Angel Wing Heart

18 December 2013

Borang Permohonan BR1M 3.0 2014 dibuka 23 Disember hingga 31 Januari 2014




Permohonan Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) 2014 akan dibuka dari Isnin ini sehingga 31 Januari 2014. Penerima BR1M sedia ada tidak perlu mendaftar lagi, tetapi perlu mengemas kini maklumat peribadi termasuk alamat, maklumat anggota keluarga dan akaun bank.

Bagi pemohon baharu pula, mereka boleh mendaftar secara dalam talian atau secara manual dengan mengisi borang permohonan BR1M 2014 secara percuma mulai tarikh tersebut.

SYARAT-SYARAT BRIM 3.0 2014 - KLIK SINI

Borang permohonan BR1M 2014 boleh didapati di pejabat cawangan dan pusat khidmat Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN), Jabatan Pembangunan Persekutuan dan Jabatan Kebajikan Masyarakat atau dimuat turun melalui laman web LHDN di www.hasil.gov.my.



Pembayaran BR1M 2014 dijangka akan mula dibuat pada Februari 2014.


Untuk pertanyaan lanjut pemohon boleh menghubungi Talian Hotline BR1M iaitu 1-800-88-2716. Talian dibuka 23 Disember 2013 - 9 pagi hingga 5 petang (Isnin-Jumaat)




Artikel Penuh: KOSMO & LHDN  

11 December 2013

Restoran Makanan Cina Muslim Mohd Chan Abdullah

Assalammualaikum..
Hai uolss.. Hari ni tengah merajinkan  diri untuk update blog.. hehehehe. Disebabkan esok Wani cuti, so... gunakan masa terluang ni untuk tengok blog kejap. ngeh ngeh. Masa pun takde.. huuuu. Memang terasa kejap je masa. Life hanya kerja. Takpe, cari rejeki halal orang kata. Janji hati senang, hehehehe.

My boss, belanja we all makan malam di Restoran Mohd Chan, masakan Cina Muslim di Seksyen 15, Shah Alam. Pertama kali jugaklah Wani makan kat sini. Menu dia kebanyakannya untuk set hidangan besar, macam siakap masakan cina, sayur, udang, sotong dan lain-lain. Menu ringan macam goreng-goreng pun ada, jangan risau.





 Antara staf & big boss.
(Depan kiri, ex-staf , biru - Kak Adha, Wani , Kak Zha.)
(Depan kanan, Husaire, Suami boss & Kak Eika my boss)

 Oh ye, yang tengah-tengah tu Emma Maembong yer. Bukan Kembong. hahahaha :p


 Sebelah Wani ni, Kak Adha. Dia baik sangat, penyayang, ambil berat. Satu je yang Wani rasa kelakar sangat, dia kata "Wani ni antara 1 dalam sejuta" . Hahahaha. Orang yang rapat je tahu perangai 'gila' aku.
 Oke, Kak Adha yang panggil Wani Emma Maembong. Bhahahaha. tak habis-habis dia ni nak membahan.
 

Semua staf sporting sangat, 'gila' dan macam keluarga sendiri. Terima Kasih semua... :)

 Emma Maembong kuasa tiga. Bhahahahaha!

Bai!
 

Copyright 2016 © Syazwani Mazlan. Design by Ayu Barbydol