Angel Wing Heart

28 January 2011

Fakta yang perlu anda tahu tentang Arnab

Fakta yang perlu anda tahu tentang Arnab

  1. Arnab mempunyai kandungan protein yang paling tinggi.
  2. Kandungan lemak pula adalah yang paling rendah sekali iaitu lebih kurang 60% sahaja.
  3. Paras kolesterol dalam daging arnab jika kita bandingkan dengan ayam dan daging adalah jauh lebih rendah.
  4. Daging arnab dikategorikan sebagai daging putih.(white meat)
  5. Panggilan untuk arnab jantan dewasa dikenali sebagai Buck.
  6. Panggilan untuk arnab betina dewasa dikenali sebagai Doe.
  7. Panggilan untuk anak arnab pula dikenali sebagai Kittens.
  8. Tempoh matang bagi arnab betina ialah 4 - 5 bulan.
  9. Tempoh matang bagi arnab jantan pula adalah 5 - 6 bulan.
  10. Bilangan anak yang dilahirkan antara 4 hingga 12 ekor.
  11. Arnab bunting selama 30-35 hari.
  12. Arnab boleh mengawan semula dalam masa 48 jam selepas melahirkan anak.
  13. Anak arnab akan membuka mata dalam masa lebih kurang 10 hari.
  14. Purata berat matang bagi arnab ialah jantan 1.5 kg dan betina 1.8 kg.
  15. Umur arnab tertua yang pernah direkodkan adalah berusia 19 tahun.
  16. Arnab mempunyai 28 batang gigi.
  17. Arnab mempunyai keupayaan melompat setinggi 1 meter dan sejauh 3 meter.
  18. Umur arnab boleh menjangkau sehingga 12 tahun
  19. Arnab akan menghasilkan bunyi "purr" bila gembira.
  20. Arnab amat suka mengunyah, jadikan sediakan benda keras dalam reban anda.
  21. Arnab boleh dilatih untuk menggunakan tandas.
  22. Arnab hendaklah dijauhi daripada pemangsa, kabel elktrik dan bahan beracun.
  23. Arnab aktif makan pada sebelah malam. (lebih kurang 70%)
  24. Terdapat 72 spesis didunia yang telah dikenalpasti.
  25. Suhu badan arnab 38-40 darjah celcius.
dapat info ini daripada :

ARNAB IMPIAN

9 comments :

  1. kenapa daging arnab dikategorikn sebagai white meat yea?

    btol ke ada 72 spesis arnab, ke 72 jenis baka arnab?

    ReplyDelete
  2. 1 ) saya rasa sebab arnab tu kebanyakkan nye berbulu putih...

    2) itu saya tak pasti..yang saya tau, ade baka yg femes seperti spot eye, holland , anggora , n byk lagi...boleh rujuk sini > http://www.jphpk.gov.my/Malay/bakaarnab.htm

    ReplyDelete
  3. hehehe...salah. sbb daging arnab nie xbyk hemoglobin darah, maknanya kurang pgerakan. sbb tue white meat, bkn dark meat:)

    ReplyDelete
  4. yeke..hahaha...tak tau la pulak.....baru je bela seekor...utk suke2..:p
    tq 4 ur infrmation....:)

    ReplyDelete
  5. Yg sy tau, arnab terlalu comel untuk dimakan. Dah macam pets dah.

    ReplyDelete
  6. oh tidak...jgn la dimakan arnab ituu..waaa.... :'(

    ReplyDelete
  7. Macm mana nak tahu arnab kita dalam keadaan sihat atau tidak??

    ReplyDelete
  8. bagaimana ingin tahu arnab yg kita pelihara dalam keadaan sihat atau tidak??

    ReplyDelete

Terima Kasih sudi membaca entri ini =)

 

Copyright 2016 © Syazwani Mazlan. Design by Ayu Barbydol