Angel Wing Heart

21 October 2012

Kad Diskaun Komuter (KTMB) 1 Malaysia


Assalammualaikum.

Sedia maklum kad diskaun ktm 50% akan diberikan pada semua rakyat Malaysia yang berpendapatan RM3000 ke bawah. Surirumah pun boleh mohon tau! hikhik. Alhamdullilah , boleh ringankan beban mereka yang berpendapatan RM3000 ke bawah. 50% tu. bukannya sikit. Nak mohon jugaklah walaupun bukan pengguna tegar KTM. mihmihmih.


Boleh mohon di kaunter khas mulai 22 Oktober 2012 sehingga 21 November 2012 dari pukul 11.00 pagi - 8.00 malam. Tetapi selepas 21 November 2012 , kaunter khas akan ditutup dan hanya boleh mohon di KL Sentral sahaja.


Cara mendaftar kad diskaun ni, hanya mengisi borang , salinan IC , dan RM1 untuk pendaftaran selama setahun. Hanya dibuka di stesen khas terpilih sahaja. Stesen KL Sentral, Tg.Malim, Kepong Sentral, Bangi,Sg. Gadut, Sentul dan Subang Jaya.

Mohon Sekarang! : SINI



 

Copyright 2016 © Syazwani Mazlan. Design by Ayu Barbydol