Angel Wing Heart

30 June 2011

Today is My Birthday!!

Hye Peeps! Assalammualaikum & Good morning :) You know what , today is my birthday!! hehhe... im 20th years old now.. Dah besar panjang aku kan .. even aku ketot jewww.. hihihhi.. syukur alhmdullilah sebab masih bernafas & sudah meningkat tua dewasa ! Dalam bulan june ni , birthday family aku memang rapat-rapat.. Adik bongsu aku baru je lepas smbut bsday dia yang ke -12thn ; 27JUNE . Cousin aku pulak sama umur & smbut sama dgn adk bgsu aku.. and ayah aku 28JUNE yang ke-53 thn :) last sekali aku lah kan.. 30JUNE pada hari ini... Hihihi.. masa birhday ayah aku je ade kek..so , tulis nama atas kek 3nama lah kan......takdenye nak beli sbijik2 , kang bazir lak.. huiisshh..




Gambar Hiasan semata-mata **



Apa pun , aku ucapkan terima kasih pada kwn2 FB yang htr wish kat wall aku bertubi2 sjak pukul 12mlm td.. & kWN2 aku..thks ye! :)

And thnks jugak kat pakcik hubby yg terlewat wish kat aku sebab tertdo..hihih... takpela..at least ingat jgk kan..

Smoga aku lebih matang dlm menjalani kehidupan bersama insan2 yg tersayang & masyarakat sekeliling..

heee...

Dan semoga aku , fmly dilimpahi rzki yg HALAL .. Amin..



P/S : SIAPA YANG SAMBUT BIRTHDAY HARI NI , SELAMAT HARI JADI K :)

29 June 2011

Kenapa perempuan cantik pakai tudung? :)




Gambar hiasan *

1. Kenapa perempuan cantik pakai tudung?
Sebab dia nak tutup aurat.

2. Kenapa perempuan cantik pakai tudung?
Sebab dia jaga maruah..diri..dan keluarga.

3. Kenapa perempuan cantik pakai tudung?
Sebab dia cantik.

4. Kenapa perempuan cantik pakai tudung?
Sebab dia tak hendak tunjuk kecantikan dia..kecuali pada yang berhak.

5. Kenapa perempuan cantik pakai tudung?
Sebab dia seorang yang pandai..pandai jaga diri.

5. Kenapa perempuan cantik pakai tudung?
Sebab dia anak solehah

6. Kenapa perempuan cantik pakai tudung?
Sebab dia dengar cakap mak bapak dia

7. Kenapa perempuan cantik pakai tudung?
Sebab dia hormati orang lain..

8. Kenapa perempuan cantik pakai tudung?
Sebab takut apabile dia tak pakai tudung orang tengok dia cantik..dan ada niat yang tak baik..

9. Kenapa perempuan cantik pakai tudung?
Sebab tak nak diminati ramai lelaki sangat..

10. Kenapa perempuan cantik pakai tudung?
Sebab tak nak menyusahkan orang lain..

11. Kenapa perempuan cantik pakai tudung?
Sebab dapat pahala..

12. Kenapa perempuan cantik pakai tudung?
Sebab dapat menghindari maksiat..InsyaAllah ..

13. Kenapa perempuan cantik pakai tudung?
Sebab supaya dapat menjadi contoh pada perempuan lain..

14. Kenapa perempuan cantik pakai tudung?
Sebab supaya lelaki yang beriman saja yang suka dia..

15. Kenapa perempuan cantik pakai tudung?
Sebab mendengar suruhan Nabi…

16. Kenapa perempuan cantik pakai tudung?
Sebab rambut perempuan adalah mahkota baginya.. Jadi dia tak nak sewenang2nya menunjuk kepada lelaki.. Kerana jika dia menunjuk maknanya dia dah tak bernilai kerana mahkota dia telah dilhat oleh semua lelaki (kecuali keluarga).

17. Kenapa perempuan cantik pakai tudung?
Sebab dapat mengurangkan nafsu lelaki..

18. Kenapa perempuan cantik pakai tudung?
Sebab patuh pada suami..

19. Kenapa perempuan cantik pakai tudung?
Sebab paling penting.. Dia orang Islam…

20. Kenapa perempuan cantik pakai tudung?.
Sebab dalam Al-Quran suruh dia pakai tudung.. Kalau orang Islam tapi tak berpegang pada Al- Quran.. Nak berpegang pada apa lagi..??

21. Kenapa perempuan cantik pakai tudung?
Pasal anda memang cantik lah kalau pakai tudung.. Orang lelaki memang suka org perempuan yang pakai tudung…

22. Kenapa perempuan cantik pakai tudung?
Pasal mereka tahu kalau tak pakai tudung mereka akan “syok sendiri” yang mereka tu lawa… Rugi lah kalau begitu… Pakailah tudung wahai muslimah Islam.. Serius ni…

23. Kenapa perempuan cantik pakai tudung?
Pasai dia tak mahu orang lelaki suka kat dia pasal nafsu semata2… Mesti nak kat dia pasal agama dan akalnya yang baik…

24. Kenapa perempuan cantik pakai tudung?
Sebab … … Banyak lagi sebab…

pastu ada seorang bertanya, perempuan yang tak bertudung tu tak cantik la ye? haa, sape nak jawab?


cantik itu subjektif
semua org dilahirkan cantik
apatah lagi jika mengikut syarak yang ditentukan Allah. kan?

sumber : http://www.ukhwah.com

Wordless Wednesday #2




Hehehe...teringin jugak nak pergi :)

Motosikal terbang pertama di dunia !



CHRIS MALLOY menguji sebuah motosikal terbang yang diciptanya di Sydney, baru-baru ini.
 
 
SYDNEY - Seorang bekas juruterbang helikopter, Chris Malloy mencipta sebuah motosikal terbang yang pertama di dunia di dalam garaj miliknya di sini, lapor sebuah akhbar semalam.
Malloy, 32, mencipta motosikal seberat 270 kilogram itu dengan menggunakan bingkai udara carbon-fiber dan sebuah enjin kereta BMW.

Motosikal itu yang mengambil masa selama dua setengah tahun untuk dicipta boleh terbang pada ketinggian 3,048 meter dan mampu bergerak pada kelajuan 160.93 kilometer sejam.
Satu tangki minyak penuh akan membolehkan motosikal itu bergerak sejauh 148.05 kilometer selama 45 minit manakala ia mungkin dijual pada harga lebih AS$71,809 (RM218,981) sebuah.

Malloy enggan mendedahkan jumlah kos sebenar untuk menghasilkan motosikal itu tetapi dia menyatakan dia membelanjakan AS$223.51 (RM681.03) seminggu.
Dia berkata, prinsip asas motosikal itu ialah dia bergerak sama seperti sebuah helikopter Chinook dan sebuah motosikal biasa.
Setakat ini, tali diikat pada motosikal itu semasa ujian dilakukan bagi mengelak ia terbang terlalu tinggi. - Agensi

28 June 2011

Cahaya ganjil di langit London !



IMEJ YouTube pada Jumaat lalu menunjukkan tiga buah cahaya ganjil berbentuk seperti bola (dalam bulatan) bergerak di langit di bandar raya London.


LONDON - Satu rakaman video yang dirakamkan oleh seorang penduduk menunjukkan beberapa cahaya ganjil berbentuk bulat bergerak dengan laju di langit bandar raya London.

Imej itu menunjukkan cahaya tersebut bergerak di atas bangunan Perbadanan Penyiaran British (BBC) di London Barat.

Rakaman itu boleh dilihat di laman YouTube yang menunjukkan seorang lelaki sedang merakamkan cahaya ganjil tersebut menerusi telefon bimbit berkamera.

Dalam rakaman itu terdapat lima cahaya ganjil yang kecil bergerak dengan laju yang dilihat oleh beberapa orang di tepi bangunan di bandar raya ini.

Rakaman tersebut juga menunjukkan satu cahaya yang tidak dikenali berbentuk sfera yang lebih besar bergerak dengan perlahan dekat dengan lima cahaya kecil itu.
Menurut sebuah akhbar semalam, rakaman itu hanya dimuat naik di laman YouTube pada Jumaat lalu.

Berdasarkan tarikh yang dimuat naik di YouTube, kejadian tersebut mungkin berlaku pada 3 Jun, 10 Jun atau 17 Jun lalu kerana masa lebih seminggu diperlukan oleh laman itu untuk melakukan proses penyiaran selepas rakaman video tersebut dihantar. - Agensi

7 Hari Mencintaiku




"Kau ni memang dasar jantan tak sedar diri tau. Kau memang saja nak cari pasal dengan aku kan ? Hei Khuzairi kau dengar sini. Kau tu budak kampung yang tak sedar diri ! Tapi ada hati nak kahwin dengan anak orang kaya ! Sedar-sedarkanlah diri kau tu. Kau tak layak langsung nak berdamping dengan akulah. Kau nak aku bawa cermin ke suluh muka kau. Buat tak reti bahasalah pulak. Aku harap lepas ni kau akan ingat kata-kata aku ni sampai mati ! So ... apa kata kau berambus sekarang ! Kau pergi balik jaga kambing-kambing kau sebab kat situ baru betul tempat kau ! "

Ok , Ni Sinopsis novel 7 Hari Mencintaiku  sahaja .. Jangan korang tersedaklah baca blog aku ni... HAHAHA.. Takde maknanya aku nak maki-maki orang dalam blog . Maki depan-depan je , settel terus! Bhahahaha... :P Jom baca lagi sinopsisnya... Aku baru je beli kat pesta buku SACC Convention Centre Shah ALam .. till smpai 3 julai 2011 ni tau.. So cpt2 dtg org selangor !!! Aku dpt diskaun buku ni RM26.30 .. 20%  :)) Tebal sgt2 buku ni.. Bukan novel je ada kat pesta buku ni , bahan-bahan ilmiah , kanak2 , masakan , semuanya adelah syg!! hihihi  ( dah lama tak baca novel and romantik2 ni.. :P )  Novel ni dari penulis Popular Siti Rosmizah .. aku pernah baca novel terlaris beliau , ANDAI ITU TAKDIRNYA keluaran ALAF21 ... gmpak , superb! Rugi tak baca.. kebanyakan novel beliau konflik rumah tangga .. :)

Khuzairi, dalam diam mencintai gadis bernama Mia Adriana. Cinta pandang pertama menjadikan dia seorang perindu yang setia. Namun sifat angkuh dan sombong gadis ini menyebabkan Khuzairi tidak pernah walau sebesar hama jua menyimpan impian untuk memilikinya.

Berbagai kata nista dan makian yang di lemparkan pada lelaki ini. Bungkam Khuzairi mendengarnya, namun demi satu amanah Khuzairi terpaksa menelannya, demi satu amanah Khuzairi hanya mampu bersabar.

Amanah? Amanah siapa yang di genggam oleh Khuzairi itu, sehingga dia sanggup mengheret dirinya ke kancah derita?

Mia Adriana bagaikan lupa, hidup ini ibarat putaran roda, satu waktu keangkuhan dan kesombongan itu akan memamah dirinya sendiri. Berdoalah, di kala keinsafan menjelma
nanti, cinta lelaki bernama Khuzairi ini belum terpadam lagi buat dirinya.


RM 32.90 untuk semenanjung 
RM 35.90 untuk sabah dan sarawak
1050 pages...

Nak murah ? pergi ke PESTA BUKU DI SACC CONVENTION CENTRE SHAH ALAM :)

26 June 2011

Aku Tak sempurna kamu.



Buku motivasi . Pelik kan ? Bagi aku , pelik sebab aku tak pernah baca buku motivasi macamni.. erm.. maybe era umur aku yang dah meningkat , teringin jugak nak baca buku-buku seperti ni ... Kadang-kadang berat jugak kan nak baca? Sebab buku ni bukan buku novel , komik , majalah dan sebagainya? Betul tak?
 
Yup , buku agama . Buku untuk kita kenal lebih dalam lagi. Tapi , buku ni berkaitan mengenai wanita . Yup , memang susah nak menjadi wanita solehah . Tapi kita sebagai manusia mesti dan mesti mengikut segala perintah-Nya .. Aku cuba nak jadi yang terbaik tapi bukan yang ter sempurna.. :')
 
Aku jugak manusia biasa dan wanita biasa yang banyak buat dosa. Buku ni , pemberian dari seseorang. Jeng,jeng,jeng .. Siapa? Siapa? HAHAHA.. Mungkin dia tengok aku sedih sangat kot. Sebab tu dia bagi buku seperti ni .. Hehehe... Kadang-kadang aku pun rasa down jugak dengan kehidupan aku.. Tapi aku taknak putus asa :') 
 
Aku akan cuba hadapi dunia ini dengan setabah-tabahnya. Doakan untuk aku ye kawan2 ? :')

Buku  'Motivasi Menjadi Wanita Paling BAHAGIA'

23 June 2011

Dashboard Blogspot aku sudah bertukar !!




Wow . Macam best je kan dashboard blog yang baru ni ? Simple dan tak serabut . Kalau nak usha blog orang yang selalu update pun , mudah , senang je :)



  

Macam best je kan ? Kalau nak macamni , korang sign in terlebih dahulu ke blogspot korang . Then , pergi ke draft.blogger.com , terus jadi camni ... tapi.... korang boleh tentukan sendiri lah , sama ada nak ke tak nak dashboard yang baru ni ... 
tick je > make blogger in draft my layout ;) 

Sebelum tu , usha-usha dulu yeee... heee...

22 June 2011

Wordless Wednesday Malaysia #1

 

Huh?
 

Copyright 2016 © Syazwani Mazlan. Design by Ayu Barbydol