tersalah pilih perempuan lain. You pun mesti tak nak jadi isteri ke dua I kan.

Hehehe..gedik jew kan?? apa2 pun wat pengajaran utk org di luar sane..heee~ (insaf2) ;p

Jana RM10 Ribu dgn Nuffnang


MUngkin cerita ni sudah basi bagi blogger atau readers yang membacanya . Tapi aku nak share mengenai dunia blog kat korang semua ^^ Ini hanya share sahaja...sharing is caring kan? :p Jom kita baca entri ni :)


Pada tahun 2010, terdapat 200,000 buah blog yang mendaftarkan diri dengan Nuffnang. Jumlah ini termasuk blog yang menggunakan servis percuma seperti blogspot dan juga domain sendiri, yakni .com, .net, .my dan sebagainya.

Ini kerana potensi pendapatan lumayan yang bakal diperoleh oleh pemilik-pemilik blog, dengan hanya meletakkan iklan Nuffnang di dalam blog mereka. Menerusi Nuffnang, pemilik blog mampu memperoleh pendapatan sekitar RM50 hingga RM10,000 setiap bulan.

Ia bergantung pada pelbagai jenis faktor. Antara faktor-faktor utama untuk meningkatkan pendapatan Nuffnang adalah trafik, dan juga topik menerusi entri yang diterbitkan oleh pemilik blog.

Di Malaysia, potensi menjana pendapatan yang lumayan dengan Nuffnang adalah menerusi blog yang menceritakan kisah peribadi. Ini dapat dilihat menerusi blog RedMummy.com, yang meraih pendapatan sehingga RM10,000 setiap bulan dengan iklan Nuffnang.

Menurut pemilik blog tersebut, Mira Abu Bakar atau lebih mesra dipanggil Red Mummy (RM), beliau menyatakan bahawa jumlah pendapatan yang diperoleh beliau hari ini, adalah hasil gigih beliau selama 2 tahun dalam arena blogging.

Antara nasihat Red Mummy kepada sesiapa sahaja yang ingin menjana pendapatan lumayan menerusi blog adalah seperti berikut:




Mementingkan Kualiti Trafik


Blog kita tidak akan menjana RM10,000 jika trafik di blog hanya 100 pelawat sehari. Kita perlu sentiasa berusaha untuk menambah pelawat sehingga mencecah 1,000 sehari.

Antara strategi yang digunakan oleh Red Mummy untuk menambahkan jumlah trafik setiap bulan, adalah menerusi kaedah ‘Blog Hopping’, iaitu meninggalkan komen di blog orang lain, dan sentiasa menyertai perjumpaan antara bloggger-blogger di Malaysia.



Berusaha dan Kekalkan Momentum Dalam Blogging


Berdasarkan pengalaman Red Mummy, beliau menyatakan bahawa jumlah pendapatan sebanyak RM10,000 yang diperoleh hari ini adalah usaha beliau selama 2 tahun, bagi membangunkan blog RedMummy.com.

Ini menunjukkan beliau berusaha sehabis baik untuk memastikan blog beliau sentiasa segar, agar pelawat tidak jemu untuk terus kekal di blog RedMummy.com. Jika kita lihat, blog Red Mummy dikemaskini 2 hingga 3 kali sehari.


Wow ! sangat banyaklah duit yg beliau perolehi..isk2... So, siapa2 yang masih baru dlm dunia blog , boleh dftr untuk siarkan iklan nuffnang ok ? menaip , menjana pendapatan ! Hihihi :p

DAFTAR SINI : NUFFNANG / CHURP-CHURP - tak ganggu iklan nuffnang :)

creadit to…..
Penulis: Aqif Azizan & Nazz

 

Copyright 2016 © Syazwani Mazlan. Design by Ayu Barbydol