Bukan aku nak cakap aku ni sgt baik & terbagus.
Tidak.
Aku nak cakap mengenai dunia yg berlaku skg ni.
Sedih tak kalau kamu sndiri yg lihat seorang isteri kena tendang sampai keguguran?? :'(
Mesti perit seorang isteri yg diperlakukan seperti tu kan?
Biasa lah gaduh itu asam garam kehidupan. Tapi ..
Beragaklah sampai nak ditendang , ditampar , dihina. sampai sanggup kehilangan zuriat sendiri..
ZURIAT HALAL mereka sendiri..
Ya Allah , kadang-kadang aku terfikir knp seorang suami tak cukup sabar dgn kerenah isteri mereka? Knp ye? Sedangkan zaman muda penuh dgn ayat-ayat cinta.. sampai sanggup bagi kata-kata janji.. tapi bila dah kahwin , sebaliknya pulak yg berlaku..
Rasulullah yang menyeru umatnya supaya berlaku baik dan berlembut dengan ahli keluarga sebagaimana sabda Baginda yang berbunyi:-
Maksudnya: Orang Mukmin yang paling sempurna imannya ialah mereka yang paling baik akhlaqnya dan paling lembut terhadap keluarganya.
(Riwayat al-Tirmizi dan al-Hakim)
Bukan aku nak cakap semua suami tak baik.
BUKAN. Cuma segelintir je yang buat aku rasa terkilan sangat.. :(
Dalam hadis pun ada beritahu , kalau nak pukul isteri , pukul cara mendidik.
Bukan pukul menyakiti isteri.
Islam juga telah meletakkan syarat dan had tertentu terhadap kuasa untuk memukul yang ada pada seseorang suami. Perkara ini jelas berdasarkan
Firman Allah s.w.t. di dalam Surah an-Nisa’ 4 : 34
Maksudnya: Wanita-wanita yang kamu khuatiri nusyuz, maka nasihatlah mereka dan pisahkanlah dari tempat tidur mereka dan pukullah mereka, kemudian jika mereka mentaatimu janganlah kamu mencari jalan untuk menyusahkannya. Sesungguhnya Allah Maha Tinggi lagi Maha Besar.
Berdasarkan ayat ini, jelas menunjukkan bahawa pukulan hanyalah peringkat ketiga setelah diberi nasihat dan dipisahkan tempat tidur. Begitu juga, pukulan yang dibuat hendaklah mengikut adab dan bukannya pukulan secara melulu. Imam al-Qurtubi di dalam tafsirnya (juzu’ 5 m/s 172) menyatakan bahawa pukul dalam ayat ini adalah ‘pukul adab dan maksud daripadanya ialah memperbaiki bukan yang lain, seperti memukul bapa akan anaknya kerana belajar al-Quran’.
Kesimpulannya, hak untuk memukul yang diberikan oleh
Syarak hanya boleh digunakan jika:-
(a) Isteri nusyuz
(b) Tindakan menasihati dan memisahkan tempat tidur telah dilakukan
(c) Memukul dengan pukulan untuk mendidik dan bukan untuk menyakitkan
Seorang suami yang memukul kerana nafsu amarahnya atau kerana sikap panas baran dan cemburu butanya serta bukan atas dasar yang telah ditentukan oleh Hukum Syarak. Dalam erti kata lain, Suami telah menyalahgunakan haknya di mana pukulan yang dilakukan adalah berbentuk menzalimi dan bukannya mendidik.
Sabda Rasulullah s.a.w. lagi:-
Maksudnya: Sebaik-baik kamu ialah orang yang paling baik terhadap isterinya. Dan akulah yang paling baik kepada isteriku.
(Riwayat al-Tirmizi)
Berdasarkan hadis-hadis ni , tahukan isteri tu berharga buat suami? Bukan untuk di zalimi..
Yang ni satu berita yang aku sedut dari metro ..
Amat Tragis ..
Keguguran , suami tak tahu . :'(
METRO
Moral : Jaga lah isteri & hargai seorang insan bergelar isteri.. Limpahi mereka dgn kasih syg anda :)
P/s : Kadang-kadang aku terfikir takut utk kahwin ! :(
INFO HADIS : kreadit untuk raudhuan- jurnal hukum
AKU BAIK :)
ReplyDelete@RieQ
ReplyDeleteaicyeeehh! puji diri..hahaha...ok2.. ko baik..baik gile. hehehe