Angel Wing Heart

11 November 2015

Kawan sekolah ramai dah kahwin!!

Assalammualaikum.....

Holllaaaaa! Lama menyepikan diri ni... hehehe... dua bulan baru nak update blog, maaf le... teman agak sibuk dengan urusan dunia... hehehe.... Tahun ni, ramai kawan-kawan sebaya wani yang umur series 24 dah kahwin !! hahahaha. Kawan-kawan lelaki tak tahu ler nak kahwin bila kan... kebanyakan kawan perempuan je yang laju dulu kahwin.. kihkihkih.. Ada beberapa wedding yang wani pergi, semuanya kawan zaman sekolah menengah :) Bolehlah cuci mata tengok gambar bawah ni.... Kot2 ada inspirasi untuk majlis korang pulak kan? heheh



Selamat pengantin Baru Safrina & Suami
 InshAllah, 12/12/2015, majlis Syima pulak , yeayy! (syima sebelah kanan atas ni)



Selamat Pengantin baru juga buat kawan sekelas wani : Zulaiha & Suami :)





Last sekali kenduri kawan sekolah masa form 1-2 , tapi maaf le.... teman tak dapat nak bergambar sama2 sebab ramai sgt orang nak interframe sekali... huhuhu... so, Wani curik gambar you la ye.. hehehe.. Apa-apa pun, selamat melayari bahtera perkahwinan, semoga kekal bahagia hingga akhir hayat & dimurahkan rezeki selalu... Jadi isteri solehan ye... Amin...



Aziziah & Suami

Next wedding !! : Syima (Sek men) 12/12/2015 , Kayjay (Poli Perlis) 2/1/2016 so, inshaAllah sampai ke kedah and then ke parit buntar, perak :) & last, Sahabat baik wani sendiri sejak sek men lagi, noradilah ... (yang pakai dress oren tu hihihi) pada 13/3/2016... Tahniah korang, Wani doakan, korang dapat anak ramai-ramai ye... hahahaha... amin...


25 August 2015

Cara Semak CCRIS PTPTN

Asalamualaikum
Hari ni, Wani nak share dengan anda semua, macamana nak tahu sama ada dikenakan CCRIS (CENTRAL CREDIT REFERENCE INFORMATION SYSTEM) atau tidak. Semua sedia maklum, PTPTN telah buat CCRIS kepada semua peminjam yang enggan membayar pinjaman tersebut. Ok, Wani cuba terangkan apa itu CCRIS. CCRIS telah dikuatkuasakan oleh PTPTN pada 1 Januari 2015 lalu.

Apa itu CCRIS?

CCRIS ialah sistem pangkalan data berkomputer yang mengumpul maklumat kredit peminjam daripada institusi kewangan (yang telah beri pinjaman) dan membekalkan semula maklumat tersebut kepada institusi kewangan (yang bakal beri pinjaman) sebagai rujukan untuk membantu mereka menyemak dan membuat penilaian mengenai sejarah kredit (bayaran balik) bakal peminjam / pelanggan mereka.

Antara yang direkodkan dalam CCRIS adalah :

  • Semua jenis pinjaman termasuk pinjaman peribadi, rumah, kereta, pinjaman ASB dll.
  • Hutang kad kredit
  • Menjadi penjamin

Kenapa PTPTN perlu menggunakan CCRIS? 

Jawapannya : PTPTN berpendapat CCRIS perlu digunakan bagi mendidik peminjam, khususnya yang tidak pernah membuat bayaran bagi tempoh 3 – 10 tahun (1999 – 2010) supaya berdisiplin dalam membuat bayaran secara teratur. Ia juga akan meningkatkan dana pusingan bagi membiayai pelajar baharu di IPT. Kemerosotan dana akan menjejaskan peluang pelajar baharu meneruskan pengajian dan akan membantutkan usaha kerajaan untuk melahirkan lebih ramai mereka yang berpendidikan tinggi menjelang 2020. 

Antara tujuan penggunaan CCRIS ialah:
  • Memberi kesedaran kepada peminjam PTPTN mengenai tanggungjawab untuk membuat bayaran balik. Adalah diharapkan agar peminjam yang tidak pernah membuat bayaran balik akan hadir/ tampil untuk berunding dengan PTPTN bagi menyelesaikan masalah tunggakan pinjaman mereka.
  • Berlaku adil kepada generasi peminjam yang akan datang (yang memerlukan pembiayaan PTPTN), peminjam yang melaksanakan pembayaran balik mereka dengan teratur (good paymaster) serta pembayar cukai. 
  • Memupuk nilai murni mengenai disiplin membayar hutang serta meningkatkan kesedaran mengenai kesan-kesan negatif akibat daripada berhutang di luar kemampuan.

CCRIS akan dikenakan ke atas lebih 170,000 peminjam yang sehingga 1 Oktober 2014 tidak pernah membuat sebarang bayaran balik melebihi 3 tahun (mereka yang sepatutnya mula membayar balik mulai tahun 2010 dan sebelumnya).

Semakan hendaklah dibuat terus kepada BNM melalui saluran berikut:

  • Kaunter dan kiosk di mana-mana cawangan BNM di seluruh negara; atau ii. Mengisi Borang Permohonan Laporan Kredit yang boleh dimuat turun melalui laman web BNM. Sila layari laman web Biro Kredit, Bank Negara Malaysia (BNM) di http://creditbureau.bnm.gov.my/ atau hubungi BNMTELELINK di talian 1-300-88-5465 untuk maklumat lanjut.

Anda boleh buat semakan melalui borang CCRIS di sini :
     Credit Report Request (CRR) Form atau
Pusat Khidmat Pelanggan, Laman Informasi Nasihat dan Khidmat (LINK) Bank Negara Malaysia, di alamat berikut:
BNMLINKJabatan LINK & Pejabat WilayahTingkat Bawah, Blok DBank Negara MalaysiaJalan Dato’ Onn50480 Kuala Lumpur
beroperasi dari hari Isnin hingga Jumaat kecuali hari cuti umum, 9.00 pagi – 5.00 petang 
Info selanjutnya boleh rujuk di web ini : PTPTN
Kredit : PTPTN & Nasoha.com 

20 July 2015

Selamat Hari Raya Aidilfitri 2015/1436 !!



Asalamualaikum...

Firstly, Wani nak ucapkan selamat menyambut hari raya aidilfitri untuk semua kenalan wani, kawan-kawan, sanak saudara dan rakan-rakan alam maya di blogger, twitter, instagram, facebook. Wani minta maaf jika ada yang terkecil hati dengan Wani, tergurau kasar dengan siapa-siapa pun.. Kadang-kadang Wani tak sedar pun apa yang Wani buatkan.. Manusia sentiasa alpa.... hehehehe




Dan.... Wani dah maafkan siapa-siapa yang pernah buat salah dengan Wani, buat Wani sentap ke.. its okey... itu satu pengalaman hidup buat Wani.. Cuma biarlah ia jadi kenangan ye... Tak usah kenang-kenang... 

So.... Meh bagi santapan gambar masa hari raya beberapa hari lepas. hiks... Kampung Wani tak jauh mana pun , dua-dua belah mak ayah kat selangor jugak.. hihihi... Beraya di Simpang 5, Sg.Besar Selangor & Sg.Nibong, Sg. Besar , Selangor... Sanak Saudara ramai kat sana jugak...















 









SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI MAAF ZAHIR BATIN YE...... Sorry gambar tak tersusun cantik...hehehehe

24 May 2015

Pengantin Baru berbaju songket !


Assalamualaikum...


Alhamdullilah, pada 23 Mei 2015 Sabtu lalu, akhirnya kawan Wani yang dulu melepak, melalak, ponteng, buat kerja sekolah sama-sama dah selamat pun mendirikan rumah tangganya bersama suami tercinta... Syukur, sorang-sorang dah naik pelamin kecuali Wani. hahahaha. Semoga majlis mendapat keberkatan dan bahagia ke anak cucu cicit ok! hehehehe. Jom cuci mata tengok gambar pengantin baru yang cantik berbaju songket.


Muhammad & Farah

Ketika majlis Akad Nikah. Maaf tak dapat hadir masa ini


Bergambar bersama kawan-kawan sekelas semasa sekolah menengah. Ini aje yang sempat berjumpa

Semua gadis-gadis ni bakal pengantin you alls, kecuali Wani la.. hahahahaha.




We Fie
Selepas kenduri tu, kitaorang yang berpuak-puak ni, aiceh-aiceh, ada lagi ke trend berpuak ni lagi?? hahaha, kitaorang set nak pergi tengok wayang!! Fuh, bukan senang nak berkumpul ramai-ramai ni, so decide nak tengok movie Mad Max. Hahahah cerita macam Gila. hahahahha. Jangan salah sangka, kelas kitaorang ramai je lelaki, bukan pupus tau. hahaha. Ni aje yang ada masa kenduri tadi. kahkahkah.

Menuju ke Jusco Bukit Tinggi, Klang ! Kipidappp !!


Terasa macam baru habis SPM. hahahahhahahahha!!


I bersama bakal-bakal pengantin you alls. hikss

Untunglah, di apit bersama 4 Bidadari Dunia. hahahahah


 "Sebuah Potret Keluarga Bahagia..."

Hahahahaha!!


Terima Kasih korang semua, macam-macam kita berborak sampai bab bercinta dan kisah lama-lama pun ada. Nak hilang suara aku sebab banyak sangat bebel... hahahaha. Okey, sebelum puasa atau masa puasa nanti, meet up balik !! Dan.... Selamat Pengantin Baru Farah!! Sebuah perkahwinan adalah menerima setiap kekurangan diri masing-masing, dan setiap kekurangan itu adalah saling lengkap melengkapi... Tak semestinya pasangan anda kena sama sikap macam anda. Kalau pasangan anda takde sikap macam anda, andalah yang akan melengkapinya... hehehehe!
Chiawww!! Love you guys!






22 May 2015

BABESKIN 365 : Whitening Soap Premium & Double Serum Premium

Assalamualaikum.....

Korang perasan tak dengan cuaca kat Malaysia yang tak menentu? Panas terik yang boleh buatkan muka jadi lebih berminyak, kusam, berjerawat, tona kulit tak sekata & kering? Ha.... Nak tahu, Wani ada cuba satu set produk dari Babeskin 365 !!! Wooooowwww!! Produk ini sesuai untuk semua jenis kulit tau! Jadi, tak perlu nak risau. Selamat digunakan kerana produk telah berdaftar dengan KKM.



BABESKIN™ WHITENING SOAP

Produk yang pertama perlu dipakai dahulu sebelum menggunakan produk yang kedua iaitu Face & Body Bar kaya dengan Vitamin A, C & E. Sabun Babeskin dapat mencerahkan kulit dan diperkaya dengan vitamin A,C&E yang dapat melembutkan dan sekatakan tona wajah. Sabun Babeskin juga dapat membuang kotaran minyak yang berlebihan,dan mengurangkan jerawat pada muka dan badan. Selamat untuk semua jenis kulit. KKM NOT No: NOT150405315K



Harga untuk satu buku sabun pemutih ini adalah RM29.00 sahaja!! Ha.... Murahkan kalau nak dibandingkan dengan jenama yang lain? Berbaloi-baloi you alls....


Tengok la muka Wani lepas guna sabun ni... Wangi sangat tau! Kulit pun rasa tak berminyak,
best betul !

Produk kedua pula merupakan sejenis produk cecair iaitu serum! Wahhhh... lepas cuci muka dengan sabun, kita berserum la pula macam buat facial di spa ! Sekarang, tak perlu dah nak pergi spa jauh-jauh you alls, buat spa dari rumah macam Wani ni.. jimat masa, jimat duit... hehehehehe. Jom, baca apa itu Double Serum Premium dari Babeskin 365 ini....



BABESKIN™ Double Serum Premium ialah satu formula yang bergabung dengan dua serum :

1) Repairing Booster
2) Ultimate Mega Lift yeng berkerjasama untuk mencipta pelbagai masalah kulit, yang bertindak lebih cepat ke dalam lapisan sel kulit..



Bersama produk ini membantu membersihkan liang pori,melembapkan kulit dan membuat kulit menjadi lebih berseri macam muka Wani sekarang tau! hehehehe....
SERUM 1: Repairing Booster
Mengurangkan Kulit Berminyak
Mengurangkan Jerawat
Merawat Jeragat
Mengembalikan Tona kulit tak sekata
SERUM 2: Ultimate Mega Lift
Mengurangkan Kedutan
Meningkatkan Keanjalan Kulit
Membantu Melembapkan Kulit
Mengekalkan ketahanan Kulit


Cara nak guna produk dari Babeskin 365 ini mudah je, mula-mula sekali gunakan sabun pencuci Whitening Soap Premium dahulu, kemudian selepas kulit muka kering, gunakan Double Serum Premium yang pertama iaitu Repairing Booster botol berlabel biru . Hanya 1-2 titis cecair sahaja diperlukan. Ha, jimat kan?

Titisan pertama


Kemudian, lepas dah sapu rata keseluruh muka, ambil pula Double Serum Premium yang kedua iaitu Ultimate Mega Lift ! Dalam masa 7 hari je, muka korang akan glowing, flawless, tegang dan bebas jeragat !

Abaikan mata sembam yang keletihan ini ok!! hiks...

KKM NOT No: NOT150404337K (Reparining Booster)
KKM NOT No: NOT150404338K (Ultimate Mega Lift)
Antara testimoni pengguna Double Serum Premium

Tak nak kulit muka macam gambar kat atas ni kan... mesti nak kulit tertutup liang roma kan... Apa lagi, jom dapatkan kedua-dua set produk ini ! Wani dengar, Babeskin buat promosi, beli satu kotak Double Serum Premium ini dapat percuma satu buku Whitening Soap !! Wah, dah jimat RM29.00!! heheheeh. Tahan sebulan tauuuuuuuuuuuuuuuu! Bila lagi nak melawa untuk diri sendiri jugak kan? =)
Harga Produk:

Whitening Soap Premium : RM29.00 (SM) , RM39.00 (SS)
Double Serum Premiuim : RM119.00 (SM) , RM129.00 (SS)



Pastikan produk original dan sah dari pengedar Babeskin 365!

Untuk beli produk ini, boleh hubungi nombor di bawah:
012-2444 014 (Nurul) , 012-2444 041 (Jane)
018-2444 988 (Fiqa) ,  011-1888 9948 (Shila)

Atau kalau korang segan, meh risik-risik dengan mereka ni di :
(klik je link bawah ini ye)

Facebook : Babeskin 365
Website: Babeskin 365
Instagram : Babeskin 365
Zuraeca Sdn Bhd

 

Copyright 2016 © Syazwani Mazlan. Design by Ayu Barbydol