Angel Wing Heart

05 May 2016

TonyMoly: Tetap cantik di musim panas!

Assalammualaikum,


Di saat negara kita, Malaysia yang melanda musim panas dan kemarau, penjagaan rapi untuk kulit harus dititikberatkan. Oleh itu, Wani ada beberapa tips penjagaan/merawat kulit pada musim panas dengan menggunakan produk dari TonyMoly!



Apa itu TonyMoly? TONYMOLY adalah salah satu jenama kosmetik global yang menawarkan rupa kulit menawan. Tony bermakna menawan, bergaya dalam bahasa Inggeris. Moly pula bermakna bekas Jepun yang membawa semua perkara untuk bergaya. Jom, baca tips untuk cantik di musim panas ini supaya kulit tidak kering dan kusam.

Skrub:


Untuk membuang sel-sel kulit mati di wajah akibat cuaca yang tidak menentu, boleh gunakan produk skrub ini yang terdapat dalam laman web TonyMoly iaitu Peeling Me Aloe Soothing Peeling Gel. Wajah akan kelihatan lebih lembap dan remaja!







Pencuci Muka : 


Tips seterusnya ialah menggunakan pencuci muka Aquaporin Moisture Foam Cleanser. Produk ini kaya dengan mikro buih yang akan membersihkan kulit tanpa mengambil kelembapan semulajadi kulit anda!



Toner:


Selepas menggunakan pencuci muka, langkah seterusnya untuk mengekalkan keseimbangan dan kawalan kelembapan kulit, anda perlu menggunakan Aquaporin Opening toner ini.




Pelembap:

Pelembap muka amat dititikberatkan bagi mengekalkan kelembapan wajah anda ketika cuaca panas dan tidak menentu ini agar kulit tidak kering dan kusam. Anda perlu menggunakan pelembap Goat Milk Emulsion, wangian lembut emulsi adalah sesuai untuk semua jenis kulit. Melembapkan & melindungi kulit rosak.

Bedak :

Step seterusnya, anda wajib memakai bedak yang sangat unik ini daripada TonyMoly iaitu : Luminous Perfume Face Powder. Bedak ini dalam tekstur yang halus dan wangian yang boleh membuatkan aroma terapi diri anda. Kalau masam-masam, nak berlaga pipi pun tak perlu risau dah sebab dah sememangnya bedak ini memberikan efek wangi & menjadikan kulit anda licin bak sutera... 


powder_luminous perfume powder






Pewarna Bibir :


Pewarna bibir juga perlu agar bibir sentiasa lembap dan bermaya. Tak elok kalau dibiarkan kering je.. Bagi warna sikit untuk kelihatan lebih menarik dan berkeyakinan dalam membuat pelbagai urusan diluar. Wani cadangkan, gunakan pewarna bibir ini iaitu Delight Sweet Stick dalam pelbagai versi warna kegemaran anda...


Pembayang Mata :


Akhir sekali, untuk menambahkan keserian wajah anda, oleskan pembayang mata (eyeshadow) untuk kelihatan lebih bermaya dan segar. Anda boleh gunakan produk ini iaitu The Stage Eyetone Multi Pallete 1. Kesan makeup juga tahan lama dan berkualiti!




Ha, mudah je kan kalau nak kulit wajah berseri-seri bila tibanya musim panas/kemarau di sini. Jadi, nak tunggu apa lagi? Cepat ke website TonyMoly Cosmetics sekarang!

30 April 2016

Mini Reunion SMKKJ

Assalammualaikum.

Sekali sekala makan kat rumah kawan lama masa sekolah menengah dulu.. rumah syaqiren. sedap betul mak ko masak weh. menangis!! hehehe. Semua bawak pasangan masing2.. dah berlaki bini pun.. yang sorang tengah tunggu nk bersalin.. dapat la kita anak buah...hehehe. Alhamdullilah, lain kali berkumpul lagi ye... best sangat!! hahaha. Dah macam raya...













10 April 2016

Selamat Hari Lahir Tunangku ~ he.he.he...


Assalammualaikum..

Ni lah, pertama kali sambut birthday tunang. Tak pernah lagi sambut birthday sebagai couple.. ekekeke. Sebabnya lepas kenal 8bulan, terus je tunang. Semua tak jangka sebenarnya. Alhamdullilah, moga hubungan kekal bahagia hingga ke syurga. hehehe. 

Wani decide nak buat kejutan untuk abam. hehehe. Nak cakap wani ni jenis gegadis romantis tak ler jugak. hahaha. Ntahlah, suka tengok orang-orang tersayang happy, terkejut, gelak pastu muka terharu terkedu... hehehe. Bila tengok orang yang dah kita buat benda yang sweet mcm2, senyum lebar, gelak aje ni.. fuhhh. bahagianya Allah je tahu :) Untuk abam ni special sikit. hehehe. terharu dia sebab dia kata seumur hidup, takdelah terkona cam gini... hahaha. 1 kedai dengar lagu "Birthday" . nasib baik siang tak ramai sangat orang, kalau malam, habislaaa.. merah-merah muka cam badut kang. hahaha! Wani pulak memula tu buat macam tak tahu apa-apa je.. kahkahkah. Nakal betuiii Wani :p





Kepada tunang tersayang, selamat hari lahir yang ke-27 tahun, semoga dilimpahi rezeki, diberi kesihatan yang baik dan diberkati oleh Allah dunia akhirat. Semoga urusan kita berdua ke arah pernikahan dipermudahkan.
(kalau masa berdiri nak pandang muka abam, kena dongak sikit sebab iols pendek hahah)
Lepas kahwin pulak, inshaAllah macam-macam nak buat supaya hidup kita kat dunia ni, happy, bahagia, dan diredhai Allah... hehehe. , yang penting, hargai setiap insan yang hadir dalam hidup kita dan bertolak ansur. Nervous jugak nak kahwin sebab banyak tanggungjawab nak pikul. Harap semuanya baik-baik je. Mohon korang doakan ye :') Gambar atas ni pulak, wani singgah Aeon Shah Alam Seksyen 13. Berdekatan dengan Menara U Shah Alam. Sambil ushar barang hantaran nak dibeli untuk Majlis Nikah coming soon. hahaha. Dah aim handbag dengan kasut dah. hahaha. Tapi next month beli jam dulu. Encik tunang nak beli jam dulu.. Peminat jam sangat, wani pulak jenis tak pakai jam. hahaha.

Sesiapa nak buat surprise untuk gewe,cewek,tunang,laki bini or family, bolehlah buat reservation dengan kedai MasterChef ni: Laman Grill , Steak & Bar-B-Que di laman seri seksyen 13 Shah Alam, buka dari pukul 11 pagi hingga 11 malam sahaja setiap hari. Harga pun berpatutan & sedap!! Layanan tiptop! hehehe. Selain tu, outlet lain di Taman Putra Kajang.

Facebook : Laman Grill  Website :    Laman Grill


Hahaha, sempat lagi nak posing dengan baju budak. Tak sabar lewtuuu. hahaha. InshaAllah. Iols pun tak sabar nak kahwin. yahoooo!! hahahahahaha.

I love you, biy. =)

15 March 2016

Selamat Pengantin Baru Sahabat Dunia AkhiratKu

Assalammualaikum


Tahniah Noradilah & Afiq ! Selesai sudah sahabatku yang duanya dari Sekolah Menengah. Akhirnya Cinta Monyet you all sampai juga ke jinjang pelamin ye.. sweet macam sawit la korang ni... hehehe.. Majlis ni side perempuan pada 13 / 3 / 2016 . Teringat pulak zaman kita berkawan dari form 4 sampai umur dah 25 tahun ni.. hehehe.. Masa tu I tegur you dulu.. Kebetulan duduk sebelah menyebelah.. I tanya, You couple dengan afiq ek? kahkahkah. Tak sangka you layan soalan I. haahha. Lepas tu, kita rehat sesama. Petang-petang pulak lepak kat taman sama-sama, merempit sesama. hahaha. Kadang2 miss kelas pun sama2.. nakal sangat tau! kihkih.. Sebelum you nikah tu, i terembes pulak airmata yang mahal ni untuk you.. sebak tetiba, you dah kahwin.. Jangan lupa i ok.. I sayang you dunia akhirat. To Afiq, jaga dila baik2 ye.. Dila ni sensitif juga orangnya.. Jangan lupa bagi semangat yang kuat untuk dila tu.. hehehe.. I doakan korang bahagia dunia akhirat dan dapat baby comel & cantik & hensem. hehehehe... Amin... :)





Zaman sekolah dulu-dulu hehehhe.








 

Copyright 2016 © Syazwani Mazlan. Design by Ayu Barbydol