Angel Wing Heart

07 November 2020

Pengalaman cerai puting kosong anak


 Assalammualaikum..

Long story nak taip sebenarnya ni. Lupa hari tu nak update pasal puting kosong Nina. Dah cerai ke belum??? 🤔 Masa umur Nina setahun, takde nampak tanda² dia nak buang puting dia tu. Makin rapat pulak tengoknya.. Haih, mami mana tak risau kan. Takkan nak tunggu dia hisap sampai 3-4 tahun? Takkan nanti masuk tadika hisap puting lagi? ish taknak la.. 



Nina umur setahun lebih.. (2019)

Bermula dari tu,(masa umur Nina setahun lebih 2019) aku start google tips nak cerai puting getah ni. Salah 1 tips tu, kena gunting depan puting tu bagi lompong. Anak aku hisap , rasa angin. dah tak syok hisap. Menangis. Malam lagilah struggle weh nak tidurkan dia. Sampai aku kena pangku dia goyang sana sini bagi dia tidur. Masa ni buaian tak guna dah. Dah berenti berendoi buaian masa umur anak 8 bulan. Jadi, Kalau tidur mesti nak puting. Puting ni sebenarnya penenang baby. Sebab tu kalau dapat je diam. hehehe. 3 hari jugak la buat tapi tak berjaya. So aku pun tunda la misi nak cerai puting dia tu..Suami pun suruh tunda, kesian katanya.. takut anak tak lena tidur..Cuma aku limit kan masa dia memuting tu. Hanya waktu nak tidur je dia hisap puting. Anak aku ni kuat bebel, laki aku pulak lagi suka sumbat puting daripada anak aku membebel 😅 marah aku tauuu.. hahaha..Orang nak stop anak puting,dia galakkan lagi pulak. hahaha



tips gunting puting ni tak menjadi untuk anak aku, Nina. hahaha (2019)

Sampailah umur anak dah 2 tahun lebih (2020). Ha... terlewat kan? biasa cerai puting umur setahun. Takpe. aku tak nak paksa anak aku. Maybe dia tak ready lagi. Kali ni aku jumpa macam² tips nak cerai puting. Salah satunya lumur dgn asam jawa. Tapi aku tak ikut tips tu. Aku buat cara aku sendiri. Aku selitkan doa sekali "Semoga anak aku dapat cerai dgn puting kesayangan dia, Amin".


Nina umur 2 tahun ++ hisap puting lagi hehehe (2020)

Finally, aku dapat idea...aku tahu anak aku ni penakut dgn spider. So aku reka lah cerita, puting dia hilang sebab spider ambil puting dia. hehehe. Puting dia memang aku dah sorok, dedi dia pun tak tahu mana aku sorok. hahaha. 😝 Dia merengek je. tak menangis beria macam dulu. Sebab dia faham spider ambil puting dia tu. hehehe. Nak tahu apa anak aku buat sebelum tidur? dia membebel sorang² dalam gelap..menyanyi lama² sampai dia tertidur sendiri. Even aku dgn suami aku dah pujuk pun, dodoikan, dia tak nak jugak tidur. Dia tak menangis pun. Kesian jugak tapi untuk kebaikan anak sendiri. Takpe. Alhamdullilah sgt², akhirnya anak aku dapat lupakan puting dia. Tak dengar lagi ayat dia "Mami,Nak uting" ☺  



hari pertama tidur siang tanpa puting sampai nganga mulut heheh



hari kedua tidur tak mintak puting dah. Alhamdullilah.Lupa dah dia dengan BFF tu hahah
Gambar tidur malam takde ler.. bergelap hahaha.

Kali ni mudah sangat anak aku berhenti hisap puting. Mungkin sebab dia dah makin cerdik,makin faham apa yang mami dia cakap kat dia. Syukur sangat. Satu moment yang berharga buat seorang ibu hehehe. Selalu dengar kalau budak dah besar, susah nak stop puting. Tapi semua tu tafsiran je. Salah. Setiap anak kita berbeza. Ada yang susah nak pisah, ada yang senang. InsyaAllah. ibu-ibu boleh cuba tips lain kalau tak berkesan. Tapi untuk aku, aku buat slowly dan tak paksa. Macam awal-awal hari tu aku paksa,buat extreme sampai aku gunting puting anak aku tapi, tak berjaya pun hahaha. Akhirnya tunggu anak besar sikit, baru boleh pisahkan.



Ok,aku share tips lain nak pisahkan anak dengan puting getah ni. Yang penting kuncinya SABAR & NEKAD.

1) Lumur dengan serbuk Kunyit
2) Lumur Asam Jawa
3) Lumur Sirap
4) Lumur Garam (ni tak sampai hati nak buat hahaha)
5) Gunting depan puting tu (extreme)
6) Buat secara slowly macam aku. Hanya limitkan masa memuting tu khas masa nak tidur sahaja & lepas tu baru sorokkan puting dia & bagitahu puting tu dah hilang... InsyaAllah 2 hari dia terus lupa.

Aku tak ajar anak aku dengan bantal busuk atau kain busuk. Yang tu, tak tahulah caranya macamana. Maybe boleh praktikkan dengan cara di atas kot. hahaha. Anak aku hisap puting ni sebab masa tu baby dalam umur 3 bulan rasanya baru bagi sebab susah tidur & menangis. Aku pun ingat2 lupa dah.Tapi yang pasti, ada sebab kenapa ibu bapa bagi anak diaorang puting ye... Bukan suka² bagi sebagai perhiasan ye. huhuhu.

sedikit info:

Sebenarnya kalau puting kosong digunakan dengan betul, ia boleh membantu ibu bapa menguruskan bayi dengan lebih mudah. Lagipun, kita tak boleh samakan anak kita dengan orang lain. Keadaan setiap ibu bapa juga mungkin berbeza dan memerlukan mereka untuk menggunakan puting kosong sebagai ‘penenang’ bayi.

Puting kosong dikatakan amat bermanfaat kepada bayi pramatang. Ada kajian telah membuktikan bahawa ia memainkan peranan dalam meningkatkan berat badan bayi dengan lebih cepat serta mengurangkan komplikasi semasa dalam pantauan hospital.

Menurut Kristine Petterson Sleep Consulting, puting kosong juga sesuai untuk bayi baru lahir kerana ia amat efektif menenangkan bayi yang ‘overstimulated’ atau terlampau letih ketika menghampiri waktu tidur. Di samping itu, penggunaan puting ini mampu memanjangkan waktu tidur mereka kerana ada sesetengah bayi cepat terjaga dan begitu sensitif terhadap sehalus-halus bunyi mahupun cahaya.


Oklah, Tahun 2021, misi nak ceraikan pampers anak aku pulak. heheheh. Moga berjayalah azam tahun baru aku tu hahahahah.

Bye! Stay Safe! #COVID19


Dedi, Imanina Humaira dan akuuuuu ;)

29 September 2020

Jelajah Taman Burung KL 2020

 Assalammualaikum.. 


Hari ni nak cerita pengalaman kami berjalan ke KL BIRD PARK. Waktu musim covid ni takut juga nak berjalan.Tapi masa ni kami pergi awal bulan SEPT 2020,so masa ni kes covid 1-2 angka je...jadi kami beranilah nak bawa anak berjalan. Sambil kita jana kan ekonomi negara kan. Tak gitu.. #kitajagakita




Anak aku dah 2 tahun 6 bulan, sesuai sangatlah bawa dia ke sini. Memang seronok dia tengok jenis-jenis burung kat sini. Tempat pun luas,boleh berlari puas-puas hahaha. Haiwan kat sini bebas tau... Seronok mengejar..Jinak tapi susah nak sentuh... hehehe..




Burung kakak tua dalam sangkar ni mmg jinak.

Kami pergi pagi lah sebab cuaca elok sikit tak panas.Masa tu pergi Weekend. Orang memang ramai. Parking tepi jalan je, sebab dah full. So, berjalan kaki ke tempat ni. Kawasan sini semua tempat riadah dekat-dekat. Dekat juga dengan Tugu Negara. Walaupun orang ramai, tapi kami tak menunggu lama pun beli tiket ni. Sekejap je dah dapat, Memang terbaiklah servis diaorang ni. Kebetulan masa ni malas nak beli online..Biasa kami beli online je.






Harga masuk ke sini Dewasa RM25, kanak-kanak bawah umur 3 tahun FREE!! Buka setiap hari dari 9pagi hingga 6petang. Boleh check it out sini : KL BIRD PARK





Jinak burung kat sini,sibuk anak aku nak kejar...hahaha







Ada orang offer ambilkan gambar kami..hehehe.. 



Tinggi Nina kan..Mummy & Daddy dia rendah je...
Nina 2 tahun 6 bulan, 93cm dah... Alhamdullilah..



Misi menangkap Merak.. hahaha..Tak takut langsung anak aku ni..





Daddyyyy....



Nampak tak belakang tu,burung bebas sana sini?

Korang.. pergilah ke sini...Best jugak tau.. Zoo Negara dah pergi masa Nina umur Setahun, tapi tak sempatlah nk update sini..hahaha.... Masa tu,Nina tak excited pun... Sebab belum faham lagi.. Dah 2 tahun ni,best bawak dia berjalan ... 



Sengaja tau daddy ni... sempat dia snap gambar aku tengah mengejor anak dia..hahaaha



Anak aku ni perempuan pun lasak...hahahah...
Next,kita ajak daddy pergi jalan tempat lain pulakkk..
ok.. byeeee!!! 

P/S: Kalau nak pakai skirt ala diva, jangan lupa pakai sport shoes ok... kang tak rasa tanah!!! hahahaha!
 

Copyright 2016 © Syazwani Mazlan. Design by Ayu Barbydol