|   | 
|   IVAN BROWN dan Barbara Furlonger melangsungkan perkahwinan di Hospital Diraja Brompton di London pada Jumaat lalu.   | 
FAIR OAK, Britain - Seorang perunding hospital, Ivan Brown dan pesara  juruadiografi, Barbara Furlonger akhirnya berkahwin selepas bertunang  selama 28 tahun, lapor sebuah akhbar semalam.
Brown, 63, dan Barbara, 55, berkahwin di Hotel Botley Park dekat  kediaman mereka di sini di depan 40 rakan rapat dan anggota keluarga  pada Jumaat lalu.
Pasangan itu berkenalan buat kali pertama di unit rawatan rapi  Hospital Diraja Brompton di London pada 1981 dan bertunang dua tahun  kemudian.
Menurut Barbara: "Saya seolah-olah tidak percaya hari itu (berkahwin)  akhirnya sudah tiba dengan kami menjadi suami dan isteri. Ia telah  menjadi satu pertunangan maraton."
Pasangan itu sebelum ini tidak dapat melangsungkan perkahwinan kerana kedua-dua mereka sibuk dengan kerjaya masing-masing.
"Saya tidak pernah meragui bahawa ia (perkahwinan) akan menjadi  kenyataan kerana kami selalu menyatakan bahawa kami bakal berkahwin pada  satu hari nanti.
"Namun, disebabkan kami berdua bekerja dalam perkhidmatan kesihatan  kerajaan dan selalu dipanggil (bertugas), kami jarang mempunyai cuti  rehat yang sama," kata Barbara. - Agensi




