Angel Wing Heart

06 April 2011

Misteri Besi dari Langit !


KLANG: “Sehingga sekarang saya tak tahu apa objek ini. Saya cuba bertanya kawan-kawan, tetapi mereka juga buntu dan membuat andaian masing-masing,” kata Mokhtari Ahmad, 67, menceritakan objek misteri seakan-akan besi yang didakwa ‘jatuh dari langit’ menembusi bumbung rumahnya di Kampung Bukit Kapar, Meru, dekat sini, Ahad lalu.
Mokhtari ketika ditemui di rumahnya semalam berkata, objek berbentuk bulat, berat kira-kira 300 gram dan panjang hampir 20 sentimeter itu jatuh ke dalam rumahnya kira-kira jam 6.30 petang.

“Ia jatuh betul-betul di depan saya. Jika berjalan beberapa langkah ke depan sebelum itu, pasti objek misteri ini tepat mengenai kepala saya.
“Selepas jatuh ia mengeluarkan asap tetapi saya tak berani pegang kerana panas,” katanya di sini, semalam.

Difahamkan, objek misteri itu mengambil masa hampir setengah jam sebelum boleh dipegang dan Mokhtari kemudian membalutnya menggunakan akhbar lama.

Menceritakan lanjut kejadian misteri itu, Mokhtari berkata, ketika itu dia baru pulang ke rumah dari bersiar-siar bersama keluarga di Shah Alam dan ketika kejadian cuaca mendung.
“Ini kejadian pertama berlaku ke atas rumah saya, malah di kampung ini dan sehingga kini ia masih menjadi tanda tanya.

“Ia juga tidak mengeluarkan bau, cuma bila dipegang terdapat kesan terbakar,” katanya.

Dia mendakwa, selepas solat Maghrib di surau, dia memberitahu perkara itu kepada rakan dan mereka tidak tahu menahu objek apa yang jatuh dari langit itu.

“Pagi keesokannya saya membawanya ke Batu 8, di sini dan tunjukkan kepada kawan-kawan dan mereka hanya menggeleng kepala.

“Saya berhasrat untuk menyimpan objek ini kerana ia jatuh secara misteri,” katanya.



Ok, bukan kat tempat aku lah yeekk... tak pernah lagi aku jumpa benda-benda pelik ni.... tapi aku harap aku taknak pun jumpa benda yg pelik-pelik...heeee.... :p Korang fikirkan lah betul ke ada benda jatuh dari langit ? Macam hujan ais yang dulu pernah berlaku kat Malaysia. Takpe.. Nanti entri akan datang , aku try cari info ni.. 


 Nak coklat free tak ? Sini

05 April 2011

Kanak-kanak Indigo..


Pernah dengar tak tentang kanak-kanak bernama Adi Putra dulu ? yang pandai sangat dalam subjek maths sampai budak U pun minta pertolongan untuk cara menyelesaikan sesuatu soalan yang susah? Wah , hebat kan ? Dan kadang-kadang tak termasuk dek akal pun . Selain dari Malaysia , negara Indonesia pun mempunyai kanak-kanak yang bijak seperti ni . Tapi bukan bijak dari segi maths , anak kecil ni mampu berkomunikasi dalam pelbagai bahasa dalam umur 5tahun ! inggeris , indonesia , belanda dan Arab. Kanak-kanak tersebut bernama Anissa Rania Putri . Sangat menakjubkan . Di negara Afrika pulak , seorang kanak-kanak lelaki dikenali dgn nama Sheikh Sharifuddin , 5tahun juga mengislamkan beribu-ribu orang dalam satu ceramah agama Islam. Boleh juga bertutur dalam 5bahasa iaitu Swahili , Arab , Inggeris, Perancis dan itali.




Kanak-kanak seperti ini dikenali sebagai kanak-kanak Indigo . Kanak-kanak Indigo sudah muncul sejak tahun 1960-an lagi. Kanak-kanak ini mempunyai deria sensitif yang tinggi , kepekaan luar biasa dan pemikiran yang melangkau usia. Digelar Children of the sun , Millenium Children , Highly Spritual Children , The Superphysic children dan blue Children. Indigo bererti nila dalam bahasa Spanyol. Bahasa Sanskrit disebut Cakra Aina iaitu terletak di bahagian dahi.


Indigo dikatagorikan 3 peringkat umur :

Kanak-kanak 10thn - 97% Indigo
15-25thn - 70% Indigo
25-38thn- 40% Indigo

Ciri-ciri Indigo :

  • Perasaan nak berbakti tinggi
  • Peka dalam isu semasa dunia
  • Tak dedahkan identiti sbenar
  • Sukar terima arahan/peraturan
  • Tak suka bertangguh
  • Kreatif
  • Antisosial
  • tak beri respon tentang peraturan yg mengongkong
  • Suka menonjolkan diri

P/S : Best kan kalau dapat anak bersifat INDIGO? heeee~~ 
 

Copyright 2016 © Syazwani Mazlan. Design by Ayu Barbydol