Angel Wing Heart

04 November 2011

Nak tahu kenapa Orang Islam sembah Kaabah tu?

Aku nak kongsikan kepada korang semua tentang satu dialog yang menceritakan "Kenapa orang Islam sembah bangunan kain hitam tu?"


Mesti ramai bagi bukan orang yang bukan beragama islam pelik dan menjadi tanda tanya kenapa kita 'islam' menyembah bangunan berkain hitam itu... ikuti dialog di bawah ini


"Kenapa orang Islam sembah bangunan kain hitam tu?"


"Oh.... itu Kaabah atau nama lainnya Baitullah"


"Baitullah tu apa?" ...


"Secara terjemahan mudah maknanya Rumah Allah"


"Allah ada dalam tu?"


"Tak....."


"Jadi, kenapa sembah bangunan tu kalau Allah tak ada dalam tu?"


"Yang saya sembah bukannya bangunan tu.."


"Kamu sembah apa?"


"Saya sembah Allah swt"


"Jadi, kenapa sembah bangunan tu?"


"Saya MENGHADAP sahaja ke arah Kaabah tetapi saya tak sembah Kaabah.."


"Bukankah kamu sujud ke arah Kaabah, maknanya kamu sembah Kaabah la.."


"Kamu pernah tgk perlawanan bola dalam TV?"


"Pernah...... selalu.."


"Kamu tengok tv ke tengok perlawanan bola?"


"Tengok perlawanan bola la.."


"Di mana?"


"Dalam tv la.."


"Cuba buka tv tu, tengok di dalamnya ada stadium dan perlawanan bola ke tak.."


"Memanglah tak ada.. tapi itukan gambarnya ada.."


"Bukalah dalam tv, tengok ada ke tak gambar perlawanan bola dalam tu.."


"So..?"


"Maknanya kamu tengok tv, bukan perlawanan bola.. betul tak?"


"Tak.. aku tengok perlawanan bola la melaui tv tu.."


"Peliknya.."


"Sebab apa pulak pelik?"


"Ye la, kau cakap tengok perlawanan bola, sedangkan aku tengok dalam tv tu tak ada apa-apa.. yg ada hanya wayar je berselirat.."


"Memanglah dalam tv tu ada banyak wayar, tapi tv tu menayangkan gambar-gambar perlawanan bola dalamnya.."


"Hurm.. jadi tak peliklah ni..?"


"Ya.. tak pelik.."


"Jadi tak pelik jugalah aku sujud ke arah Kaabah untuk menyembah Allah swt. walau pun dalam Kaabah tak ada Allah.."



Anda boleh copy dan share untuk perkongsian..
sumber : taotauajer

Best? LIKE aje...

03 November 2011

Dendam Sundel Bolong bermula..

Salam.Hye, perasan tak blog aku dah bertukar? Sangat tersentap ok! Hahaha ^__________^ Kalau ada yang perlu diperbetulkan , hope korang bagi tips2 sikit kat aku ni.. heee.. sidebar kiri ni, korang boleh tgk tips,story psl pets aku,contest yang aku pernah buat dulu.. Oh ye. Agak-agak korang kan, ok tak kalau aku buat giveaway untuk penghujung 2011 ni? tapi tak tau lagi nak bagi hadiah apa yang sesuai untuk blogger..hehehe.. Kalau korang ada suggestion, bolehlah bgtau aku. Takpun sesiapa nak jadi sponsor untuk giveaway ni pun okey jugak..InsyaAllah , hujung tahun ni ada giveaway. Cuma sekarang ni aku busy sikit dengan final project...

Hari ni hari khamis kan? alang-alang aku ada kat rumah sekarang ni, cepat-cepat aku alih siaran RIA. Fuuhhh. tengok cerita seram lah kan. Dah memang my pebret. hihihi. Tajuknya Dendam Sundel Bolong. Belum habis lagi aku tengok ni.. sambil menaip aku tengok. hahaha. Aku tak sure lah cerita ni dah ulang banyak kali ke belum. Sebabnya kat tempat stdy aku, aku tak berkesempatan nak tengok tv ni. HAHA. Jangan nak gelak sangat lah kan. HUH. Cerita ni memang menarik. berkisarkan seorang GRO yang mengamalkan SUSUK sehingga badannya bolong. Mungkin cerita ni ala-ala macam cerita indonesia tu. Tapi cerita ni namanya je sama.Pengisian lain. Perempuan ni dah banyak langgar pantang larang termasuklah bernikah sehingga membunuh keluarga sendiri. Jom tengok kesudahan cerita DENDAM SUNDEL BOLONG ni sekarang. Huhuhu. Kalau korang sempat tengok.. hehehee.. Kbai !


 

Copyright 2016 © Syazwani Mazlan. Design by Ayu Barbydol