Angel Wing Heart

15 April 2011

Pokok Baobab sebagai penyimpan air?


PENGENALAN

Adansonia yang biasa dikenali sebagai pokok baobab adalah satu genus yang mempunyai lapan spesis; 6 pokok semulajadi di Madagascar, 1 di Afrika dan 1 di Australia. Nama lainnya termasuklah boab, boaboa, bottle tree, upside-down tree dan monkey bread tree.

Pokok dari spesis ini boleh mencapai ketinggian sehingga 5 – 30 meter dan dahannya berdiameter 7 – 11 meter. Glencoe Baobab, contoh Baobab Afrika di Limpopo Province, Africa Selatan adalah merupakan pokok baobab terbesar yang masih hidup dikatakan 47 meter tingginya (154 kaki) dan purata diameternya pula 15.9 meter (52 kaki). Pokok baobab dikatakan boleh hidup beribu tahun lamanya, namun sukar untuk dibuktikan fakta ini.

Pada awal tahun 2008, peningkatan untuk memajukan baobab ; produk yang kaya dengan nutrien itu bagi bahan mentah untuk produk pengguna.

KEGUNAAN POKOK BAOBAB: 
  • SEBAGAI PENYIMPAN AIR
Pokok Baobab menyimpan air dalam batang pokoknya yang kelihatan seperti membengkak itu (sehingga 120,000 liter!) untuk membantu memberi kelembapan kepada kawasan persekitarannya . Ini berlaku pada waktu musim terutama musim kering kontang dengan meluruhkan daun-daunnya.
  • MAKANAN
Daun Baobab biasanya digunakan dalam masakan sebagai sayuran di Afrika. Ianya boleh dimakan segar atau pun setelah dikeringkan; digelar kuka dan selalunya dibuat sup.

Buahnya pula berkhasiat mungkin terdapat lebih vitamin C berbanding buah limau dan dikatakan juga melebihi kandungan kalsium daripada dalam susu lembu. Isi buahnya yang dikeringkan dan telah diasingkan dari bijinya dimakan begitu sahaja atau dicampurkan ke dalam bubur nasi atau susu. Di Malawi, isi buahnya digunakan untuk membuat jus yang berkhasiat. Di Zimbabwe pula, buahnya yang digelar mawuyu itu adalah buahan tempatan dan digunakan untuk membuat krim tartar . Di sebahagian tempat di Afrika Timur pula, isi buah yang dikeringkan disaluti dengan gula (selalunya berwarna merah) dan dijual dalam bungkusan sebagai candy yang dipanggil “ubuyu”. Biji baobab kebanyakannya digunakan untuk memekatkan kuah sup tetapi ada juga yang menjadikannya bahan perap dalam masakan, atau dibakar untuk terus digunakan atau pun dikisar untuk diekstrak minyak sayuran.

Pokok Baobab juga adalah merupakan sumber fiber, dye (pewarna) dan minyak mentah. Di Tanzania, bahan dari pokok ini dicampur ke dalam air tebu bagi membantu proses penapaian untuk membuat arak. Isi buah baobab boleh disimpan lama untuk digunakan dalam proses pengeluaran minuman ringan tetapi mestilah disimpan dalam bekas kedap udara.

MAKLUMAT TAMBAHAN

Sejak berabad lamanya, penduduk di seluruh benua Afrika telah menikmati keenakan dan kesegaran buah baobab. Ia dipercayai mampu mengubati demam panas atau cirit-birit dan kaya dengan kalsium.

Nama baobab dipercayai berasal daripada bahasa Arab, bu hibab yang bermaksud buah dengan beberapa biji.

Buahnya mempunyai rasa masam seperti kulit limau. Ada pula yang mengatakan ia seperti jus buah-buahan.
Ia kaya dengan khasiat. Itulah buah pokok baobab yang merupakan sejenis pokok berbatang besar yang terdapat di Afrika. Buahnya boleh dimakan. Namun, ia tidak kelihatan menyelerakan.

Bagaimanapun, firma-firma Eropah tidak lama lagi mungkin akan menggunakan pulpa atau isi buah tersebut sebagai perasa bagi coklat bijirin atau minuman selepas berjaya memperoleh kelulusan Suruhanjaya Eropah sebagai makanan.

Keputusan pada Julai lalu telah meletakkan buah tersebut pada radar pembangunan produk terhadap pengeluar makanan.

Pakar perniagaan dan pembangunan berharap perkara itu akan turut memberi faedah kepada jutaan rakyat Afrika yang hidup dalam kemiskinan kepada satu kehidupan yang lebih baik.

Laporan pada 2007 oleh Institut Sumber Semula Jadi Britain menganggarkan bahawa di bahagian selatan Afrika sahaja, penuaian pokok boabab boleh menjana pendapatan bernilai lebih AS$1 bilion (RM3.52 bilion) setahun dan menggaji hampir 2.5 juta pekerja.

“Potensinya amat besar. Kami yakin bahawa ia akan membawa satu keuntungan kepada semua terutamanya pengeluar,” kata Dr. Lucy Welford selaku pengurus pemasaran PhytoTrade Africa, sebuah organisasi perniagaan yang berkempen untuk kebergantungan kepada penggunaan produk asli Afrika.

Sejak berabad lamanya, penduduk di seluruh benua Afrika telah menikmati keenakan dan kesegaran buah baobab. Ia dipercayai mampu mengubati demam panas atau cirit-birit dan kaya dengan kalsium.
Adakalanya, kanak-kanak yang kelaparan akan menghisap isi buah baobab seperti snek.

“Saya boleh katakan ia seperti buah anggur dan asam jawa sebagai sejenis bahan perasa,” kata Welford yang menjangka buah baobab akan digunakan buat kali pertamanya sebagai perasa jus buah dan coklat bijirin.
Selain itu, buah baobab juga boleh digunakan untuk membuat aiskrim, jem atau produk berasaskan roti dan kek.

PhytoTrade mula memohon kelulusan untuk menjadikan isi buah baobab sebagai bahan perasa pada tahun 2006.

Welford berkata, kelulusan tersebut telah meningkatkan minat media dan syarikat tertentu dan PhytoTrade telah bertemu dengan pengeluar dan pengilang produk makanan di Britain untuk membincangkan potensi pasaran buah tersebut.

PhytoTrade bekerja dengan sebuah firma di Afrika Selatan, Afriplex yang membekalkan isi dan ekstrak buah baobab.

Pakar mengatakan pokok gergasi baobab yang berbentuk seperti botol dan mempunyai dahan bercabang membawa identiti mistik tersendiri dan sejarah yang bakal melariskan jualan produknya.

“Rasanya yang masam, berkhasiat dan kaya dengan vitamin serta cerita menarik di sebalik pokok baobab akan memberi nilai tambah terhadap produk yang dihasilkan daripada buahnya kelak,” kata pakar ekonomi, Ben Bennet yang menulis laporan untuk Institut Sumber Semula Jadi pada tahun 2007.

Mempunyai pelbagai nama seperti Upside-down tree kerana bentuknya yang ganjil, Bottle tree kerana kemampuannya menakung air atau Tree of life, pokok baobab telah melalui satu proses semula jadi yang lama dan mengagumkan.

Nama baobab dipercayai berasal daripada bahasa Arab, bu hibab yang bermaksud buah dengan beberapa biji. Buah baobab telah dijual di pasar-pasar sekitar Afrika Utara sejak abad ke-16.
Pokok itu biasanya boleh hidup sehingga 500 tahun. Malah, ada juga yang dikatakan hidup sehingga 5,000 tahun dan menjadi simbol kebanggaan warga Afrika.

Di Senegal contohnya, mayat ketua atau pemimpin sesuatu kaum akan ditanam di pangkal pokok baobab sebagai penghormatan kepada mereka.

BUAH BAOBAB

Sebelum lampu hijau diberi oleh Kesatuan Eropah terhadap penggunaan buah baobab untuk dijadikan makanan atau bahan perasa, beberapa orang luar telah pun mengetahui nilai istimewanya.

Sebuah syarikat di Itali, Baobab Fruit Company Senegal (BFCS) telah menghasilkan rangkaian produk daripada buah baobab di Senegal sejak beberapa tahun lalu termasuk isi buah, biji dan minyak untuk dijual di Eropah sebagai makanan tambahan dan produk kosmetik.

“Bagi kami, ia adalah buah masa depan. Ia mampu memberi kesan besar di Afrika,” kata Laudana Zorzella dari BFCS di Dakar yang telah mengkaji potensi buah baobab sejak sedekad lalu. – Reuters



Sumber: http://wannura.wordpress.com/2010/07/11/baobab-adansonia-pokok-masa-depan/ & Liyana Syafiqah :)

14 April 2011

Hutan Aokigahara - Hutan Bunuh Diri? 100 Mayat Bunuh Diri Ditemui Pada Tahun 2003 !

 
salah satu 'pemandangan indah' di hutan Aokigahara! Cara Biasa membunuh diri di hutan ini

Hutan Aokigahara. Hutan ini yang turut dikenali sebagai See of Trees terletak di Gunung Fuji, Jepun. Gunung Fuji sentiasa dikaitkan sebagai gunung paling suci bagi rakyat Jepun.  Oleh yang demikian, ada di kalangan mereka bertindak ‘mencabut nyawa’  masing-masing di sini. Mungkin bagi orang Jepun, bunuh diri telah menjadi sebahagian daripada budaya mereka. Masakan tidak, ketika WWII, ramai tentera jepun meninggal disebabkan amalan Harakiri dan Kamekaze mereka.

Sanggupkah anda berkhemah di sini?

Salah seorang daripada mereka yang mengakhiri riwayat mereka di tali gantung buatan sendiri.

Hutan Aokigahara telah menjadi tempat paling popular di Jepun untuk membunuh diri. Pada 2002, 78 mayat ditemui dengan pelbagai keadaan. Ia meningkat berbanding 73 mayat ditemui pada tahun 1998. Bagaimanapun, pada tahun 2003, sebanyak 100 mayat ditemui. Pada tahun berikutnya, kerajaan Jepun tidak membenarkan hebahan jumlah mayat ditemui, bimbang ia akan menarik minat lebih ramai orang lagi untuk membunuh diri. Ramai di kalangan mereka memilih untuk mengantung diri dan tidak kurang daripada mereka bertindak dengan meminum racun! Hutan yang sunyi dan bertemankan bunyi cengkerik ini menjadi tempat paling sesuai bagi rakyat Jepun untuk menamatkan riwayat mereka yang kononnya ia adalah sebuah tempat yang suci.

Hanya tinggal rangka.

DIFILEMKAN
Pada tahun 2010, Filem berjudul The Forest arahan Shan Serafin mengisahkan roh yang membunuh diri di Aokigahara menghantui seorang model.

Lebih awal sebelum itu, pada tahun 2004, filem Jyukai: See of Trees Behind Mt. Fuji arahan Takimoto Tomoyuki yang  mengisahkan 4 sekawan membuat keputusan gila untuk membunuh diri di Aokigahara. Tomoyuki memberitahu media ketika satu temubual,, bahawa beliau menjumpai sebuah dompet yang terisi dengan duit sebanyak 370,000 yen (3760 dollar Amerika) ketika penggambaran di sini. Ia tidak berakhir di situ, beliau juga menemui bermacam-macam barang seperti kad kredit, lesen memandu dan pas keretapi yang beliau mempercayai adalah milik si pembunuh diri.

Mereka tidak sempat untuk 'mengemas' barang-barang mereka.
 
P/S : MAAF KALAU GAMBAR-GAMBAR DIATAS MENGERIKAN ANDA .
THANKS KPD LIYANA SYAFIQAH KERANA SUDI KONGSI ENTRI NI :)
 

Copyright 2016 © Syazwani Mazlan. Design by Ayu Barbydol