Angel Wing Heart

28 February 2011

Pokok Petai Menangis?





Assalammualaikum & Selamat Pagi :)
Pagi tadi aku baca Harian Metro Online & terus dapat berita ni.

Berlaku di Kg. Lembah Raja ,Pinang.
Penduduk Kg ini gempar dengan penemuan sebatang pokok petai yang mengeluarkan air seperti air mata. Cuaca pada masa itu cerah & tidak hujan.

Pokok setinggi kira-kira 10 meter dan berusia lebih 35 tahun itu dikatakan mengeluarkan air melalui dahannya, malah lebih banyak ketika tengah malam. Ada jugak penduduk yang sanggup menunggu sehingga 4 pagi.



Pemilik pokok petai tersebut juga menadah & minum air titisan tersebut.



“Saya minum sedikit air ditadah dengan niat dijadikan ubat dan rasanya payau. Namun, setakat ini tiada penduduk membuat perkara bukan-bukan kerana bimbang menjadi khurafat,” katanya.

Ok, perkara macam ni memang agak pelik. tapi mungkin punca dari fenomena alam atau keadaan global sekarang.

Harap tidak ada orang yang melakukan khurafat pada pokok petai tersebut :)




INFO POKOK PETAI

Pokok Petai merupakan sejenis dalam tumbuhan famili Leguminosae yang berasal dari kawasan yang beriklim panas lembap. Pokok ini selalunya tumbuh meliar di dalam hutan-hutan Asia Tenggara Malaysia , Indonesia , Brunei dan Thailand. Jarang didapati selain kawasan Asia Selatan . Nama botani nya ialah Parkia speciosa - Hassk.

Buah petai yang berbintil-bintil pada papannya dikatakan mengandungi kadar protein dan lemak yang tinggi berbanding tumbuhan hutan yang lain, iaitu sebanyak 8 peratus, 11 peratus karbohidrat , 71% air , banyak mengandungi kalsium , fosforus , zat besi ,vitamin A , B1 , B2 dan C .

Buah petai yang kecut ataupun bijinya tidak membulat mempunyai kandungan khasiatnya kurang.

Dalam perubatan tradisional Melayu , biji petai dipercayai berkesan untuk merawat penyakit jantung dan penyakit kencing Manis , mencuci buah pinggang , serta untuk mengeluarkan cacing daripada kanak-kanak yang kecacingan.




Jenis-jenis Pokok Petai :


Pokok Petai (Parkia speciosa)
Pokok Petai Nering ( Parkia sumatrana)
Pokok petai Maranti ( Parkia ingsularis)
Pokok petai Kerayung (Parkia javanica)





INFO : METRO ONLINE & WIKIPEDIA

27 February 2011

Filem Malaysia plg SUPERB! 10 mac ini ! Wajib tengok!





Filem paling hebat akan ditayangkan di Malaysia mahupun Luar negara.
Memang Superb !




FILEM EPIK/AKSI
HIKAYAT MERONG MAHAWANGSA

Tahniah KRU !
Di tayangkan pada 10 Mac 2011 ini
Wajib tengok ok?

Dahlah Suka sangat filem Epik.
KRU kiranya dah boleh lawan dengan Pengarah Filem Apocalypto - Mel Gibson
Wani paling suka tengok film dari Mel Gibson.
Film yang mengajak kita berfikir sambil berhibur.
Memang smart effect-effect yang ada.

Ok, jom Review mengenai FILEM Superb ini .

SINOPSIS


Hikayat Merong Mahawangsa adalah sebuah filem epik yang penuh aksi dengan watak-watak mitos yang sarat penggunaan kesan khas visual (CGI) dan set, busana dan “props” kurun ke 2. Cerita ini mengisahkan seorang nakhoda dan pahlawan yang bernama Merong Mahawangsa yang dikatakan berasal dari keturunan Iskandar Zulkarnain.



Pada tahun 120, Empayar Rom ketika itu dibawah pemerintahan Hadrian sementara di negara China, Dinasti Han merupakan sebuah empayar yang kuat dan telah memperluaskan pemerintahannya ke negara Asia Tengah.

Sewaktu angkatan Rom sedang membaik pulih kapal mereka di Goa, mereka meminta pertolongan Merong Mahawangsa mengiringi Putera Rom ke Langkasuka (dikatakan terletak di utara Malaysia) untuk berkahwin dengan seorang Puteri China yang cantik dari Dinasti Han.



Bagaimanapun, puak lanun dari Geruda mempunyai perancangan yang berbeza. Mereka memutuskan untuk menculik Puteri China dan menjadikannya sebagai tebusan. Di hujung pengairan Selat Melaka, Merong Mahawangsa dan angkatannya diserang oleh Geruda.



Dapatkah Merong Mahawangsa menyelamatkan Puteri China dan menyatukan baginda dengan Putera Rom bagi sebuah perkahwinan yang menemukan dua tamadun besar dari negara Timur dan Barat?


MENGENAI FILEM INI

  • Arahan film : YUSRY ABD HALIM
  • Penggunaan teknologi CGI di Malaysia
  • Menelan belanja 8 JUTA
  • Filem kedua Termahal di Malaysia selepas Filem PUTERI GUNUNG LEDANG
  • Dgn Teknologi CGI , perbelanjaan set tidak besar.
  • Hanya props set pertama yang dibina seperti 4 buah kapal , perkampungan Melayu , pelabuhan Kapal, Set Istana Rom , China & set pelabuhan GOA INDIA.
  • Mengambil masa dari ( 9 JUN 2009 hingga 8 ogos 2009 )
  • 90% shooting di Terengganu
  • Lokasi lain - KL , Pahang
  • Pelakon terdiri dari dalam & Luar negara
  • Filem bersejarah Melayu diterbitkan untuk pasaran dunia bagi tujuan memperkenalkan sejarah & Kebudayaan Melayu
  • Filem ini dipasar kan di European Film Market (EFM) yang berlangsung di Berlin , Jerman pada 11-21 Febuari 2010
  • berjaya menjual hak pengedaran kepada para pengedar filem United Kingdom ,Perancis, Jerman , Rusia dan negara Asia Barat.
  • Memasarkan filem ini ke seluruh dunia dengan menandatangani perjanjian Universal Pictures International Entertainment Ltd untuk hak pengedaran di Amerika Utara

SENARAI PELAKON



Stephen Rahman Hudges : Merong Mahawangsa
Jing Lu: Meng Li Hua (Chinese Princess)
Gavin Rees StenHouse : Marcus (Roman Prince)
Craig Robert Fong : Admiral Liu Yun (Chinese Admiral)


Eric Karl Henrik Norman : Lycius (Roman Admiral)
Keith Chong : Chinese Emperor
Deborah Henry : Yesoddhra
W. Hanafi Su : Taji
Dato’ Rahim Razali : Kesum


Khir Rahman : Kamawas
Ummi Nazeera : Embok
Nell Ng : Ying Ying
Jehan Miskin : Embi (Malay Warrior)
Umi Aida : Lang (Mak Merong Mahawangsa)
Kuswadinata : Phra Ong
Mano Maniam : Goan 1

Ravi Sunderlingam : Sunder (Goan Warrior)


Malaysia lambat sikit nak tayang. So, kena tunggu 10 Mac 2011 ini ok?
Memang dah tak sabar nak tengok.
Sebab i ni kaki filem ! ahaks gedik. :p

Ini trailer filem HIKAYAT MERONG MAHAWANGSA

JOM LAYAN !






Amacam ? Hebat kan? tak sabar dah nak tengok ? TUNGGUUU....

info dari : Wan Iz , budiey , wikipedia
 

Copyright 2016 © Syazwani Mazlan. Design by Ayu Barbydol