Angel Wing Heart

24 February 2013

Cara tempah hotel menggunakan Agoda


Assalammualaikum

Hari ni aku rajin sikit nak share dengan korang mengenai web agoda. Dulu aku tak tahu pun agoda ni untuk apa. Selalu nampak iklan terawang-awang je di internet. Lepas boss aku bagitahu , baru aku faham web ni untuk tempah / booking hotel. Senang je katanya. Tak perlu guna kredit kad pun tak pe. Guna debit kad pun boleh. Agoda ni yang aku faham la, sebuah company yang dah 'beli' bilik-bilik terpilih di serata dunia. ahaa...

Apa yang menariknya, harga hotel jauh lebih murah dari harga normal hotel. Siap boleh kumpul point lagi kalau booking secara online dengan agoda. Point ni boleh tebus & dapat diskaun harga lagi murah dari diskaun sedia ada. Kalau korang bagi komen mengenai hotel yang korang dah pernah stay tu, dapat 500 point. peh.peh..


Aku dah cuba booking hotel guna agoda. Memula macam terkial la jugak. Tapi aku ni, bantai je buat sendiri. Konon berdikari. Ahaks. So, aku guna Maybank kad. Debit kad aku guna okey. Bukan kredit kad. power..power.. hahaha. Agoda, boleh terima pembayaran melalui Paypal, Visa, Mastercard , kredit kad dan lain-lain lagi. Kalau nak guna debit kad tu, pastikan kad korang ada logo Visa atau Mastercard. So, boleh la guna.


Pergi web agoda , KLIK SINI . First , korang kenalah daftar dulu. Tapi kalau taknak daftar pun takpe. Akan terdaftar secara automatik.  password akan diberi iaitu no ID . Boleh pilih pelbagai bahasa dalam web agoda ni.. Sama ada bahasa Malaysia , English dan lain-lain. Macam biasa, korang pilih destinasi yang nak pergi melancong tu. Tak kisah la dalam atau luar negara. Lepas tu Check rates! Korang akan nampak seperti ni selepas pilih salah satu hotel....Oh ye, sebelum terlupa, display rates in tu, tukar kepada Malaysian Ringgit (MYR) .


Rasa dah puas hati dengan hotel tersebut, bolehlah pilih berapa bilik yang nak (no.rooms) dan book it! Tengok atas ni, perbandingan harga normal dengan harga agoda bagi, jauh beza kan? Inilah untungnya kalau booking online... hehehehe... lepas tu dapat pulak rewards. Semua kemudahan yang ada dalam hotel diberitahu secara detail kat situ. Baca je ke bawah maklumat hotel tu, semua lengkap.

Lepas klik book it tu, akan keluar borang online seperti di bawah ni :


Yang tu akan terpaparlah segala berapa hari nak menginap, berapa kena bayar & termasuklah sedikit tax. Isi semua maklumat yang agoda ni nak. emel tu penting wooo. Jangan bagi emel yang dah tak boleh nak bukak pulak. Nanti, slip pembayaran, akan diberi melalui emel. Lepas tu, isi cara pembayaran menggunakan kad apa di 'payment method' . beri no kad & nama pemegang kad. Masukkan tarikh luput kad tersebut & kod cvc. Kod cvc kalau tak tahu , klik simbol tanda soal sebelah ruang tu. Akhir sekali klik 'pay & book now!'


Tunggu! belum selesai lagi tempahan korang. Buka balik emel & akan dapat emel daripada agoda.  Klik confirmation for booking id. Pastikan pc/laptop korang support pdf ye... Nanti tak boleh buka pulak. Keluar la 'hotel Voucher' korang. Booking ID ni penting wooo... untuk tunjuk pada pihak hotel nanti... Akhir sekali, print hotel voucher korang tu... Voucher ni penting untuk diberi pada pihak hotel semasa sampai di sana. Tak perlu deposit apa-apa, tunjuk voucher & ic , terus je check in. Memang mudah...



Semua hotel yang tersedia di Agoda ni boleh je nak cancel atau ubah tarikh . Tapi, sesetengah hotel boleh cancel secara free! Yang lain kalau nak cancel kan boleh, tapi akan kena denda la.. So, apa tunggu lagi.... boleh la booking hotel yang nak menginap! Semoga berjaya booking hotel secara online ! :)

Jangan lupa, selepas membuat tempahan ini berjaya, call pihak hotel untuk pengesahan booking anda ye!

P/S: Masa nak konvo ni, aku call semua hotel dah penuh... baru beberapa minggu nak konvo. Haish.. Akhirnya agoda membantu aku. hehehehehe...

248 comments :

  1. nice sharing..:) skunk byk more guna online jer..maju sungguh dah..hewheh

    ReplyDelete
  2. hehehe.. first time guna.. lagipun dpt harga murah berbanding pihak hotel sendiri..hewhew..

    ReplyDelete
    Replies
    1. salam.. nak bertanya.. kenapa saya nak bayar guna debit card xboleh ea.. ke ade kene active kan pape..

      Delete
    2. salam.. nak tye.. kenapa saya guna debit card xboleh ea.. kene aktifkn pape ke

      Delete
  3. As salam...Rajinnyer... ^_^ apepun, thnx ye sharing... gud3x...!

    ReplyDelete
  4. kebetulan booking hotel secara online.. so, ada masa terus buat entri psl ni..hehe.. tq :)

    ReplyDelete
  5. btol ke bleh gne debit card?..sy bce kat cara pembayaran cume blh guna credit card je?

    ReplyDelete
  6. memang boleh guna debit kad :) saya dah guna ni.... sy check baki acc selepas pembayaran, dh ditolak pun..sy call pihak hotel, ada dh nama ... smpai hotel kenala tunjuk voucher yg dh print.&ic

    ReplyDelete
  7. sy guna debit kad maybank yg ada logo Visa di dpn kad :) selamat membooking hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. kak... sy nk tny,, cmne nk buat?? sy xbrapa fhm la...boley ajar sy x?? sy gune debit kad cimb yg ad logo Mastercard di dpn kad....tolong ajr sy.... tolonggggg :)

      Delete
    2. mcmn nak dpt cvc-code utk debit card? sy pn xdpt guna debit.. holder card number pn xdpt nak masuk..

      Delete
  8. thanks sgt..mmg nk try booking thru' agoda nie..tp cume ad debit card je..xde cc..hehe

    ReplyDelete
  9. number card yg kne isi kat agoda 2 refer utk akaun number ke @ number siri kad debit?

    ReplyDelete
  10. thanks..sgt membantu!!ingtkan xbleh guna debit kad..kalo kita nk smpn voucer tu dlu n print kemudian blh x?sbb kat rmh saya x ada printer.kena print dkt kdai je..

    ReplyDelete
  11. refer pada no siri di depan kad bank :)

    ReplyDelete
  12. boleh print kemudian..sebab dia akan bagi ke emel sendiri terus :)

    ReplyDelete
  13. sya try debit card maybank visa tuk booking kat agoda tp xdapat la . dy suruh gune cerdit card laen.. nape yer????? huhuhuh leh email sy milia_loveville@yahoo.com

    ReplyDelete
  14. kena try lagi... guna no kad debit depan kad tu utk card num.. card holder name utk nama pemilik kad, cvc code adalah kod kad debit dibelakang kad..

    ReplyDelete
    Replies
    1. thanks a lot kerana membantu!!! part yg no card,cvc code tu la y xberapa nak paham sikit,hihi.btw,thanksss

      Delete
  15. Book hotel dekat Agoda lgi murah daripada bokk directly dekat hotel! :)

    ReplyDelete
  16. aah..lagi murah dr kita book hotel secara biasa tu...he he he

    ReplyDelete
  17. kalo booking hotel guna maybank debit card untuk hotel kat thailand boleh tak??pastu dia kan tolak duit tu sebelum kita check in kat hotel tu kan..

    ReplyDelete
  18. izwan : Boleh awak... ni international punya website.. lgpun, dia punya induk kat thai :) yup, duit akan tolak terus dr akaun bank awak.. sampai hotel, awak bagi slip booking tu je :)

    ReplyDelete
  19. sama2..sekadar berkongsi pengalaman :)

    ReplyDelete
  20. Memang boleh la pakai debit card maybank..jangan pilih "visa" tapi "mastercard"..

    ReplyDelete
  21. yup, betul tu.. maaf saya terlupa mengenai visa & mastercard ..hehe tq

    ReplyDelete
    Replies
    1. tp kad debit sy ada logo visa, bukan logo masterkad. jd kena pilih yg mane 1?

      Delete
    2. maybank card tu untuk debit card atau kredit card? kalau kad kredit, pilih > Visa. Kalau debit kad , pilih mastercard.

      Delete
    3. Kalau nak guna sebagai debit kad (wang ditolak dari akaun bank) guna mastercard. Kalau kredit kad tu, siapa yg ada kad kredit la.. :)

      Delete
  22. bagusnye perkongsian ilmu ni..tq ya...nk try book hotel gak guna debit card.nk tanya...kalo guna cimb debit card boleh ker? sbb kt ats semua guna debit card maybank...semoga perytayaan sy dpt terjawab...

    ReplyDelete
    Replies
    1. nak tanya, awak dapat ke book hotel guna kad debit cimb? sebab saya tak dapat book..

      Delete
  23. Tapi kan Maybank debit tu visa nyer, boleh ke letak MasterCard plak?sory, newbie sini.

    ReplyDelete
  24. Boleh. Saya guna Maybank. Visa tu untuk credit card. Saya debit card je :)

    ReplyDelete
  25. Umaira: Saya pernah guna cimb bank, tapi tak menjadi. Mungkin masih belum boleh digunakan untuk bank cimb. Boleh cubalah gunakan cimb untuk book melalui agoda

    ReplyDelete
    Replies
    1. sy booking guna kad debit cimb pun xdapat..bila tekan confirm pembayaran semua, dia cakap 'booking completed'..tapi email dari agoda tak dapat dan duit dalam akaun pun dia tak tolak..

      Delete
  26. Nice sharing. Step by step pulak tu. Thanks for the imformation. Memang kena book jugak la pas nie..

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehehe.. sama2.. rakyat Malaysia kan suka melancong.. kebetulan tahu, sharing jela :)

      Delete
  27. Aku nak pi melepak kat bukit bintang minggu depan 4 hari, sekarang ni tengah berkire2 nak gune servis agoda ataupun hotels.com dari playstore.

    Tapi nampak agoda lebih banyak user kat malaysia ni, maybe pilih agoda, ade sape2 nak rekomen hotel yang elok dan baik dekat BB ni?

    ReplyDelete
  28. Thanks for the info.. just booked using my DEBIT card.. xtau pon. igtkan credit card jer.. =)

    ReplyDelete
    Replies
    1. wc ;) saya pun guna debit card je.. credit card xde.. hehehehhee

      Delete
  29. Macam mana guna debit card..saya guna maybank debit card tak boleh..kata pls use other card..kalau set utk mastercard die kata no card not valid..camner

    ReplyDelete
    Replies
    1. saya pun pernah jadi mcm saudara/saudari ni... so saya cuba banyak kali.. mungkin ada silap step atau tgh berebut booking dgn pengunjung lain..

      Delete
  30. awak confuse kad..debit card yg lambang cerry tu ade lambang visa...bukan mastercard..
    memang boleh ke yer...harap balas....

    ReplyDelete
  31. tapi wak..kad sy debit yg lambang cerry ade lambang visa jer takda pun '' mastercard ''
    boleh ke guna harap balas...yer..huhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. ye.. boleh... dah cuba belum? saya buat, boleh je...;)

      Delete
    2. Maksudnya, kad debit maybank tu walaupun depan kad gambar visa, tapi masa bayar kat agoda kita select mastercard eh?

      Delete
    3. yup.. kalau awk select Visa pun, tak dapat tolak jugak sebab awak tak apply kad kredit kan? kalau ada kad kredit, boleh la

      Delete
  32. hai.. sy pun bru nk try guna debit card tp tak leh la.. cmner ek debit card sy tulis visa bukan master card so sy nak isi visa ke master card

    ReplyDelete
    Replies
    1. saya guna maybank card , image depan gambar cherry :)

      Delete
  33. Saya da cube tapi once enter number debit card maybank tu die tak valid sebab bukan MasterCard but VISA..any comment?

    ReplyDelete
    Replies
    1. dah select mastercard dlm ruangan 'payment method' belum? saya guna maybank card, image depan cherry... cuba sampai dapat. kadang2 sistem agoda busy dengan pengunjung luar & dalam negara untuk book hotel. tq

      Delete
    2. ade email? so we can chat sebab da cube. once habis je enter number card die tulis invalid number. Tanda pangkah. But bile pilih VISA and masuk kan number die valid. Tapi x boleh proceed untuk payment.

      Delete
  34. Kalau anda semua terkandas di select payment method ,

    Select Payment , pilih : Mastercard bukan paypal.
    Card no pula : isi no card maybank (di hadapan kad tersebut)
    Card Holder Name : Nama pemilik kad maybank tersebut
    Expired Date : tarikh luput kad maybank .. (ada dihadapan kad maybank)
    CVC Cod : No kod 3 angka di belakang kad maybank.. (cuba klik simbol tanya tanya jika tidak faham di situ)

    kalau tak dapat booking jugak, maybe sistem sana busy sebab saya pun berkali2 jugak mencuba...hehehehe Good Luck! :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. maybank debit card ada 2 jenis, satu logo visa (sisi kiri hitam) dan satu lagi yg logo mastercard (sisi kiri platinum). kedua-duanya gambar cherry. cik syazwani pakai yg mana satu?

      Delete
  35. Info yg sgt berguna..thanks dik..tp ada satu soklan..nk confirmkan.. masa kita habis saje proses onine booking ni, byaran penuh hotel akan terus ditolak dari account kita ye? Ni akk tnye utk guna debit card tu..maknanya kalau harga penuh hotel rm500, lepas je kita selesai booking, rm500 akan ditolak dr acc kita ye?baru dpt voucher? Atau cmne ye..dik explain sket pasal yg ni blh..sama ada byr masa check in/out.. thnks ye.. akk xpnah booking thru agoda ni..salunye call je..atau dtg terus..cara org dolu2 :p tp kalini mmg kena booked awal sbb nk hi cuti skolahni..hrap adik reply cepat..thanks

    ReplyDelete
    Replies
    1. ye kak, agoda ni bayar semua sekali terus... masuk hotel , bagi voucher booking tu je... duit akan ditolak terus dr akaun bank...masa kat hotel, tiada apa-apa bayaran yg diperlukan lg.. masuk bilik hotel , tidur! hehehehe . Selamat bercuti ye :)

      Delete
    2. kalo bayaran dh tolak selepas membuat tempahan, kalo nak cancel booking boleh ke? duit akan dikembalikan x? tlg reply. tq

      Delete
    3. pergi ke web agoda.com , di sebelah kanan anda, bwh sikit di bahagian 'Manage my bookins'. Ikut arahan selanjutnya di situ. Kalau cancel, duit blh dipulangkan tp akan dikenakan denda sedikit. tp tak tahu berapa, jadi kena tgk dlm bahagian tu melalui akaun agoda anda.. ada sesetengah hotel terpilih tidak dikenakan denda bg pembatalan.. sekian.

      Delete
  36. tak dapat la,dah berapa kali dah saya try

    ReplyDelete
  37. Thanks for info..pas ni nak try

    ReplyDelete
  38. saya br book hotel melalui agoda... mmg cemerlang... debit card maybank

    ReplyDelete
    Replies
    1. wah..tahniah..ada juga pembaca blog saya yang menjadi buat booking hotel ye...:)

      Delete
  39. sy br pas book hotel di agoda... cameron highland... huhuhu... trbaik guna debit card maybank...

    ReplyDelete
  40. holla saya punya maybank cherry i choose visa proceed je coz dye use mengikut pada card maybank tu if depan visa choose la visa if dpan mastercard choose la mastercard i da booked for second time alhamdullilah setakat ni tiada masalah

    ReplyDelete
    Replies
    1. terima kasih atas feedback awak... nampaknya ada jalan penyelesaian di sini pada yang sangkut dgn visa atau mastercard .... :)

      Delete
  41. Salam..blehh reply tak.saya dah cuba booking hotel mcm info akak.tp dia cakap booking dah berjaya t duit dlm acount tak tolak. Pastu xdpt email dari agoda .dia suruh buat pembayaran.cmana ek nk buat pembaran.bleh kongsi tak.......



    ReplyDelete
    Replies
    1. Wsalam... boleh... awak sangkut bahagian mana? kalau tak klik confirm pembayaran, jgn risau duit tidak akan ditolak sesuka hati... melainkan awak dah dapat voucher hotel tu dalam emel..

      Delete
    2. awk...kalo dah dapat hotel voucher... kene call hotel ke? sbb dlm cc sya masih x charge lagi... bingung awk..

      Delete
  42. selamat ker kalu reveal no cvc tu...agak ragu2 ngan security...huhuhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. selamat kalau pegang kad tu betul2... jgn kasi orang..hehehehe

      Delete
    2. selamat..asalkan jgn bg no akaun bank....

      Delete
  43. Sypon dh book apartmen hotel thru agoda.at first nk survey hotel thru online tp tnmpak wsite agoda. Tgk harga jauh lbh murah dr normal rate. Mula2 tkut jugak nk book thru agoda tp bilabca komen org yg dh book rasanya wsite ni blh dipercayai. Caranya mmg mcm yg cik syazwani explain. Cukup senang, mudh n jimat masa. Tnis wsite help me a lot nk2 yg last minute booking cam sy.beberapa hari nk g bcuti bru nk survey hotel.ingt dh x dpt hotel coz musim cuti skolah n kalo ada hrga msti mahal x ingt.but thru agoda sy dpt servis apartmt 2 blk dgn harga rm260 incldg tax dr harga asal rm544.sgt bbaloi utk sy yg family besar:-)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdullilah.. ada juga pembaca blog saya yang berjaya booking online guna agoda ni... yup web ni memang harga jauh lebih murah dari harga asal.. so yang last minit nak bercuti tak payah susah hati lagi...Agoda dihujung jari... tanpa kredit kad pun boleh guna.. hehehehe

      Delete
  44. Untuk booking hotel di Indonesia lebih baik di http://www.goindonesia.com/en

    ReplyDelete
  45. bagus lah boleh berkongsi.. mula2 sya ragu2 nk guna agoda.. tp bila baca korang punye feedback sya jadi yakin.. tq ualllsss

    ReplyDelete
  46. thanks a lot kawan2.. coz mula2 rasa takut nk booking guna agoda ni

    ReplyDelete
  47. mcm mana ek kalau nk cancel booking dgn agoda. saya dh booking hotel. sbb kan ada masalah sket, saya tak dapat nk check in pd tarikh yang saya booking tu. ada no fon atau emel add agoda malaysia tak.

    ReplyDelete
    Replies
    1. pergi ke web agoda.com , di sebelah kanan anda , bawah sikit di bahagian 'Manage my bookings' . ikut arahan selanjutnya di situ. tq

      Delete
  48. saya nk tye..agoda same x dengan booking.com?booking .com blh gune debit kad x?

    ReplyDelete
  49. saya nk tye, agoda ni same x dengan booking .com? klu tempah gune booking.com, blh x gune debit kad?

    ReplyDelete
    Replies
    1. sama je... tp saya lg mudah guna agoda.. booking . com tu tak pastila blh guna debit card ataupun tidak... kena tgk rules web dia... :)

      Delete
  50. salam cik syazwani, nama saya mohd reza....terima kasih banyak2...saya baru sahaja selesai menggunakan agoda...memang murah. saya try call hotel tanya bilik standard berapa..dia cakap RM180 semalam. bila saya masuk agoda..saya dapat Bilik Executive termasuk 2 breakfast dengan harga RM155.80 sahaja!!!!! mcm tak percaya. lepas ni memang book melalui agoda la jawabnya....hmm memang semudah A B C dan berbaloi2....

    ReplyDelete
    Replies
    1. waalaikumsalam... wahhh... saya sgt happy baca komen dari en reza... maknanya pembaca blog saya boleh buat sendiri untuk booking hotel melalui agoda... hehehe.. bolehla nak pergi oversea, book hotel guna agoda.. berbaloiii.. hehehe

      Delete
  51. nak tanya...amount pre-authorized tu exactly same dgn total amount yang agoda charges tu ke..??means,after kita wat complete payment...agoda akan tolak the same amount charges dekat account maybank kita..??ke lebih sikit dari total amount..??reply ASAP...thankz...hehe..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Agoda ni sebelum payment, tak termasuk tax.. lepas dah confirm, dia akan bg detail complete kat tepi sebelum confirmkan pembayaran..yang tu termasuk tax.. tax xbyk mana pun :) hehe

      Delete
  52. thank..your post about agoda.com and hotel booking by using maybank debit card is really helpful..i dengan sekali booking je..dh dapat comfirmation from the agoda..does't face unable pre-authorized tp yg paling penting duit kena ada dlm acc...thankz lg sekali...

    ReplyDelete
    Replies
    1. welcome sis.. great to hear it ;) pasni boleh melancong dgn suka hati la ye... xperlu risau hotel penuh bila musim cuti sekolah ..

      Delete
  53. Semangat je nak buad...ingatkan x bole guna debit card...rupanya boleh..esok nak try buat...selamat try google debit card boleg gune ke x untuk nak buat booking agoda...thanx bnyak2...kalu dah visa tu tekan je la visa kan...kalu mastercard tekan la mastercard..hehe...
    Wish me Luck guys!!! kalu ada berjaya nanti saya comment balik...yahoo..

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehehe. ok encik shahril.. semoga berjaya.. ikut step elok2 ye.. yup , ikut berdasarkan kad anda... selamat bercuti!!! yahoooo!! hehehehe

      Delete
  54. Yahooo...dah selamat semua...Booking confirmed...Maseh bnyak2 kak...kalu x kerna kak, mmg saya x tahu boleh gune ke x...hehe ;)

    ReplyDelete
    Replies
    1. wahhh.. bolehla teruskan percutian mudah!!! happy for you! ;) welcome.

      Delete
  55. Saya dah try byk kali
    X bole guna debit kad maybank

    Bile sent email to agoda
    Customer service reply....

    "Buat masa ini agoda hanya menerima tempahan melalui pembayaran kad kredit visa,master,amex,jcb dan paypal.
    Debit kad masih belum boleh diterima untuk tempahan bilik"

    Aduiii.....camne ekkk

    ReplyDelete
    Replies
    1. yeke? biar betul? sebab yang lain guna ok je? Kalau kad awk tak blh, sy xtau nak buat apa la.. cuba rujuk komen2 yang terdahulu ye.. pelbagai masalah dah ada jawapannya .. tq... ;)

      Delete
  56. masa check in pkul brp ya? bole lewat check in tak.?

    ReplyDelete
  57. masa check in pkul brp ya? bole check in lewat tak untuk hotel yg dh dibook ikut agoda ni?

    ReplyDelete
    Replies
    1. ikut pada hotel yg telah di booking.. cuba tanya hotel yg anda booking tu...

      Delete
  58. yang mana satu cvc code kat kad debit maybank

    ReplyDelete
    Replies
    1. rujuk pada icon '?' di sebelah form 'CVC'. Info di situ

      Delete
  59. salam, terima kasih banyakkkkkkkk.just now baru siap booking by debit card. yahoo . tbaaaaekla awak ni share kat semua bole pakai debit. saya x de cc. t kasihh awak. cu

    ReplyDelete
    Replies
    1. wsalam.. sama2 awak... semoga dapat membantu.. dan selamat bercutiiiiiiiii ! hehehehe

      Delete
  60. tak boleh pun bila pilih Kaedah Bayaran Visa...bila pilih MasterCard no x valid pulak huhu..tolong²

    ReplyDelete
  61. maaf ganggu, sy tempah utk org lain, sy guna debit hsbc amanah, dah call hotel n mmg confirm sy dah ade nama kat hotel tu. tapi duit sy xditolak lagi.. mcm mane ye?

    ReplyDelete
    Replies
    1. HSBC Bank saya tak pernah guna. Tapi mungkin lambat tolak duit. Kalau dah ada nama dah ada kat hotel, saudara/saudari tak perlu la risau. Kalau nak kepastian, call center AGODA...

      Delete
  62. awak, nape sy pnye baki still sama? nama dh ade kt hotel.. tp duit x ditolak lg.. sy gune debit hsbc

    ReplyDelete
    Replies
    1. HSBC Bank saya tak pernah guna. Tapi mungkin lambat tolak duit. Kalau dah ada nama dah ada kat hotel, saudara/saudari tak perlu la risau. Kalau nak kepastian, call center AGODA...

      Delete
  63. salam,dah try book pakai maybank debit kad , gmbr cherry tu . tp voucher hotel x dpt lg , dia kata kene tgu proses pembayaran selesai .. lamanya , awk dulu trus dapat voucher ea ?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya terus dapat voucher tersebut melalui emel.. awak ada letak emel tak? memang bayar, terus dpt voucher...

      Delete
  64. dear thanx for sharing info...membantu sangat2... :)

    ReplyDelete
  65. salam cik adik manis...nak di jadikan crita,sehari suntuk sy cuba wat booking on9..jenuh mncari klw2 la blh guna debit card as mod of payment..pagi ni kpla da srabot sb nk wat booking asap..tetiba jari ni ngan xsemena2 menaip debit card sbg mod pembayaran..blog awk yg paling atas..terus selak 1 1 smpai bwh..mmg excited sb seme detail cik dah critakn..trus sy buat...tadaaaaaaa...success..tringin nk ke gold cost sepang tu...stakat ni agoda ni blh dprcayai...trima ksh krna brkongsi ilmu...

    ReplyDelete
  66. salam cik adik, nak tanya, hotel dlm list agoda ni memang confirm ker, , sebab sy da masuk website SURYA HOTEL masjid india, just nak try kol tanya rate diorang directly., tapi no tel hotel tu mcm dah out of services , so nanti kalau da booked thru agoda ni,,mcmana sy nak bg confirm ngan hotel tu semula ... confius jap hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. ye, confirm... Kalau no hotel takde, cuba call pihak Agoda pula ye...

      Delete
  67. Salam..saya ada beberape soalan nak tanye :
    1) nama bank utk letak kat ruangan nama bank yg mngeluarkan kad..if bank sy maybank just letak maybank kan?
    2) kalau sy guna debit card tp dlm akaun wang kurang dr amaun yg perlu dibyr..bole proceed x booking sy tu?

    ReplyDelete
    Replies
    1. 1) Ada minta nama bank ye? saya tak perasan pulak. Agoda berwajah baru ke borangnya? kalau cad holder name tu, letak nama pemilik akaun bank je..:)
      2) baki dlm akaun tak cukup, tak proceed ... sebab agoda ni, terus bayar.. tak boleh bayar deposit atau skip..

      Delete
  68. Wani...akak baru sahaja online agoda ni. Dah isi semua form dan hijau. Tp bila klik tempah dan bayar, ia tidak terima. Minta guna kad kredit lain. Huhuhu....

    ReplyDelete
    Replies
    1. yeke kak? akak guna kad bank apa ye? sebab pembaca saya yg lain, blh je buat. hehe.. cuba akak baca komen2 yang lain, kot2 ada yg sama mcm masalah akak hadapi ni , blh jumpa jawapan yg akan membantu akak :)

      Delete
  69. salam...mula2 sy jd cmtu gak bila pakai debit kad maybank isi form klik visa no kad boleh accept tapi permintaan x diterima dia suruh pakai kad lain...bila klik masterkad pula no kad invalid pastu sy try call customer services maybank dia ckp sy kena aktifkan kad tu dl untuk penggunaan antarabangsa ...lepas dia aktifkan br ley pakai maybe yg komen2 diatas tu kad diaorng x aktif untuk antarabangsa mcm sy tu dl kot sbb tu kna reject try la 1300 88 6688 sy dh try booking dh mmng boleh pas sy call customer services maybank kelmarin

    ReplyDelete
    Replies
    1. wsalam.. thanks yaya! hehehe . wani tak tahu nak settel kan, sebab tak pernah kena masalah seperti yang lain.. boleh je guna... asalkan dah aktif debit card.. :)

      Delete
  70. salam..nak tanya..debit kad perlu diaktifkan ke ? Atau bole guna begitu sahaja?saya tak penah lagi guna kad saya utk apa? bayaran...org kg la katakan...tq

    ReplyDelete
  71. wsalam. yes. kena aktifkan debit card dahulu ;)

    ReplyDelete
  72. Syazwani Unimap ke dulu...wah best entry ni byk manfaat dan komen pun sering berjwab. Blogger yg rajin...

    ReplyDelete
  73. Syazwani UniMAP ke dulu..wah bagus entry ni, perkongsian yg baik dan jawapan yg cemerlang..sy suka guna Agoda dan tak pernah guna debit card lagi utk tmpahan di Agoda

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya bukan pelajar Unimap encik Zam.. hehhe.. terima kasih , saya jawab sekadar membantu mereka.. ;) terima kasih sudi datang blog saya..

      Delete
  74. Salam.
    Wani tq coz share dgn kak yaza..kak yaza baru je online ari ni alhamdulillah dapat book..rupanya senang je pakai debit card ni..terpikir nak baca blog wani..thanks again wani..

    ReplyDelete
  75. wsalam. sama-sama Kak Yaza... Semoga dapat bercuti dengan happy ye.. hehehehe.

    ReplyDelete
  76. salam... maaf mencelah, bg yang tak boleh booking guna debit kad sila aktifkan debitkad anda terlebih dahulu di atm atau bank.

    ReplyDelete
  77. Replies
    1. aktifkan kad maybank tu jadi debit kad :)

      Delete
    2. need ur help... dah byr guna c.card..hotel voucher dah dpt...tapi xtau confirm ke x..sya xde daftar kat agoda pn..terus bayar je..cmane ek? ape perlu sya buat? call hotel ke agoda?

      Delete
  78. awk..sya dah buat bayaran melalui credit card dan telah dapat hotel voucher... tapi sya xpasti lagi sama ada dah confirm ke x booking sy... so lepas ni nk buat ape ye? pls help me..tq

    ReplyDelete
  79. sya da byr guna c.card... dah dpt hotel voucher tapi x pasti lagi sudah confirm ke blom... lepas ni nk buat ape ye? call hotel?

    ReplyDelete
  80. hai, nak tanya ckit... ok tak menginap di twin peak? saya baca komen2 di agoda mengatakan tempat ini byk kekurangan...

    ReplyDelete
  81. Sy nk tny..sy da booking gn agoda..pmbyrn smua da settle..booking id number pn da dpt..tp sy xdpt hotel voucher..so mcm mn ye? Adkh agoda akn reply wthin 24hr? Sy cek kt my booking pun xde ape2..

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalau booking id ada, dah safe tu.. cuba tgk emel dlm folder spam.. atau tunggu 24h... kalau takde juga, kena call center agoda...

      Delete
  82. Assalamualaikum Syazwani..

    Saya nk tanye...kalu tempah hotel thru Agoda kalu pkai debit card kite kena bayar terus ke compare dgn crdt card?
    sebabnye saye dh try kalu pkai dbt card tp kena byr terus but not pay later....

    ReplyDelete
  83. Assalamualaikum Syazwani...

    Saya nak tanye kalu kite booking hotel thru Agoda dgn dbt card kena bayar terus ke compare dgn crdt card yg bole byr kemudian?

    Sebabnye saye try td pkai dbt card tp kena bayar terus igtkan nk bayar later...bak kate Agoda tu Book Now Pay Later....

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehehe. kalau debit card mmg kena bayar terus.. crdt kad tak tahu..tak pernah guna...hahaha

      Delete
  84. dear thu x mcmna nk cncel.sy bru book td n nk cancle nk ambik hotel lai.mcmna ye pls help me asap.tq dear

    ReplyDelete
    Replies
    1. hye dear.. pergi ke web agoda, belah kanan awak, bwh sikit, cari Manage my booking.. tapi utk cancel kan booking, awk akan dikenakan denda yer dr agoda.. cuba godek2 dlm tu..:)

      Delete
  85. salam cik syazwani..

    saya ada satu problema la.. macam ni citer dy. kami ni nak g bercuti di krabi. so, booking hotel semua tu da buat kat agoda.com bayar by kad kredit. tapi yang jadi problema dy tu kami guna kad kredit kakak taw so duit memang dorang da potong. so bile kami baca balik voucher punya notes yang mengatakan bahawa kena tunjuk kat kredit bersama photo id. Hallamak, tak kan la kami nak bawa kad kredit kakak kami. giler tu.. mane kakak kami nak bagi.. kena kejo ngan parang plak nanti. so, saya dengan rendah hati nak tanya kat Syazwani ni lah, kot penah dengar kes macam kami ni.? mintak pandangan yee.. =) thanks

    ReplyDelete
  86. Salam Alayk,

    Wahai Syazwani.. saya ni nak bertanya. saya akan bercuti ngan membe2 g krabi pada bulan 3 ni. hotel saya booking di Agoda.com. pembayaran saya buat melalui kad kredit. Disebabkan saya sendiri and geng yang p krabi ni xde kad kredit saya pun pinjamlah kad kredit kakak saya tok buat pembayaran agoda tu. Nak jadikan ceritakan, bila kami tengok balik voucher agoda tu dia soh kami bawa bersama kad kredit ngan photo id. Hallamak, ni problema ni. sangat problema.. xkan la nak bawa kad kredit kakak turun ke krabi?? maw kejo saya ngan parang. SO, nak minta pandangan cik syazwani lah. kalau penah dengar kes-kes macam saya ni. minta pandangan cik syazwani yee =) thanks

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hai awak... untuk pengetahuan, kalau guna kad kredit, mmg pihak hotel akan minta kad kredit dan ic di sana. kalau kad debit tak perlu. Kalau mcm tu, kena bawa bincang dengan kakak awak sendiri lah. hehehe. ataupun awak cancel booking. cancel pun akan dikenakan penalti (denda) dari pihak agoda bergantung pada jenis hotel.

      Delete
  87. Bnyk kali buat x bole pon...dear syaz awk ade try book lgi x bru2 nie..tkut mmg da x bole ker...bnyk kali cube still x bole gak..

    ReplyDelete
  88. Bnyk kali buat x bole pon...dear syaz awk ade try book lgi x bru2 nie..tkut mmg da x bole ker...bnyk kali cube still x bole gak..

    ReplyDelete
  89. Salam dear syazwani..da cube bnyk kali still x bole la..kenape ek..awk ade book x bru2 ni..tkut dye punye terms da brubah ker..da x same ker..hihi..cube bnyk kli x bole jgk..

    ReplyDelete
    Replies
    1. wsalam, maybank card tu dah aktif debit card atau belum? cuba semak di bank...

      Delete
  90. sye pon clalu suruh kakak sye book thru agoda pakai credit kad kakak sya. sebagai langkah berjaga2 kakak saya akan bagi salinan ic depan belakang dan juga surat kebenaran memaklukan yang sya buat bayaran hotel ni melalui kredit kad kakak sya. alhamdulilah dah 2x buat macam ni lepas. pertama dulu pegi singapore. kali kedua indonesia.

    ReplyDelete
  91. sy dah berjaya booking hotel..tapi knp bila kol hotel utk nak check, dia suh cnfirm ngn agoda? tp kat web agoda dah ada booking tu..baucer pun dah dpt..so mmg xkena tipu la nie? nti pegi bwak baucer je la?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau kena tipu, saya pun kena, huahahaha, saya call hotel, tanya nama saya ada tak booking dlm sistem dia, pihak hotel kata ada. sama ada hotel awak malas nak check tu saya tak pasti.. bawak aje baucer tu

      Delete
  92. hi..sya nk tnye.sye tlak buat tempahan hotel melalui agoda.tpi hotel voucher msih x dapat.dan email yg sya terima agoda tidak mengandungi voucher tok sye tunjokkan kepada phak hotel nnti.
    jadi bgaimana sya ingin mendapatkannya?

    ReplyDelete
  93. hi..sye nk tnye.kenape email yg sye terima dri agoda tidak meganduingi hotel voucher tuk saye print?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Saudara, ada penolakan duit dari bank akaun tak? biasanya vaucher diberi dalam masa 24 jam, jika tiada, minta hubungi pihak agoda sndiri untuk selesaikan masalah saudara..

      Delete
  94. Nak tanya skit..kalau guna kad cimb or bsn dpt ke x yer..? sy x de kad maybank..

    ReplyDelete
  95. ada sapa2 yg dh guna cimb debit kad dan bjya?

    ReplyDelete
  96. Kalau guna kad debit bsn boleh ke tak eh? Ada org prnah try tak?

    ReplyDelete
  97. Thanx for the info cik syaz! At last sy dpt booking hotel dgn debit Card. Sy try bnyk kli. Akhirnya bru dpt.

    ReplyDelete
  98. Salam,

    Jom kita buat duit di internet tanpa sebarang pelaburan walau satu sen sekalipun.Apa guna ada internet tapi tak buat duit internet.Surf site ni:

    http://goo.gl/KZgAe2

    ReplyDelete
  99. Hi.. sy nak tanya semua2 expert kat sini.. Baru tadi sy booking hotel dgn agoda, mmg dpt booking dengan debit, dah confirmed booking, voucher pun dah dpt, tapi masalah jumlah balance kat bank sama je, x kena tolak pula.. Sape pernah ade situasi yg sama?

    ReplyDelete
    Replies
    1. hai, lebih baik cik/encik call semula pihak hotel untuk pastikan nama telah dibook untuk penginapan. Mungkin ambil masa untuk tolak duit dalam akaun

      Delete
    2. saya pon ada masalah yang sama....booking guna debit card, booking dah complete and dah dapat voucher pon tapi duit still tak tolak....macamane ye...

      Delete
  100. Booking melalui agoda nie guna bank islam boleh?

    ReplyDelete
  101. good sharing..banyak membantu saya yang baru nak belajar book hotel online..tq :)

    ReplyDelete
  102. salam kak, if kita x kol after make a reservation xpe kn ? means dtg terus tunjuk voucher je, btw nice info :) tak tahu pulak boleh guna debit card :) thanks for sharing

    ReplyDelete
    Replies
    1. yup, boleh takde masalah... yang penting awak dah ada voucher tu.. print dan bawa je ke hotel ;)

      Delete
  103. salam..saya sebelum nie banyak kali booking use agoda guna debit card Maybank...tapi start minggu lepas nak booking tak boleh plak use debit card..dia suro use kredit card...

    ReplyDelete
  104. hai sy nak tanya kalau sy salah isi borang agoda tu mcm mn ye...saya salah isi jumlah orang,,ples help..=(

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalau salah, kena tengok dlm akaun agoda en/cik sendiri.. utk betulkan. atau call center agoda tu

      Delete
  105. tumpang tanya masa nak buat bayaran ada pilihan tak nak bayar guna kad kredit @ kad debit atau pilih je logo visa@mastercard tu mohon pencerahan sis... tq share

    ReplyDelete
    Replies
    1. gunakan maybank kad yang ada logo visa... kad dah ready jd debit card.. masukkan no kad yg ada kat depan kad.. kalau nak guna yg debit

      Delete
  106. Semua masalah berkaitan AGODA, boleh rujuk komen2 balasan sebelum ini... tq =)

    ReplyDelete
  107. thanks syazwani..info yg sgt mebantu..dh berjaya booking hotel melalui debit card saja..

    ReplyDelete
  108. klau tak dpt lagi email dri agoda lepas book mcm manernye? apa nombor agoda custemer servis malaysia....saya cari tak ada number dorang ,

    ReplyDelete
    Replies
    1. ada , malaysia , emel: bd-malaysia@agoda.com tel: (60) 32 298 6601 , betul tak masuk emel encik ? cuba lihat dalam folder inbox sekali lagi atau folder spam.

      Delete
  109. assalamualaikum..nak tanya 2 soalan.

    1- dekat voucher tu mmg xde tulis harga blik y kite da bayar eh?
    2- masalah sy sama mcm y kat atas tu.duit dr acc x tolak pon.sy da download da voucher sume.

    oh lagi 1 terima kasih ye...info awak sgt mmbantu...:-)

    ReplyDelete
  110. Saya dah tempah hotel guna agoda nie...tpi sya bukan ahli dan smpai skrang sya blum terima email pengesahan tempahan..sya blum buat bayaran lagi

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalau tak buat bayaran, memang tak dapat pengesahan apa-apa..............

      Delete
  111. syazwani..sy da bwt booking online melalui agoda..mnggunakn kad cimb..id booking sume da dpt dan juga dah di printkn beserta resit..tapi macam mana nk tau kalo kita btl2 da booking bilik tu?tkot agoda je ckp da booking..bler smpai sana,nama kita xde..so mcm mne nk dptkn pengesahan yg bilik tu da di book ats nama kita?

    ReplyDelete
    Replies
    1. kena call hotel yang awak booking, semak nama awak ada ke tak dalam sistem hotel mereka.

      Delete
  112. salam. saya nak book hotel di agoda utk adik sy. n guna kredit kad sy. nnt bler adik sy dh sampai hotel kt sana, perlu ker tunjuk kredit kad sy sbg pengesahan?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wsalam, perlu bawa kad kredit & ic pemilik. tapi skg saya tak tahu macamana. boleh call hotel yang awak tempah untuk tanya...

      Delete
  113. Alhamdulilah
    dah berjaya booked menggunakan debit card maybank
    Mula-mula termenung je nak booked x ada credit card
    kemudian google info jumpa post adik ni
    Sangat bermanafaat
    Moga di beri pahala atas ilmu ini
    TQSM!

    ReplyDelete
  114. Saya dh byk kali book hotel melalui Agoda ni...byr guna credit card.alhmdulillah...so far xde masalah.just tunjuk email pengesahan dr agoda yg kita print & ic.credit card tu diorg x tgok pun.

    ReplyDelete
  115. Assalam sis Wani...

    First time saya buat tmpahan dlm Agoda.com ni tp payment blm ditolak dari akaun sy..sy guna Debit Card Bank Islam.. semua da settle n da dpt voucher dlm emel da tp sy dpt mesej dari no ni plak.. 66000 RM0.00 PENGGUNAAN AGODA HOTEL RES LONDON RMXXX.XX, SILA HUBUNGI BANK ISLAM JIKA TIDAK SAH... mcm ner ni sis? saya patot call sape?? Bank Islam or Agoda or Hotel tu sndri?

    please sis... tolong sy...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wsalam. Saya tak pernah guna debit card bank islam. Maybank je yang boleh guna utk agoda. Cuba awak call bank islam . Atau agoda sendiri.. jumlah tu dah ditolak bank ke? emel: bd-malaysia@agoda.com tel: (60) 32 298 6601

      Delete
  116. as salam sis,

    saya ada card Maybank Visa Debit logo Superman. saya cuba berkali2 booked agoda , tapi tak dpt np ye . minta tolong sis.

    ReplyDelete
  117. assalam awak yg cute...leh bagi pencerahan sket n kongsi pengalaman..sy 1st time guna debit card MB ni...lepas book dia terus tolak dari akaun total bayaran..so kalau time kita check in nnt dia xkan tolak lagi kan & kita xpayah bayar apa lagi kan..??

    ReplyDelete
    Replies
    1. wsalam ... boleh call hotel untuk confirm kan ada nama awak sebagai penginap di situ. kemudian, print baucer pembayaran yang telah awak buat.. dan tunjuk pada pihak hotel semasa check in... baucer biasanya agoda bagi melalui emel.. tak perlu bayar apa-apa lagi...ikut total .

      Delete
  118. As salam,

    saya da ikut arahan seperti mana yang sis tunjuk, But saya stuck dkt payment . Agoda ask for credit Card, Berkali2 try pun tak jadi.

    Kad Maybank tu kena aktifkan ap2 ke ??

    ReplyDelete

Terima Kasih sudi membaca entri ini =)

 

Copyright 2016 © Syazwani Mazlan. Design by Ayu Barbydol