Angel Wing Heart

27 September 2011

Shooting Short Film ( Nawaitu ) Part 1


Assalammualaikum. Hye, hye peeps! :D lama tak update blog. Penat shooting pun tak habis lagi. Shooting kena tunda ke hari yg lain sebab cuaca yg tak mengizinkan. Takpelah. Buat jangan kabut2.Betul tak? :) Esok ni, aku ada rehearsal event managament. Huwaaaa... penat tak hilang lagi ni... :( Nak buat camne dah final project kan. Nak last sem dah nieee..berlambak asgmnt aku..huhuhu ... Pengurus produksi mmg goyang kaki je kat tmpt shooting. heh. Bagi krew2 makan semua... kebajikan kne jaga... kerja aku sebelum shooting. urus hal2 shooting. jmp polis,mpk & org2 besar. Yela. nak shooting tmpt org kn. Mestilah kne mtk kbenaran semua.








Selain tu, aku uruskan bajet2 produksi aku. Mane duit keluar, mane yg masuk. Hmm.. kerja kt tmpt shooting, paling sakit, bdk teknikal la..Dowg la kne set up semua. Aku pun tlg2 gak. tlg tgk pn ade. HAHAHA. Alang2 jadi krew, trs jd extra pelakon lak. muahahaha. tgklah kwn aku makeupkan. jadi lain lak...bdk xpenah makeup cmtu la...adoi..meyh, kita tgk di sebalik tabir duluu...part 1 oke.. byk lagi gmbr yg best2 sebenarnyee..:)






Skandal baru. muahahahahha :P







Ok , nantikan part 2 yang seterusnya ok.. sangat busy la..seriously..sampai tak cukup tidur. tak dapa nak taip banyak2...Byeee! :)

16 September 2011

Terpilih untuk sertai program SENYAP , tapi..

Assalammulaikum. Hari ini 1 Malaysia kan ? Mesti ramai yang pergi sambutan tu. Aku tak dapat lah nak join sebab jauh di perantauan ni..xbalik rumah..huhuhu.. Ok, aku nak cerita siket mengenai program SENYAP iaitu Social Enforcement For National Youth Awareness Programme. Di anjurkan pada AHAD ini 18 sept 2011 . Salah seorang penganjur program ni , telah pilih blog aku secara rawak. Memang happy sebab boleh join. Jumpa dengan Menteri Belia dan Sukan Malaysia Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek. Best kalau dapat join aktiviti menarik mcm ni. Tapi memandangkan aku di perantauan ni , tak dapat nak join. Busy dengan final project aku. Haiyaaa.... Ok , bawah ni adalah keterangan mengenai program SENYAP.


Program ini adalah pertama kali dianjurkan oleh Gerakan Belia Teknologi Informasi. Gerakan Belia Teknologi Informasi atau lebih dikenali sebagai Information Technology Youth Movement adalah sebuah pertubuhan Belia berdaftar dibawah Akta Pendaftaran Pertubuhan Belia 2007 dibawah Kementerian Belia Dan Sukan Malaysia.
Pengenalan Program :
SENYAP : Social Enforcement For National Youth Awareness Program.
Program Kesedaran Pembangunan Sosial Belia Peringkat Kebangsaan.


Kumpulan Sasaran : 100 Orang Blogger yang mempunyai Kriteria Seperti Berikut.
a. Mempunyai Sekurang-kurangnya 50 Follower didalam Blog Masing2.
b. Bukan Penulis Blog Politik.
c. Dipilih secara rawak oleh Gerakan Belia Teknologi Informasi.

Maklumat Program adalah seperti Berikut.
Program : SENYAP
Tempat : Bilik Redang PWTC
Tarikh : 18 SEPTEMBER 2011
Masa Jam : 09:00-18:30
Pakaian : Formal

Sila emailkan kepada saya Maklumat seperti berikut untuk tujuan Surat Menyurat:
1 Nama Penuh
2.Nama Blog
3.No Kad Pengenalan
4.Alamat Email (Sebarang Surat Menyurat akan melalui E-MAIL)
5.Nombor Telefon (Sekiranya ada perubahan akhir anda akan dimaklumkan melalui telefon.
6. 1 Slide Powerpoint ringkas mengenai BLOG anda untuk dipersembahkan pada sesi pengenalan bersama-sama Yang Berhormat Menteri Belia dan Sukan Malaysia Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek.
EMAIL : itym2007@yahoo.com

Sebarang Pertanyaan boleh diajukan didalam wall group ini, sekian terima kasih.

Khaireel Azlee Bin Abdul Aziz
President
Gerakan Belia Teknologi Informasi
Information Technology Youth Movement
Ahli Majlis Perundingan Belia Negara (Lantikan Menteri)
Ahli Makmal Transformasi Pembangunan Belia."


makluman sini

Kepada bloggers yang terpilih tu , cepat2 lah hantar detail korang. Memang rugi kalau tak dapat join kan ? :'( Good Luck korang !!! :) Salam 1 Malaysia - 16 Sept 2011 . . Bye!
 

Copyright 2016 © Syazwani Mazlan. Design by Ayu Barbydol