Angel Wing Heart

11 June 2011

ASN/ASB adalah haram?

Mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Negeri Selangor Kali 2/2011 yang bersidang pada 12hb. April 2011M bersamaan 8 Jumadal Ula 1432H telah bersetuju memutuskan bahawa Pelaburan Amanah Saham Nasional (ASN), Amanah Saham Bumiputera (ASB) dan seumpamanya adalah tidak halal. Hal ini kerana ia masih belum menepati hukum syarak dengan alasan seperti berikut:

Skim Amanah Saham Nasional (ASN) dan Amanah Saham Bumiputra (ASB) secara jelas terlibat dalam aktiviti pelaburan yang bercampur-campur antara patuh syariah dan tidak patuh syariah sebahagian besarnya adalah daripada sektor kewangan konvensional.






 
 
Aduhai..baru sekarang beritahu... tapi alhamdullilah lah sebab ada pihak bertanggungjawab seperti mufti Selangor yang hebahkan kepada orang ramai...aku dah ada akaun ASB ni...Sekarang , mana nak melabur???

Klik 'LIKE' untuk sama-sama SHARE info berguna ini ;)

Dapat ikan air tawar gergasi !


DAVID KENT (kiri) bergambar bersama seekor ikan air tawar gergasi yang berjaya ditangkapnya di sebuah tasik di Krabi, Thailand baru-baru ini.


TENBY, Wales - Seorang penduduk Wales, David Kent menggunakan jagung manis sebagai umpan untuk menangkap seekor ikan air tawar gergasi dengan berat lebih lebih 118 kilogram (kg) di sebuah tasik di Krabi, Thailand, lapor sebuah akhbar kelmarin.

Kent, 54, yang merupakan bekas anggota Tentera Laut Diraja Britain menghabiskan masa selama sejam untuk menaikkan ikan sepanjang dua meter itu.

Dua lelaki membantu dia memegang ikan tersebut yang 32kg lebih berat daripada rekod sebelum ini.

Dia menangkap ikan itu semasa bercuti di Krabi bersama dengan isterinya.

Kent berkata: "Ikan itu mungkin terlalu lapar kerana ia memakan secebis kecil jagung (yang dijadikan umpan)."

Ikan itu kemudian dilepaskan ke dalam tasik selepas gambar haiwan itu dirakamkan sebagai bukti penangkapan.

Kent dan isterinya kemudian memeriksa rekod tangkapan air tawar dan mendapati rekod terdahulu hanya seberat 86.18kg. - Agensi

 

Copyright 2016 © Syazwani Mazlan. Design by Ayu Barbydol