Angel Wing Heart

19 February 2011

Bubu & Lulu , Ok tak tinggal rumah?


Bubu pandai bertatih ! :)

Salam. Pagi , pagi & pagi.. :)
Hari ni aku terpaksa tinggalkan Lulu & Bubu di rumah.
Tak dpt main2 dgn dowg lagi..
Sebab??

Aku nak gi damansara jap.
Jumpa membe lama dkt sana..
:)
Aku sbenarnya tak tau pun jln ke damansara even dok selangor..
wakakaka!
Anak dara tersimpan dlm rumah katakan..
Bagus tak aku ni..muahahaha..;p

Tapi takpe, aku ajak membe aku teman kan & drive..
:)
Ok, Kebetulan aku ada beli ribbon utk letak kat atas kepala aku ni..
wakaka
beli on9.. nak letak kat shawls..
nampak manis siket kan?
;p

ni diaaaa....



xnmpk sgt..tapi aku mmg suke colourful..
kehidupan penuh suka & duka..
mcm gula & garam..
mcm warna2 dunia..

aiiicyyyeeehhh! ;p
hehehe


comel?? tak??
takpe... =_=
hehehee..;p

Nak tgk ribbons yg cntik2 ?

KLIK SINI


ptg smalam bwk lulu dgn Bubu jln2 kat pdg depan umah tu...
seronok dowg...
lari2 sana sini..
aku dah la sorang je yg jaga ...
ciss..
nasib baik tak lari jauh2...
sekarang dowg dh besar..
So, terloncat sana sini..
adei..
Takut gak la nak jaga..
takut lari ke tgh jln..
tapi..
dowg ni manja sket..
knl dh tuan dye..
bau pn dh knl
:)


tak lah susah sgt nak jaga...
ada pakcik tu tegur aku...

haa..bg besar siket arnab tu..
nanti masak sama2..


senget tull..
huh..
hahaha
ni utk bela..bkn nk masak..
cyeehh! emo lak aku ni :p

Pakcik tu pun ckp...

aik..jinak ke arnab tu??
main lepaskan jee??


mestilah jinak pakcik...dh belaa...hehehe..:)


ehem.. pas balik damansara ni... insyaAllah nak mkn steamboat...
weeeee~~

ok, ok, ok peminat2 ku semua.. nanti aku upload gambar2 aku yeee..hehehe ;p

nti aku upload video bubu & Lulu kay... line tak ok sgt ni.. :)


DAH, mau pergi mengemas rumah & basuh baju... waa... suri rumah sepenuh masa weekend ni.. !
bubyeee...
Assalammualaikum...:)

P/S : AKU RASA NAK BUAT CONTEST.. BOLEH TAMBAH TRAFIK BLOG AKU KAN?? :) YANG PASTINYA CONTEST MENGENAI BINATANG... SEBAB? AKU PECINTA HAIWAN..:) TUNGGGUUUUUU.......:)



18 February 2011

Mana Perginya SYG & Tanggungjawab seorang SUAMI?



Salam. Tengok berita-berita yang ada sekarang ni? Lepas kes buang bayi yg menjadi-jadi , skg kes Suami pulak yang pukul isteri.. Sangat-sangat teruk dunia sekarang.. =_=
Bukan aku nak cakap aku ni sgt baik & terbagus.

Tidak.

Aku nak cakap mengenai dunia yg berlaku skg ni.

Sedih tak kalau kamu sndiri yg lihat seorang isteri kena tendang sampai keguguran?? :'(
Mesti perit seorang isteri yg diperlakukan seperti tu kan?
Biasa lah gaduh itu asam garam kehidupan. Tapi ..
Beragaklah sampai nak ditendang , ditampar , dihina. sampai sanggup kehilangan zuriat sendiri..
ZURIAT HALAL mereka sendiri..

Ya Allah , kadang-kadang aku terfikir knp seorang suami tak cukup sabar dgn kerenah isteri mereka? Knp ye? Sedangkan zaman muda penuh dgn ayat-ayat cinta.. sampai sanggup bagi kata-kata janji.. tapi bila dah kahwin , sebaliknya pulak yg berlaku..


Rasulullah yang menyeru umatnya supaya berlaku baik dan berlembut dengan ahli keluarga sebagaimana sabda Baginda yang berbunyi:-

Maksudnya: Orang Mukmin yang paling sempurna imannya ialah mereka yang paling baik akhlaqnya dan paling lembut terhadap keluarganya.

(Riwayat al-Tirmizi dan al-Hakim)

Bukan aku nak cakap semua suami tak baik.
BUKAN. Cuma segelintir je yang buat aku rasa terkilan sangat.. :(
Dalam hadis pun ada beritahu , kalau nak pukul isteri , pukul cara mendidik.
Bukan pukul menyakiti isteri.

Islam juga telah meletakkan syarat dan had tertentu terhadap kuasa untuk memukul yang ada pada seseorang suami. Perkara ini jelas berdasarkan

Firman Allah s.w.t. di dalam Surah an-Nisa’ 4 : 34

Maksudnya: Wanita-wanita yang kamu khuatiri nusyuz, maka nasihatlah mereka dan pisahkanlah dari tempat tidur mereka dan pukullah mereka, kemudian jika mereka mentaatimu janganlah kamu mencari jalan untuk menyusahkannya. Sesungguhnya Allah Maha Tinggi lagi Maha Besar.

Berdasarkan ayat ini, jelas menunjukkan bahawa pukulan hanyalah peringkat ketiga setelah diberi nasihat dan dipisahkan tempat tidur. Begitu juga, pukulan yang dibuat hendaklah mengikut adab dan bukannya pukulan secara melulu. Imam al-Qurtubi di dalam tafsirnya (juzu’ 5 m/s 172) menyatakan bahawa pukul dalam ayat ini adalah ‘pukul adab dan maksud daripadanya ialah memperbaiki bukan yang lain, seperti memukul bapa akan anaknya kerana belajar al-Quran’.

Kesimpulannya, hak untuk memukul yang diberikan oleh

Syarak hanya boleh digunakan jika:-

(a) Isteri nusyuz

(b) Tindakan menasihati dan memisahkan tempat tidur telah dilakukan

(c) Memukul dengan pukulan untuk mendidik dan bukan untuk menyakitkan


Seorang suami yang memukul kerana nafsu amarahnya atau kerana sikap panas baran dan cemburu butanya serta bukan atas dasar yang telah ditentukan oleh Hukum Syarak. Dalam erti kata lain, Suami telah menyalahgunakan haknya di mana pukulan yang dilakukan adalah berbentuk menzalimi dan bukannya mendidik.

Sabda Rasulullah s.a.w. lagi:-

Maksudnya: Sebaik-baik kamu ialah orang yang paling baik terhadap isterinya. Dan akulah yang paling baik kepada isteriku.

(Riwayat al-Tirmizi)


Berdasarkan hadis-hadis ni , tahukan isteri tu berharga buat suami? Bukan untuk di zalimi..
Yang ni satu berita yang aku sedut dari metro ..
Amat Tragis ..
Keguguran , suami tak tahu . :'(


METRO

Moral : Jaga lah isteri & hargai seorang insan bergelar isteri.. Limpahi mereka dgn kasih syg anda :)

P/s : Kadang-kadang aku terfikir takut utk kahwin ! :(

INFO HADIS : kreadit untuk raudhuan- jurnal hukum
 

Copyright 2016 © Syazwani Mazlan. Design by Ayu Barbydol