Angel Wing Heart

28 September 2013

Temuduga SPA : Penerbit Rancangan Gred B41

Assalammualaikum..

Rasanya dah lama aku tak update blog. hehehehe. Takde masa dan idea nak menaip. So, malam ni nak sharing dengan korang mengenai Temuduga SPA Penerbit Rancangan Gred B41. Alhamdullilah, SPA tawarkan lagi untuk menghadiri peperiksaan pula. Setahu aku, selepas exam SPA , jika lulus, pihak SPA akan panggil untuk menghadiri temuduga bersama pegawainya pula. Sebelum ini, aku pernah menghadiri temuduga SPA jawatan Penolong Pegawai Pentadbir N27. Klik SINI

Untuk pengetahuan semua, peperiksaan ini terbahagi kepada 2. Iaitu UJIAN AMALI dan PEPERIKSAAN BERTULIS. Wahhh. lama dah aku tak belajar ni. Ada exam pula ye... hehehe. Ujian amali terbahagi dua bahagian iaitu suara dan penyampaian. So, kena test suara la.. Ala-ala suara serak basah garang-garang skema boleh la cuba ye.. Kemudian peperiksaan bertulis pula terbahagi kepada tiga bahagian iaitu Pengetahuan AM , karangan dan terjemahan.




Ujian Amali


Peperiksaan Bertulis

Kawan-kawan seperjuangan aku ada yang dah pergi. Untuk bab ujian amali ni, dia akan bagi teks. Untuk teks bahasa Inggeris pula, dia minta kita terjemahkan sendiri (masa diberi) dan baca la teks tu sorang-sorang dihadapan pegawai. Jangan gugup, yakin pada diri. Oh, ye untuk temuduga SPA ini, aku tak pergi. hehehehe. Walaupun bos aku cakap, (ini bos lain pulak, banyak sangat bos dalam opis. hahaha) pergila.. rugi tak pergi. Tapi takpe, aku taknak sebab nak korek ilmu kerja di tempat lain pulak nanti. Kumpul dulu... Lama-lama nanti, siapa tahu tuah manusia kan? Kalau tak pergi, jangan risau nama anda tidak akan disenarai hitamkan.

P/S: Bos aku cakap, kalau pergi mana-mana interview , jangan berharap untuk dapatkan pekerjaan tu.. Biarlah kita bersahaja, santai, suka-suka dengan erti kata lain, saja je nak timba pengalaman interview...... Mana tahu, ada rezeki... Kalau takde rezeki, takde la kita frust. Ye dak? :) ALL THE BEST!

8 comments :

  1. Buat betul ye shbt. jgn neves2 :D btw SM done follow sini, jemput singgah ke blog kalau sudi :)

    ReplyDelete
  2. Hi temuduga untuk penerbit rancangan b41 ini ujian saja ke? Sebab I dah lulus exam die.

    ReplyDelete
    Replies
    1. tak silap ada dua sesi.. interview dengan penemuduga.. tgu je surat

      Delete
  3. Replies
    1. soalan kat saya ke? tak baca habis la tu.. saya mana ada pergi interview ni :)

      Delete

Terima Kasih sudi membaca entri ini =)

 

Copyright 2016 © Syazwani Mazlan. Design by Ayu Barbydol