Angel Wing Heart

11 February 2013

Selamat bertunang sahabat!


Assalammualaikum

Holaaaaaa! Cuti raya cina ni korang mesti cuti sakan kan? Untunglah, untunglah *spesis yang tak puas hati* muehehehehe. Dah stress kat tempat kerja tu, eloklah pergi bercuti, rehat-rehatkan diri. ahaks. Ahad, 10 Feb 2013 kawan sekolah menengah aku dah bertunang. Tenkiu sebab masih ingat kat aku ni. sobs.sobs. Teringat masa sekolah dulu, bila petang je, melepak tak tentu hala. HAHAHA. Bestnya masa dulu. Tak perlu fikir apa-apa kan? :)



Ni gambar dulu-dulu, masa form 4 tak silap. Punyalah selekeh aku, cam gedik pulak tu. wakakaka. Agak-agak yang mana satu bertunang ni? ehem

Syuhhhh.... Kalau you all nak tau, sekarang ni I lagi gedik plus,plus tau! wakakakaaka...

Separuh hantaran yang diberi dari pihak lelaki dan perempuan. (sebelah kiri dari pihak perempuan, kanan pulak pihak lelaki)




Ha, ni dia kawan lama aku, Diyana Atikah Rosman.. selamat jugak bertunang. Malu-malu kucing pulak dia ni.. Kenduri nanti , jangan lupa jemput lagi. hihihi

Bersama tunangnya.

Sempat jugak kitaorang pose. Masa ni, pihak laki tengah bincang-bincang pasal hantaran semua kat ruang tamu. Anak-anak dara perap dalam bilik la... hehehe

Sebenarnya dah bertahun-tahun tak pernah bersua dengan kawan sekolah ni.. sejak SPM, semua buat haluan masing-masing. Ha, tahun-tahun ni dan akan datang, mesti kena jumpa punya.. masa tu ramailah yang dah bertunang, kahwin.. :)

Bahagianya tengok kawan dah bertunang.. Happy je tengok.. Tumpang ambil berkat sekali. muehehehe *gatal* Eh... baju aku dengan bff aku (dila) sama kan? ngeh3 . Saja nak mengedik you all!


Tahniah , Diyana. Kenangan kita bersama sekolah dulu tetap ku kenang & simpan di ingatan. Aicehhh. Semoga berbahagia selalu di samping tunang tersayang, dipermudahkan urusan perkahwinan, dimurahkan lagi rezeki... Amin. Orang kata, Kalau niat kita ada nak ke arah perkahwinan, insyaAllah Allah mudahkan urusan ini.



 Balik dari majlis, sempat jugak kitaorang keluar bersama . Fuhh. Kekok habis. hehehe. Macam baru kenal pulak. hehehe. Try makan TEXAS CHICKEN. Best betul daripada KFC ! Selalu roti bun KFC tu aku tak makan, tapi roti texas chicken ni, menarik hati betul. Roti Madu yang melazatkan! Air boleh refill. Steady laaa.. Siap letak kat luar air tu... (soft drink) Bukan setakat ayam je, burger pun ada. Apa yang KFC ada, Texas pun ada. Harga macam KFC jugak. Tak mahal. Berpatutan lagi :)




 Ehem, dila ajak pergi kursus kahwin. We all nak pergi dengan bakal suami masing-masing. Ahh..gedik kan? muehehehe. Harga sini RM80 , 2 hari kursus. We all nak buat awal sebab taknak kena kursus kahwin yang bakal dijalankan dalam masa seminggu. 3 Hari 2 Malam . Pastu harga akan dinaikkan. Taknak!!! Takut sangkut dengan kerja nanti. Lagipun we all penjimat orangnya. kehkehkeh. InsyaAllah dalam tahun ni nak pergi buat. We all tak gatal ok, we all nak jimatkan masa, duit, perancangan masa depan itu penting. Doakan rezeki kami ok.. :)

9 comments :

  1. Wah..kemain gedik lagi ek nak cepat bertunang.hikhikhik.jangan marah. xpe la.tu kan keinginan setiap manusia.hihi.. Kursus kahwin awal bgus.nnti dekat nak kahwin x lah gelabah.:)

    ReplyDelete
  2. ima: zaman anak dara ni, kemain nak gedik2 jugak..hehehe.. xde marah aihh... memang ada perancangan nak buat kursus awal pun sejak study dulu tp terlepas sebab banyak final project. So, harap2 tahun ni dapatla pergi . eeheheh ;P

    ReplyDelete
  3. kaizen : kalau jodoh awal, awal la tunang nye...mueheheh. doakan rezeki kami limpah luah la ye... insyaAllah :)

    ReplyDelete
  4. wah,,bestnya...selamat bertunang utk kwn awk..:) ..awk bila lg?ahhha..

    ReplyDelete
  5. hahahaha... rezeki murah, awal la.. miahahaha... tq... :)

    ReplyDelete

Terima Kasih sudi membaca entri ini =)

 

Copyright 2016 © Syazwani Mazlan. Design by Ayu Barbydol