Angel Wing Heart

31 December 2011

6 blog yang aku suka tahun 2011

Assalammualaikum. Entri kali ni aku nak cerita mengenai 6 blog pebret aku tahun 2011 ni. Selalu jugaklah aku usha blog-blog mereka yang gojes ni. Semua blog ni adalah blog peribadi. Tak hairanlah kalau blog peribadi pun boleh dapat peminat yang begitu banyak, kan?


Penamat tahun 2011 ni pun dah buat aku senyum sorang-sorang. Bukan apa, Nuffnang dah bagi aku bonus berblog. Terkejut jugak. Selalu lambat je naik. Hari tu tengok ada berapa je. Tiba-tiba akhir tahun cam gini, nuffnang memang baik hati nak bagi bonus. Macam dapat bonus kerja pulak. HAHA. Ok, jom sambung baca lagi tanpa perlu merapek atau merepek. Hee~




Blog pertama aku paling suka, Blog HARAPAN MARYA HANYA IMPIAN. Blog ni makin lama aku tengok, makin up. Fuyyhh.. terbaiklah. Suka buat entri dengan post gambar-gambar sendiri sekali. Aku pun teringin nak ikut jejak boleh tak? errr... :p Marya ni ijazah sarjana muda skrin a.k.a buat filem gitu. Sama macam aku. Tapi aku tahap Diploma Pengajian Filem. Salah satu suka masuk blog Marya sebab aku nak tengok hasil-hasil UITM@group Marya ni buat.. Dengan tu, aku boleh dapat ilham & perbaiki apa yang patut..





Kedua, blog AILYL ROZANNA. Blogger ni baru sahaja kahwin. Memang cun Ailyl ni. Macam korea ~ Cantik. Selalu jugak tengok blog dia yang comel sangat tu. Suka baca blog dia bila dia buat aktiviti sebagai blogger yang bergelar isteri ni. Memang best~ Teringin pulak aku nak kahwin. Ahaks! :p





Ketiga, sekali lagi aku suka usha blogger yang bergelar pelajar. Aku tak sure CIK YANA ni dari jurusan apa. Yang pastinya blog dia best. Even sekarang ni dia jarang update, aku selalu lah jugak menanti-nanti entri terbaru dia. Hope Cik Yana boleh luangkan masa siket untuk blog dia ni. hehehe~





Keempat, tak lain tak bukan, Cik FATIN LIYANA . Siapa tak kenal blogger yang femes ni. Topten carian GOOGLE lagi tu. fuuyyhh~ Orangnya pun cantik, comel je. Pandai dressup ~ Blog simple tapi best bila baca entri dia. Fatin jarang update mungkin sibuk dengan study. Tapi berharapan besarlah supaya dia boleh update blog~ :)





Kelima, blog LIYANA LUNIA . Blog yang kemas & comel. Pengisian yang kadang-kala sindir menyindir tapi tetap best. Selalu update sebab dia sayang dengan readers dia. hikhikhik :P Seorang yang happening & tak sombong~ Terbaikkkk :)




Blog terakhir, blog IRINE NADIA MARCELLO . Tuan empunya blog ni memang cantik,manis. Dah bertunang pun. Aku suka tengok gambar-gambar dia. maklumlah guna DSLR. Semua cantik-cantik. hehe.. Tapi satu je aku tak berapa berkenan sangat. Irine suka post entri berkaitan dengan bisness kecil-kecilan dia & kadang-kadang pasal iklan. So, aku jadi cepat bosan kalau nak masuk tengok..Tapi...blog dia memang cantik! :)

Ok, 6 blog ni memang aku selalu tengok. Macamana dengan korang pulak? Oh ye.. tahun 2012 blog siapa pulak yang dapat tarik hati aku eh? hehe...sama-sama kita blogwalking~ fftt.. Bye! :)

29 December 2011

Pencarian Blogger Aktif Oleh Mialiana.com

Pencarian Blogger Aktif
Pencarian Blogger Aktif oleh Mialiana.com
25/12/2011 hingga 31/12/2011



Segmen pencarian blogger aktif. Aktifkah blog aku nih? err... ntah. Sekarang aku rasa entri aku cam tak stabil. KAHKAH. APTB. :P tinggal berapa hari je nak masuk 2012 , so tak salah rasanya aku nak join segmen-segmen macamni. Lagi-lagi dah nak sampai penutup 2011.. Senang jugak blogwalking dari segmen macamni. Terus keluar berdesupp semua blog mengikut group masing2. . See, siapa rajin BW memang harus le korang join.:) Jemput-jemput. Bukan jemput-jemput a.k.a cekodok tu..

P/S : ENTRI AKAN DATANG, SIAPA BLOGGERS 2011 terpahat dalam hati aku eyh? nanti aku share owkey. Bukan sebarangan bloggers :p bye
 

Copyright 2016 © Syazwani Mazlan. Design by Ayu Barbydol