Angel Wing Heart

13 November 2011

ANUGERAH BLOG & BLOGGER PALING POPULAR



Jangan cakap artis je ada anugerah bintang popular ke , AIM ke , tapi blogger si alam maya pun ada gak. HAHA. Aku baru dapat hidu info-info ni dari WAN HAZEL . Sebelum nak tahu lebih lanjut lagi , tengok dulu montaj dari pihak pengajur.


Wah. Mesti korang rasa teruja kan ? Ok, firstly aku nak join jugak ABPP 2011 ni, saja-saja nak cuba nasib. Hohohoho.. (gelak jahat) =p Nak masuk ni, kenalah penuhi syarat-syaratnya. orait babeh, lets go!

Nama Blog dahulu , APA KATA HATI tapi sekarang dah berubah iaitu 'Syazwani Mazlan Official Blog' . Sebab apa nama ni tertempek kat blog ni?first, dah memang nama aku Syazwani Mazlan, so buat apa nak pening kepala cari nama lain? hehehe..blog ini, blog peribadi berkaitan life aku =) Agak berbeza dengan cerita peribadi bloggers di luar sana. Eh, yeke? =P Blog berkisarkan pengalaman aku sebagai student life dalam bidang perfileman. InsyaAllah setakat nak beritahu readers macamana kehidupan student ni. Kadang-kadang aku akan buat satu entri berkaitan dengan info-info semasa. So, takde lah bosan sangat kalau readers visit my blog.. Blog aku ditubuhkan pada bulan JUNE 2009 . Ha, bulan tu jugak bulan lahir aku tau. Heee~ Pernah menang Blog Paling Hensem & Cantik 2011 . (sekarang blog tak cantik dah. HOHO. wait, 2012 punya layout pulak eyh?) Even tiada hadiah pun , aku suka sertai segmen-segmen macamni. Sebab , satu je, boleh mengeratkan silaturahim sesama bloggers yang lain. Berkawan dengan alam maya ni memang best tau! ;') Rasanya ni jela story mory blog aku. apa lagi, cepat-cepat ambil borang ABPP 2011 dalam paper tu. VOTE,VOTE! HAHAHA (tipu)




PENAJA :

NUR AIN
NEDY

TAG :

CIK YANA
MARI BINA BLOG

P/S : BLOG AKAN BERTUKAR KULIT 2012 NI...INSYAALLAH...DESIGNER CIK BULAT


12 November 2011

Handle dinner senior 'Celebrity Nite' PART 1

Semua orang sibuk dengan tarikh keramat 11/11/11 . Tapi aku yang tengah stdy ni, tak dapat enjoy sgt....waaaargghh....siapa kata kos filem ni best? ada sesetengahnya tu tak best you know. Sebelum nak naip entri ni, aku nak wish congrat kepada sahabat lama sek men yang menikah pada tarikh 11/11/11 . and kendurinya pada weekend ni...sorry tak dapat datang sebab masih di 'paris' hehehe...semoga bahagia ke anak cucu ye =)

Semalam , 11/11/11 aku handle event dinner untuk semester 6 (sem akhir) . Event ni jugak salah satu subject dalam sem5 aku skg ni..kiranya aku tak cuti sem lagi ni...hoyyyahh.! aku dengan my partner, bum sebagai ajk rekabentuk pentas. Dinner ni bertemakan celebrity nite..so, diaorang kena dressup macam ala-ala artis gituuuu....auuww.... aku stay di hotel , dari pukul 10pagi-12.00 mlm....penat-penat... sebelum event ni mula, aku dgn my partner kenalah hias pentas dalam bilik hotel ni...kecik sebab tak dapat booking dewan besar...lagipun sem 6 memang siket je orangnya..

 

Sebelum (ini bilik seminar sebenarnya)

Malam sebelum event , aku dgn partner buat star2 untuk perhiasan nanti.




Masa di hotel siang tu, kitaorang pun start hias pentas... selit la lampu2 cantik2 siket... dengan kain2 renda....


aku bukan minah bunga


partner (merah) & nic dari ajk set&tempat tengah pasang kain

 

Bintang2 berkelipan...


Lampu yang aku hias di sebalik kain pentas

Barang2 hiasan




Bunga dah melekat di situ yaww!

Sambil-sambil tu, kitaorang tolong tiup belon untuk sepah-sepahkan ruang dewan ni nanti....siap ada red carpet lagi tauu.... penat tiup....pam tak beli...hahahaha....apa daa...



Tiup sampai lebam...muka pun dah pucat penat. HAHA~



Kawan aku sempat lagi posing nihh....



Ok, ni pentas yang baru 60% siap.....ok tak??? hehehhee..
Ni entri hanya sebahagian je yang aku cerita dlm blog.... So......kalau nak tau suasana masa dinner ala-ala celebrity nite ni, korang tunggu la post aku yang seterusnya! hoyeehhh!! hahahaa... mesti nak tau kan? huu... short film part 2 pun belum aku post dalam blog....sorry readers, sbab aku memang busy....nak taip panjang-panjang tapi macam takde masa...tapi xpe...nanti lepas aku present short film di FCT jabatan aku, insyaAllah aku post di sini yeee...



Nantikan Entri 'Handle dinner senior 'Celebrity Nite' PART 2'!!
BYE!!

P/s : DOAKAN ATAP RUMBIA PRODUCTION. PRESENT SHORT FILM ISNIN INI...
 

Copyright 2016 © Syazwani Mazlan. Design by Ayu Barbydol