Angel Wing Heart

02 March 2011

Jana RM10 Ribu dgn Nuffnang


MUngkin cerita ni sudah basi bagi blogger atau readers yang membacanya . Tapi aku nak share mengenai dunia blog kat korang semua ^^ Ini hanya share sahaja...sharing is caring kan? :p Jom kita baca entri ni :)


Pada tahun 2010, terdapat 200,000 buah blog yang mendaftarkan diri dengan Nuffnang. Jumlah ini termasuk blog yang menggunakan servis percuma seperti blogspot dan juga domain sendiri, yakni .com, .net, .my dan sebagainya.

Ini kerana potensi pendapatan lumayan yang bakal diperoleh oleh pemilik-pemilik blog, dengan hanya meletakkan iklan Nuffnang di dalam blog mereka. Menerusi Nuffnang, pemilik blog mampu memperoleh pendapatan sekitar RM50 hingga RM10,000 setiap bulan.

Ia bergantung pada pelbagai jenis faktor. Antara faktor-faktor utama untuk meningkatkan pendapatan Nuffnang adalah trafik, dan juga topik menerusi entri yang diterbitkan oleh pemilik blog.

Di Malaysia, potensi menjana pendapatan yang lumayan dengan Nuffnang adalah menerusi blog yang menceritakan kisah peribadi. Ini dapat dilihat menerusi blog RedMummy.com, yang meraih pendapatan sehingga RM10,000 setiap bulan dengan iklan Nuffnang.

Menurut pemilik blog tersebut, Mira Abu Bakar atau lebih mesra dipanggil Red Mummy (RM), beliau menyatakan bahawa jumlah pendapatan yang diperoleh beliau hari ini, adalah hasil gigih beliau selama 2 tahun dalam arena blogging.

Antara nasihat Red Mummy kepada sesiapa sahaja yang ingin menjana pendapatan lumayan menerusi blog adalah seperti berikut:




Mementingkan Kualiti Trafik


Blog kita tidak akan menjana RM10,000 jika trafik di blog hanya 100 pelawat sehari. Kita perlu sentiasa berusaha untuk menambah pelawat sehingga mencecah 1,000 sehari.

Antara strategi yang digunakan oleh Red Mummy untuk menambahkan jumlah trafik setiap bulan, adalah menerusi kaedah ‘Blog Hopping’, iaitu meninggalkan komen di blog orang lain, dan sentiasa menyertai perjumpaan antara bloggger-blogger di Malaysia.



Berusaha dan Kekalkan Momentum Dalam Blogging


Berdasarkan pengalaman Red Mummy, beliau menyatakan bahawa jumlah pendapatan sebanyak RM10,000 yang diperoleh hari ini adalah usaha beliau selama 2 tahun, bagi membangunkan blog RedMummy.com.

Ini menunjukkan beliau berusaha sehabis baik untuk memastikan blog beliau sentiasa segar, agar pelawat tidak jemu untuk terus kekal di blog RedMummy.com. Jika kita lihat, blog Red Mummy dikemaskini 2 hingga 3 kali sehari.


Wow ! sangat banyaklah duit yg beliau perolehi..isk2... So, siapa2 yang masih baru dlm dunia blog , boleh dftr untuk siarkan iklan nuffnang ok ? menaip , menjana pendapatan ! Hihihi :p

DAFTAR SINI : NUFFNANG / CHURP-CHURP - tak ganggu iklan nuffnang :)

creadit to…..
Penulis: Aqif Azizan & Nazz

28 February 2011

Pokok Petai Menangis?





Assalammualaikum & Selamat Pagi :)
Pagi tadi aku baca Harian Metro Online & terus dapat berita ni.

Berlaku di Kg. Lembah Raja ,Pinang.
Penduduk Kg ini gempar dengan penemuan sebatang pokok petai yang mengeluarkan air seperti air mata. Cuaca pada masa itu cerah & tidak hujan.

Pokok setinggi kira-kira 10 meter dan berusia lebih 35 tahun itu dikatakan mengeluarkan air melalui dahannya, malah lebih banyak ketika tengah malam. Ada jugak penduduk yang sanggup menunggu sehingga 4 pagi.



Pemilik pokok petai tersebut juga menadah & minum air titisan tersebut.



“Saya minum sedikit air ditadah dengan niat dijadikan ubat dan rasanya payau. Namun, setakat ini tiada penduduk membuat perkara bukan-bukan kerana bimbang menjadi khurafat,” katanya.

Ok, perkara macam ni memang agak pelik. tapi mungkin punca dari fenomena alam atau keadaan global sekarang.

Harap tidak ada orang yang melakukan khurafat pada pokok petai tersebut :)




INFO POKOK PETAI

Pokok Petai merupakan sejenis dalam tumbuhan famili Leguminosae yang berasal dari kawasan yang beriklim panas lembap. Pokok ini selalunya tumbuh meliar di dalam hutan-hutan Asia Tenggara Malaysia , Indonesia , Brunei dan Thailand. Jarang didapati selain kawasan Asia Selatan . Nama botani nya ialah Parkia speciosa - Hassk.

Buah petai yang berbintil-bintil pada papannya dikatakan mengandungi kadar protein dan lemak yang tinggi berbanding tumbuhan hutan yang lain, iaitu sebanyak 8 peratus, 11 peratus karbohidrat , 71% air , banyak mengandungi kalsium , fosforus , zat besi ,vitamin A , B1 , B2 dan C .

Buah petai yang kecut ataupun bijinya tidak membulat mempunyai kandungan khasiatnya kurang.

Dalam perubatan tradisional Melayu , biji petai dipercayai berkesan untuk merawat penyakit jantung dan penyakit kencing Manis , mencuci buah pinggang , serta untuk mengeluarkan cacing daripada kanak-kanak yang kecacingan.




Jenis-jenis Pokok Petai :


Pokok Petai (Parkia speciosa)
Pokok Petai Nering ( Parkia sumatrana)
Pokok petai Maranti ( Parkia ingsularis)
Pokok petai Kerayung (Parkia javanica)





INFO : METRO ONLINE & WIKIPEDIA

 

Copyright 2016 © Syazwani Mazlan. Design by Ayu Barbydol