ANDY LEWIS berjalan di atas seutas wayar di kawasan cerun curam di Flat Sand, Amerika Syarikat baru-baru ini. 
FLAT SAND, Amerika Syarikat (AS) - Seorang pelagak ngeri, Andy Lewis,  24, kelihatan tenang ketika dia berjalan merentasi seutas wayar  sepanjang 13.7 meter (m) yang tergantung di atas cerun curam sedalam  30.48m tanpa memakai sebarang peralatan keselamatan, lapor sebuah akhbar  semalam.
Dia berjalan merentasi wayar halus itu di sebuah kawasan curam di sini baru-baru ini.
"Sekiranya saya hilang keseimbangan, saya akan terjatuh dari atas  wayar ini atau terjunam ke bawah dan terbunuh," katanya selepas  menyeberangi cerun curam itu. - Agensi 


