Assalammualaikum....
Siapa yang berhutang dengan PTPTN , angkat tangan!! hahahaha. Ok, uols, aku nak beritahu korang cara nak bayar PTPTN melalui online. Tak payah susah pergi kaunter pejabat pos untuk bayar PTPTN. Ada banyak cara nak membayar PTPTN ni, setiap caranya ada caj sedikit. Ada yang tak bercaj.
*SILA KLIK GAMBAR UNTUK LIHAT*
*SILA KLIK GAMBAR UNTUK LIHAT*
Pelbagai kaedah untuk membayar beserta kos caj
Buka laman web PTPTN untuk langkah pertama pembayaran. Pastikan ada printer ye.. Senang nak print out resit pembayaran hutang PTPTN. Kemudian, pergi ke menu bawah sekali, klik 'Semakan Penyata & Pembayaran balik'.
Masukkan no kad pengenalan *tidak perlu dash (-)* dan klik 'Semak' . Kemudian, klik ' Penyata Kira-kira Pembiayaian Ujrah'
Anda akan ke link Log Masuk . Masukkan no kad pengenalan dan kata laluan . Kalau takde, sila buat ye. Kemudian klik 'Log Masuk'
Sampai ke menu utama di sini. Step seterusnya, Klik 'Penyata Baki' dan klik 'Bayaran balik melalui FPX'
Masukkan amaun yang nak dibayar berapa. Tak kesahlah nak bayar RM50 ke, RM200 ke, ikutlah kemampuan masing-masing janji bayar setiap bulan... Then klik 'Bayar'.
Teruskan jika tiada apa-apa masalah...
Pilih bank mana yang nak transfer duit ke PTPTN... Masukkan emel anda, dan klik 'Agree & continue'
Last sekali, klik 'Pay' untuk setuju... Jangan lupa print ye! Harap dapat membantu korang semua...
P/S: Nak pesan ni pada yang nak masuk belajar U ke, Kolej ke... Janganlah ambil pinjaman PTPTN dulu ye.. Mohon biasiswa dari Mara atau Yayasan dulu.. Kalau tak dapat, barulah buat pinjaman PTPTN ni... Al maklumlah, bunganya tetap ado.... Kita bayar jela... bab bunga tu, diaorang jawab je kat akhirat.. hehehe. janji dah bayar hutang... InsyaAllah..