Angel Wing Heart

30 March 2011

Dapat BE ! Sangat terharu dengan nuffnang :)

NUFFNANG

 Assalammualaikum.... Wah.. hari ni aku check nuffnang , yela dah lama tak tengok.. sebenarnya malas nak tengok , sebab mesti dapat ciput je.. hehee... ;p tapi lepas aku tengok , aku dapat BE baru rupanya !! dari bulan feb - mac 2011 .. Macam tak percaya . dah tu banyak pulak dapat. Alhamdullilah dapat 4 BE.. thks nuffnang. Ni yang bertambah sayang sangat kat kamu. hehehe.. Walaupun siket je jumlah yang aku dapat untuk bulan ni , tapi aku rasa berterima kasih sangat-sangat sebab dah menaikkan api semangat untuk aku terus berblog. hehehe...

Bertambah-tambah bersemangat nak hidup semati dengan dunia belog ni..hehhee.. Tengok visitors yang jenguk blog ni pun rasa bersemangat jugak ... Thks kepada semua readers yang tak jemu-jemu nak membaca entri aku ni ye.... :) Banyak tips yang aku bagi dulu boleh jadikan satu tips untuk berblog bagi yang masih baru tak pun yang dah lama ... > KLIK SINI <




Selain tips yang aku bagi tu , ada cara lain untuk kenal kan blog korang .. Yang penting kena rajin blogwalking ye !! Bila dah jenguk blog orang tu , kena lah tempek kan sikit muka korang dalam blog dia. contohnya , bagi komen kat entri atau tinggalkan pesanan di shoutbox @ shoutmix mereka . Jangan tak letak link website korang tu (url blog sndiri) then , bagi ayat power siket , ' Awak comellah . kau memang Da bomb ! ' takpun , " Eh , apa ni ?" mesti blogger tu tertanya-tanya dan sekali gus klik nick name korang tu kan ? 

Kalau nak dapat BE banyak-banyak , kenalah selalu update blog . Biar pakcik nuffnang datang mengintip sebelum nak masuk meminang. kehkehkeh .

CHURP-CHURP

Kalau nak earning lebih , korang boleh jugak join Churp-churp ni.. Adik beradik kpd Nuffnang jugak . Senang je ..tanpa ada blog pun boleh dapat earning tau ! Hanya klik button share FB , terus mashyukk!! Nak join ? mudah dan senang . FREE je. > KLIK SINI <


HEARTBEAT
Selain Churp-churp ni , boleh jugak join HEARTBEAT ! konsepnya sama je macam nuffnang . Hanya tempekkan code iklan mereka dalam blog , terus dapat earning ! Dengan setiap klik lah kan ? Pandai-pandailah promot iklan sendiri. ye tak ? :) Nak join benda ni ? FREE jugak ! sebelum tu , baca cara nak signup ye ... > KLIK SINI <

Siapa yang belum buat , cepat-cepatlah daftar. Blog juga boleh jadi pendapatan sampingan walaupun agak lama untuk menunggu earning . Tapi... kepuasan berblog itu tetap ada sampai tak kisah dengan earning :)  . Silap-silap blog ni boleh jadi kerjaya kita kan ? hihihi :p


Nak iphone free ? > KLIK SINI <
Kesihatan juga penting untuk anda! > KLIK SINI <

Ok , siapa yang tak tahu , nuffnang , churp-churp dan heartbeat adalah satu website untuk mempromosikan segala iklan di blog anda . Makin byk trafik dalam blog anda , makin byk dapat BE (nuff) , sebenarnya banyak lagi website yang seakan seperti ini.. cuma kita perlu bijak memilih je... :)

P/S : Siapa yang join contest aku , terima kasih banyak-banyak . berbaloi kalau join ok . hehehe.. yang belum join , cepat-cepatlah join ye... ada banner di side kanan tu :) tarikh tutup 31 mac 2011 tepat pukul 12 malam. Sekarang tengah nak usha blog-blog yang join contest aku ni. harap-harap gelagat pets korang mencuit hati aku. hehehe.. good luck ! :)

28 March 2011

Misteri Deja Vu . Perasaan apabila anda terasa pernah ke tempat ini atau kejadian ini pernah berlaku..


Assalammualaikum.

Korang pernah dengar mengenai Deja Vu ?

Tak pernah ? atau pernah ?
Meh , aku terang kan.

Aku rasa kebanyakan manusia pernah alami perasaan ini termasuklah aku.
Kadang-kadang aku terfikir ,



"Eh , Aku rasa aku pernah pergi tempat ni semalam! betul tak tipu. aku pernah nampak dan alami sama macam sekarang ni !


hahahaha!

agak2 korang pernah tak jadi camtu ? Aku pernah. :)
Inilah yang dinamakan DEJA VU .

Deja Vu dikenali sebagai 'paramnesia' atau 'memori khayalan'. Dalam bahasa Perancis, bermaksud 'pernah melihat'.

Adakah memori itu petanda bahawa kita telah kembali ke masa lampau atau ia cuma kebetulan?

Misteri ini terbongkar , menurut teori sensasi optik. Walaupun perhatian mata kita tertumpu di hadapan, tanpa disedari pandangan sisi mata sebenarnya telah merakam peristiwa dan suasana sekeliling . Rakaman itu kemudiannya di simpan dlm memori sehingga menimbulkan perasaan 'familiar'. Orang buta juga boleh merasai perasaan Deja Vu ini melalui deria bau , pendengaran dan sentuhan.

Otak menyimpan informasi tentang segala kondisi di sekeliling kita. Sebagai cth , jika kita berjalan di tepi pantai sambil bercakap dgn seseorang , perhatian kita pada masa itu tidak tertumpu pada suasana sekeliling. Padahal otak kita merakamkan suasana itu secara tidak sedar....

Dah faham ? ok ini sekadar teori sahaja... Mungkin sekadar ilusi atau lain-lain. ..Tapi aku rasa aku nak alami Deja Vu ini.... macam...........



" Aku rasa aku pernah kahwin ! betul tak tipu ! baru semalam kahwin !! "

*PENGSAn!*

Kahkahkah . Kompem kena pelemPang ! heeeee~~~

 

Copyright 2016 © Syazwani Mazlan. Design by Ayu Barbydol