Angel Wing Heart

15 October 2013

Bersiar-siar di Bandaraya Bersejarah Melaka



Harga tiket Zoo Melaka
Dewasa : RM15 (IC)
Kanak-kanak: RM6


Assalammualaikum....

Yihaaaaaaaaaa! Dapat jugak jalan ke Zoo Melaka! Walaupun zaman kecil dah banyak kali keluar masuk, tapi tetap nak tengok jugak banyak kali.. hehehehe. Memandangkan KL dengan Melaka tak jauh mana, So kitaorang pergi sehari suntuk je... hehehe..


Kat luar zoo Melaka ni, korang boleh beli macam-macam cenderahati.. So tak payah risau nak beli kat mana.. Kalau dalam ruang legar zoo mahal sikit.. sini harga best-best.. hehehe


Si Tapir kerjanya tidurrrrrr... ZzzZZz!
Ala, lupa nama apa binatang ni.. Rasa macam watak madagascar tu.. hehehe
Yeay! Bergambar dengan boyfriend !! :p

I not sure, burung kakak tua ni diikat tali dikaki ke tidak.. tengok dekat-dekat macam tak ikat...


Ada kuda padi laaaaaaaa....

kura-kura berderet nak jumpa I , uolss... Hahahaha!

Kat melaka ni ada Muzium Kapal Selam tau! Tapi sayang, tak dapat masuk sebab dah tutup...
Pukul 6 ptg dah tutup dah... Muzium ni kat Pantai Klebang

Yang ni je tempat yang aku sempat singgah.. Yang lain aku pernah jalan dah.. kuang2...

P/S: Mood menaip tak sampai ke hati.. Apa-apa pun harap dapat info terbaru di sini ^_^

30 September 2013

Cara bayar pinjaman PTPTN melalui online


Assalammualaikum....

Siapa yang berhutang dengan PTPTN , angkat tangan!! hahahaha. Ok, uols, aku nak beritahu korang cara nak bayar PTPTN melalui online. Tak payah susah pergi kaunter pejabat pos untuk bayar PTPTN. Ada banyak cara nak membayar PTPTN ni, setiap caranya ada caj sedikit. Ada yang tak bercaj.
*SILA KLIK GAMBAR UNTUK LIHAT*


Pelbagai kaedah untuk membayar beserta kos caj


Buka laman web PTPTN untuk langkah pertama pembayaran. Pastikan ada printer ye.. Senang nak print out resit pembayaran hutang PTPTN. Kemudian, pergi ke menu bawah sekali, klik 'Semakan Penyata & Pembayaran balik'.


Masukkan no kad pengenalan *tidak perlu dash (-)* dan klik 'Semak' . Kemudian, klik ' Penyata Kira-kira Pembiayaian Ujrah'


Anda akan ke link Log Masuk . Masukkan no kad pengenalan dan kata laluan . Kalau takde, sila buat ye. Kemudian klik 'Log Masuk'


Sampai ke menu utama di sini. Step seterusnya, Klik 'Penyata Baki' dan klik 'Bayaran balik melalui FPX'

Masukkan amaun yang nak dibayar berapa. Tak kesahlah nak bayar RM50 ke, RM200 ke, ikutlah kemampuan masing-masing janji bayar setiap bulan... Then klik 'Bayar'.



Teruskan jika tiada apa-apa masalah...

Pilih bank mana yang nak transfer duit ke PTPTN... Masukkan emel anda, dan klik 'Agree & continue'

Last sekali, klik 'Pay' untuk setuju... Jangan lupa print ye! Harap dapat membantu korang semua...

P/S: Nak pesan ni pada yang nak masuk belajar U ke, Kolej ke... Janganlah ambil pinjaman PTPTN dulu ye.. Mohon biasiswa dari Mara atau Yayasan dulu.. Kalau tak dapat, barulah buat pinjaman PTPTN ni... Al maklumlah, bunganya tetap ado.... Kita bayar jela... bab bunga tu, diaorang jawab je kat akhirat.. hehehe. janji dah bayar hutang... InsyaAllah..
 

Copyright 2016 © Syazwani Mazlan. Design by Ayu Barbydol