Angel Wing Heart

22 June 2011

Hantar karangan dapat kahwin percuma !! boleh join ni :P



WAN AHMAD FARID menunjukkan borang program My Idol, Raja Sehari 1Malaysia 1Pasangan pada sidang akhbar di Kuala Terengganu semalam.


KUALA TERENGGANU - Siapkan karangan bertajuk 'Kenapa saya layak dipilih...' tidak kurang daripada 300 patah perkataan dan majlis perkahwinan anda dan pasangan mungkin ditaja sepenuhnya.

Itu antara syarat yang ditetapkan pihak penganjur kepada semua bakal pengantin yang ingin menyertai program My Idol, Raja Sehari 1Malaysia, 1Pasangan anjuran UMNO Bahagian Kuala Terengganu.
Ketuanya, Datuk Wan Ahmad Farid Wan Salleh berkata, berdasarkan karangan itu kelak, pihaknya akan memilih 10 pasangan bertuah dan program itu terbuka kepada mana-mana pasangan yang belum pernah berkahwin serta mempunyai pendapatan tidak melebihi RM1,500 sebulan.

"Sebanyak 10 karangan terbaik akan dipilih mewakili 10 pasangan yang terdiri daripada lapan pasangan Melayu dan masing-masing satu pasangan berbangsa Cina dan India dalam program ini," katanya pada sidang akhbar di sini semalam.

Menurut Wan Ahmad Farid lagi, salah seorang daripada pasangan itu nanti perlu berusia tidak kurang daripada 21 tahun dan bermastautin di Kuala Terengganu.

Borang untuk menyertai program itu boleh didapati di pejabat UMNO Bahagian Kuala Terengganu di Jalan Gong Kapas di sini dan karangan perlu dihantar selewat-lewatnya sebelum 17 Julai ini.

Majlis akad nikah untuk program itu akan diadakan pada 16 September ini di Masjid Kristal, Taman Tamadun Islam manakala jamuan rakyat yang turut dihadiri oleh Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Said pula akan diadakan di Dataran Shahbandar di sini sehari kemudiannya.

Selain pejabat UMNO Kuala Terengganu, program yang sama turut mendapat kerjasama daripada Agensi Pembangunan Masyarakat Terengganu, Yayasan Pembangunan Keluarga Terengganu, Pejabat Pelancongan Malaysia Negeri Terengganu, Majlis Bandaraya Kuala Terengganu serta Jabatan Kebudayaan dan Kesenian negeri.

"Kita bukan sahaja menaja sepenuhnya perkahwinan kesemua pasangan itu nanti, tetapi mereka juga akan diberikan wang saku sekurang-kurangnya RM5,000.
"Setiap pasangan akan diberikan satu khemah khas dan mereka juga dibenarkan menghantar jemputan kepada 1,000 tetamu bagi memeriahkan majlis," katanya.


Eh , nak tapi tak layak & bukan orang ganu...HAHAHA (gatal)

15 June 2011

Macarons or Rainbow Cake ?

Bulan june dan july ni ... ada hari-hari yang penting dalam hidup aku.. heee.... aku nak buat suprise la... tp tengah berfikir-fikir jugak... Aku ni kalau bab makan , laju je... teringin pulak nak bg benda makanan yang sweet2 kan? asyik cupcake je... try sesuatu yang aku belum buat lagi.. :P

Ni plan je.. tak tau la nak buat kejutan yang macamana... Meh , tengok MACARONS di bawah ni, nampak macam sedap je kan.... Tak pernah rasa lagi.. Tapi ada orang kata macarons ni maniss.... yke? cam tu xleh bagi orang tua-tua makan lah yek ? :P





MACARONS

Korang boleh order di SINI

Beliau memang sgt crmat buat macarons ni.. Lawa pon lawo jugak... fuh.. best nya...
Packing nya pun cantik je...
Macarons , tak silap aku RM2 sebiji... tak tahulah sekarang berapa pulak..
Sekarang untuk bulan JUNE , beliau ada buat promotions.. So.. cpt usha ok ? :)

Kalau rajin , boleh lah buat sendiri ... > SINI



Rainbow Cake

Auww.. ni pun comel je kan...
Comel dan sedap youuu....
Bestnya.... tengok resepi mcm leceh siket...
Ada sesiapa yg boleh infrm aku mana-mana orang yang buat kek cmni? :)
Sajo nak mengushaa...hee

Ok , ni resepi nya > SINI

SELAMAT MENCUBA YE!! 

P/S : Tak sabar menanti hari-hari penting itu...... owhh... :))
 

Copyright 2016 © Syazwani Mazlan. Design by Ayu Barbydol