Angel Wing Heart

17 December 2012

Pakej Pulau di Malaysia 2013 ( Help me please? )

Assalammualaikum....


Alhamdullilah sudah sampai penghujung 2012. Macamana dengan azam tahun 2012 ni? Ada yang dah terlaksana ke belum? Kalau belum, haruslah azam tersebut bawa naik ke tahun 2013 pulak... bagi terlaksana okeyy... hihihihi


Azam untuk tahun 2013, aku takde nak impi benda aneh-aneh sangat. Cuma aku nak pergi holiday dengan kawan-kawan aku. Kira luang masa gitu dengan kawan-kawan. Eh.....masa bujang ni lah kena pandai urus masa nak beronok-ronok...eh? :P Kalau dah kahwin, apa pun tak boleh... hehehe

       Dengan ini, aku dah plan dengan kawan-kawan aku nak pergi holiday mana-mana pulau yang the best sekali di Malaysia. Di Malaysia sahaja okey. Luar negara tu nanti-nanti dulu.. cewahhh.. Penginapan kalau boleh 2D1N atau 3D2N. Kalau penginapan lagi advance pun boleh.. Sekarang ni aku dah mula hantar emel untuk tanya quotations pakej pulau untuk tahun 2013. Ada jugak survey pulau lain. Tapi tak banyak dalam internet ni.

      So, aku nak minta bantuan para bloggers semua tak kiralah yang baca blog aku sesenyap ke... yang takde akaun blog ke... korang boleh bagi comment kat bawah entri ni as annoymous atau akaun blog korang. Aku perlukan sangat-sangat review mana-mana pulau dari korang. Beserta pakej-pakej yang sesuai dan bulan apa yang sesuai untuk melancong di sini.. Tak kisahlah pulau apa.. :)

Jangan lupa bagi emel untuk senang aku tanya pasal quotations pulau.. Kalau nak bagi quotations dalam comment blog pun okey saja bahhh... hiks.

P/S: Aku ucapkan terima kasih pada yang bagi feedback ^^,

4 comments :

  1. cuba tengok www.pakejpulaumalaysia.com

    ReplyDelete
  2. nie link fbook tokey agensi klo nk ke pulau phntian.. peramah n suke begurau orgny http://www.facebook.com/khursani.abmanaf

    ReplyDelete
  3. cuba trgok2 sini www.pulau.my

    ReplyDelete

Terima Kasih sudi membaca entri ini =)

 

Copyright 2016 © Syazwani Mazlan. Design by Ayu Barbydol