Angel Wing Heart

02 November 2012

Borang Permohonan BRIM 2.0 (bujang) Secara Online Dibuka


Assalammualaikum
Sedia maklum, borang permohonan BRIM 2.0 untuk semua warga bujang. Bujang bermaksud belum berkahwin atau duda atau janda yang tiada pasangan hidup. Gituuu.  Boleh je mohon dan tak kiralah dah berkerja atau tidak, make sure purata duit kewangan korang 2K ke bawah. Kalau tak, tak dapat nak tolong. hehehe. 




BRIM 2.0 boleh isi secara online atau menggunakan borang yang disediakan di Lembaga Hasil Dalam Negeri/Pejabat Daerah/Jabatan Pembangunan Persekutuan/Jabatan Kebajikan Masyarakat/Jabatan Penerangan di tempat kediaman masing-masing atau boleh download borang tersebut di website yang disediakan. Kalau malas nak guna borang, isi je secara online. Kalau isi menggunakan borang, borang tersebut mestilah dihantar ke LHDN/Pejabat Daerah/Jabatan Pembangunan Persekutuan/Jabatan Kebajikan Masyarakat/Jabatan Penerangan.  Permohonan ini dibuka pada 1 November 2012 dan tarikh tutup belum lagi ditetapkan. So, cepat-cepatlah isi ye. 


Yang masih belajar, tidak dapat bantuan BRIM 2.0 sebab dah dapat baucer buku RM250 tu. kikiki. Duit kerajaan bagi ni, bolehlah simpan . Jangan membazir. hihihi. Baucer smartphone pulak akan dibuka pada Januari 2013.

Keputusan samada layak atau tidak akan diketahui oleh pemohon melalui pos. Pemohon yang berjaya akan menerima surat pemakluman masing-masing secara berperingkat-peringkat dengan disertakan tarikh dan tempat majlis penyerahan baucar diadakan.Pemohon juga boleh buat semakan status keputusan permohonan BR1M di talian berikut:-
TALIAN HOTLINE SEMAKAN STATUS KEPUTUSAN PERMOHONAN BANTUAN RAKYAT 1MALAYSIA (BR1M)
Talian Hotline:- 1-800-222-500/1-300-88-3010EMEL :- br1m2@treasury.gov.my (beri nama penuh & no ic anda)
Bagi pemohon yang gagal, rayuan boleh dibuat dengan menggunakan borang khas yang boleh diperoleh di pejabat LHDN, agensi kerajaan berkaitan atau dimuat turun menerusi laman web www.treasury.gov.my (KLIK SINI)


TERKINI : TARIKH TUTUP PERMOHONAN 15 MAC 2013 (LANJUT) HARAP MAKLUM

KREDIT

21 October 2012

Kad Diskaun Komuter (KTMB) 1 Malaysia


Assalammualaikum.

Sedia maklum kad diskaun ktm 50% akan diberikan pada semua rakyat Malaysia yang berpendapatan RM3000 ke bawah. Surirumah pun boleh mohon tau! hikhik. Alhamdullilah , boleh ringankan beban mereka yang berpendapatan RM3000 ke bawah. 50% tu. bukannya sikit. Nak mohon jugaklah walaupun bukan pengguna tegar KTM. mihmihmih.


Boleh mohon di kaunter khas mulai 22 Oktober 2012 sehingga 21 November 2012 dari pukul 11.00 pagi - 8.00 malam. Tetapi selepas 21 November 2012 , kaunter khas akan ditutup dan hanya boleh mohon di KL Sentral sahaja.


Cara mendaftar kad diskaun ni, hanya mengisi borang , salinan IC , dan RM1 untuk pendaftaran selama setahun. Hanya dibuka di stesen khas terpilih sahaja. Stesen KL Sentral, Tg.Malim, Kepong Sentral, Bangi,Sg. Gadut, Sentul dan Subang Jaya.

Mohon Sekarang! : SINI



 

Copyright 2016 © Syazwani Mazlan. Design by Ayu Barbydol