DUA orang gadis memeluk erat  sebatang tiang lampu (dalam bulatan) ketika ombak gergasi melanda sebuah  jeti di Castlerock, Ireland Utara.
CASTLEROCK, Ireland Utara - Seorang jurugambar, Tam Mullen berjaya  merakamkan sekeping gambar yang menunjukkan dua orang gadis memeluk erat  sebatang tiang lampu bagi mengelak daripada dihanyutkan ombak besar  yang muncul secara tiba-tiba dari laut di sebuah jeti di sini pada Isnin  lalu, lapor sebuah akhbar semalam.
Mullen yang kebetulan berada berhampiran kawasan jeti itu sempat  merakamkan aksi dua gadis yang ketakutan dan berpeluk di sebatang tiang  lampu ketika ombak besar menghampiri mereka.
Dua gadis itu bernasib baik kerana mereka tidak dihanyutkan ke laut. 
Mereka kemudian dilihat bergegas meninggalkan jeti tersebut dalam keadaan gembira kerana terselamat. - Agensi


