Angel Wing Heart

29 January 2011

bwk LULU ke pdg shah alam



yuHuu...tadi petang aku sempat bawa lulu berjalan-jalan di padang shah alam berdekatan dgn masjid & libry shah alam.. :)
walaupun cuaca mendung & mula gerimis, tapi aku tekad nak bawa Lulu jalan-jalan jgk...
Sian dia sebab asyik duduk dlm sangkar dye je kn......

Sesekali , nak jgk tengok lulu main...heee...
Apa lagi, aku pun bawa LULU sekali dgn sangkar dye masuk dlm kereta..
hehehe..

Arnab ni xboleh terkejut-terkejut , nanti dia takut & cpat stress..
Tapi aku bwk kereta mcm apa ntah..
Hahaha..
Terkjut je dy...takot naik kereta dgn mama wani ye LULU?
hehehe :p
sian dye...nyorok je dlm kotak kosong yg aku bagi kat LULU..

Then , aku pickup my hubby sekali..
mahu lepak same dgn lulu...:)
My hubby bawa elok je kereta..
sebab ada org tersyang ni ha...
hahaha :D
(suke)

Sampai je...My hubby usung Lulu pergi ke tengah pdg tu..
aku pulak bawa carrot yg aku dh potong halus utk lulu (sebab lulu baby lagi)

Masa aku bg kat rumah carrot tu , nak je lulu mkn..
Sampai sini , xnak pulak mkn....hishh!!

I tak pandang dah dgn carrot ni....

Punya la rambang mata si lulu ni...
dpt rumput segar 1 padang...hahaha
ke sana, ke sini Lulu jalan,,,,

mAMa!! Luasnya padang ni !! suke2!! :p

Amboiiii.....
Suka betul Lulu ni...
Hei..
Budak2 yg main kat pdg ,
tengok2 je si LULu ni..
hehehe..

Org main bola,
aku bwk rabbit pulak..
:p

Pastu kan..
Bunyi pulak dah burung...
Mak ai...
Nyorok la Lulu kat bwah kaki aku
ish..ish...
Manja sgt..
Takut la tu.. hehehe

Apa tengok-tengok? seyez , saya tak takut dgn burung ! :D

Lulu TAK pergi jauh pun bila kitaorg lepaskan dia main...
Lulu lari-lari kecil keliling tempat kitaorg duduk kat tgh pdg tu tau...
Tak nak pun main jauh-jauh...
Makna nya...
LULU dah kenal TUAN yg jaga dia..
siapa Lagi....

Mama Syazwani lah...
:p


Balik je , aku terus shampoo kan LULU..
shmpoo spray yg wangi tanpa basuh dgn air tu...
Boleh hlg hama,kotoran & bau ...

Wangi nya LULU...Kiss? :)

MAMA!!

Tq LULU sebab kenal mama & papa...
:)

sempat lagi mama posing ! JELez. :P


balik dari padang , lulu main laptop..terus update blog mama !! heee~

P/S : AKTIF SANGAT LULU HARI NI..PENAT MAMA NAK JAGA....:)

"SATU KLIK DI TABUNG KAWEN"

28 January 2011

Fakta yang perlu anda tahu tentang Arnab

Fakta yang perlu anda tahu tentang Arnab

  1. Arnab mempunyai kandungan protein yang paling tinggi.
  2. Kandungan lemak pula adalah yang paling rendah sekali iaitu lebih kurang 60% sahaja.
  3. Paras kolesterol dalam daging arnab jika kita bandingkan dengan ayam dan daging adalah jauh lebih rendah.
  4. Daging arnab dikategorikan sebagai daging putih.(white meat)
  5. Panggilan untuk arnab jantan dewasa dikenali sebagai Buck.
  6. Panggilan untuk arnab betina dewasa dikenali sebagai Doe.
  7. Panggilan untuk anak arnab pula dikenali sebagai Kittens.
  8. Tempoh matang bagi arnab betina ialah 4 - 5 bulan.
  9. Tempoh matang bagi arnab jantan pula adalah 5 - 6 bulan.
  10. Bilangan anak yang dilahirkan antara 4 hingga 12 ekor.
  11. Arnab bunting selama 30-35 hari.
  12. Arnab boleh mengawan semula dalam masa 48 jam selepas melahirkan anak.
  13. Anak arnab akan membuka mata dalam masa lebih kurang 10 hari.
  14. Purata berat matang bagi arnab ialah jantan 1.5 kg dan betina 1.8 kg.
  15. Umur arnab tertua yang pernah direkodkan adalah berusia 19 tahun.
  16. Arnab mempunyai 28 batang gigi.
  17. Arnab mempunyai keupayaan melompat setinggi 1 meter dan sejauh 3 meter.
  18. Umur arnab boleh menjangkau sehingga 12 tahun
  19. Arnab akan menghasilkan bunyi "purr" bila gembira.
  20. Arnab amat suka mengunyah, jadikan sediakan benda keras dalam reban anda.
  21. Arnab boleh dilatih untuk menggunakan tandas.
  22. Arnab hendaklah dijauhi daripada pemangsa, kabel elktrik dan bahan beracun.
  23. Arnab aktif makan pada sebelah malam. (lebih kurang 70%)
  24. Terdapat 72 spesis didunia yang telah dikenalpasti.
  25. Suhu badan arnab 38-40 darjah celcius.
dapat info ini daripada :

ARNAB IMPIAN
 

Copyright 2016 © Syazwani Mazlan. Design by Ayu Barbydol