Angel Wing Heart

23 February 2014

ATTN BLOGGERS: Calander 2014 dah pos... =)


 To all bloggers yang join contest calander 2014 lepas, Wani dah post. Hope sampai kat rumah korang.. :) #bloggers #blogspot


Sorry kalau terlambat, sebab Wani super duper busy bekerja. Semoga korang suka ok. Thanks!!

08 February 2014

Lepak Santai di Steamboat Antarabangsa Harbour Place Klang

Assalammualaikum semuaaaaa.....

Yeay! Malam ni Wani sempat taip story baru ! ngeh-ngeh. Sesibuk mana pun, blog takkan ku lupa. hahahaha. We all hari tu dah plan sebulan awal yang lalu nak pergi lepak-lepak , makan-makan sesama hari ni... fuhh. memang merancanglah kan. Alhamdullilah dapat gak jumpa korang semua.. tapi ada yang tak dapat nak datang. Takpelah, lain kali je.. heee.  semua ni ada yang dah lama wani tak pernah jumpa sejak SPM tahun 2008. Cer teka umur Wani berapa. Kahkahkah. Kantoii..

Kitaorang pergi makan di Steamboat Antarabangsa , Harbour Place Klang. Ni pun kawan Wani , Syima yang suggest tempat ni, apa lagi kan, serbu jela ramai-ramai. ekekeke. (kenapalah aku menaip cam bebudak ni. hahaha)

*imej ini dari Google*

Test gambar, 1, 2, 3... Klik!!


Jap.. Jap.. Tukar asal balik. 1, 2, 3 Klikkk!!


So, far masa ni tak ramai orang lagi.. sebab kitaorang pergi siang. Kalau malam, rasanya penuh. Biasalah, kalau malam-malam mesti nak cari makanan kan? amboii Wani, makan je ingat. hahahaha. Jom, tengok apa nak di bakar nih... Jom membaca blog dengan "biarlah gambar berbicara" acehcehceh.

ketam pebretttttt!





 Kemain Diyana makannnn. hahahaa!






Sini ada icecream, tapi lupalah pulak nak snap gambar ice cream. Sedapnya ice cream.. Banyak Wani tabur kacang hancurrr... 2 mangkuk penuh wani makan.. perghh... wiiiihiiii. heaveannn! Korang makanlah sampai lebam! Sini steamboat murah jugak. Nanti last menaip ni, Wani beritahu harganya okey?


 Pasangan Sejoli ni.. memalu pulaks. ahaks!


 Rilek.. Rilek.. Kita makan dulu. Bawak bertenang. Masalah boleh bincang. HAHAHA!


Kalau korang berminat nak makan sini, boleh ke Harbour Place, Klang Selangor , Tingkat satu, hujung sekali. Restoran Steamboat Antarabangsa.

Harga:

Dewasa RM 22 ( Steamboat sahaja , sama ada tomyam atau sup)
Dewasa RM27 ( Steamboat dan Grill )
Kanak-kanak RM14




Sambil bekerja atau belajar, apa salahnya luangkan masa dengan kawan-kawan kan? Best juga keluar ramai-ramai ni, diaorang ni kelakarlah, dari sampai hingga nak balik, buat lawak tak habis-habis. HAHAHA. Ada yang dah bertunang, nak bertunang pun ada, terima kasih sebab bawa partner masing-masing datang. hehehe. Kenduri jemput ye. Doakan untuk kawan-kawan lain dan wani juga ye? hahahaha gatal...  Lain kali plan makan tempat lain okey geng?

Tata!
 

Copyright 2016 © Syazwani Mazlan. Design by Ayu Barbydol