Angel Wing Heart

28 February 2011

Pokok Petai Menangis?





Assalammualaikum & Selamat Pagi :)
Pagi tadi aku baca Harian Metro Online & terus dapat berita ni.

Berlaku di Kg. Lembah Raja ,Pinang.
Penduduk Kg ini gempar dengan penemuan sebatang pokok petai yang mengeluarkan air seperti air mata. Cuaca pada masa itu cerah & tidak hujan.

Pokok setinggi kira-kira 10 meter dan berusia lebih 35 tahun itu dikatakan mengeluarkan air melalui dahannya, malah lebih banyak ketika tengah malam. Ada jugak penduduk yang sanggup menunggu sehingga 4 pagi.



Pemilik pokok petai tersebut juga menadah & minum air titisan tersebut.



“Saya minum sedikit air ditadah dengan niat dijadikan ubat dan rasanya payau. Namun, setakat ini tiada penduduk membuat perkara bukan-bukan kerana bimbang menjadi khurafat,” katanya.

Ok, perkara macam ni memang agak pelik. tapi mungkin punca dari fenomena alam atau keadaan global sekarang.

Harap tidak ada orang yang melakukan khurafat pada pokok petai tersebut :)




INFO POKOK PETAI

Pokok Petai merupakan sejenis dalam tumbuhan famili Leguminosae yang berasal dari kawasan yang beriklim panas lembap. Pokok ini selalunya tumbuh meliar di dalam hutan-hutan Asia Tenggara Malaysia , Indonesia , Brunei dan Thailand. Jarang didapati selain kawasan Asia Selatan . Nama botani nya ialah Parkia speciosa - Hassk.

Buah petai yang berbintil-bintil pada papannya dikatakan mengandungi kadar protein dan lemak yang tinggi berbanding tumbuhan hutan yang lain, iaitu sebanyak 8 peratus, 11 peratus karbohidrat , 71% air , banyak mengandungi kalsium , fosforus , zat besi ,vitamin A , B1 , B2 dan C .

Buah petai yang kecut ataupun bijinya tidak membulat mempunyai kandungan khasiatnya kurang.

Dalam perubatan tradisional Melayu , biji petai dipercayai berkesan untuk merawat penyakit jantung dan penyakit kencing Manis , mencuci buah pinggang , serta untuk mengeluarkan cacing daripada kanak-kanak yang kecacingan.




Jenis-jenis Pokok Petai :


Pokok Petai (Parkia speciosa)
Pokok Petai Nering ( Parkia sumatrana)
Pokok petai Maranti ( Parkia ingsularis)
Pokok petai Kerayung (Parkia javanica)





INFO : METRO ONLINE & WIKIPEDIA

9 comments :

  1. erkkk..rasanya dlm berita sinar pagi tadi diorang dah bgtau, yg tu air kencing sejenis serangga (riang-riang)..eeiiii..ada plak yg pi minum..

    ReplyDelete
  2. rasanmya dlm berita pagi tadi tulis air kencing serangga..eiiiii

    ReplyDelete
  3. @Anonymous eh , yeke?? auw.. loya tekak eden dgr..;p wani tgk kt metro, xde lak tulis pasal tu..cis..

    ReplyDelete
  4. waa comel nye blog die. pink2 lg :)
    nice entry here :)

    ReplyDelete
  5. @arxar hahaha.. pink2 warna lembut..sng eden nk bace...hahaha...thks..:p

    ReplyDelete
  6. aku tinggal di kapala batas.aku minum minum air petai menangis jadi kuat syahwatnya

    ReplyDelete
  7. @Anonymoustu air kencing tikus @ kunang2 bro...hati2.. haha

    ReplyDelete

Terima Kasih sudi membaca entri ini =)

 

Copyright 2016 © Syazwani Mazlan. Design by Ayu Barbydol