Angel Wing Heart

20 May 2011

Didakwa jual kopi ada DNA babi







KLUANG - Tiga pengarah syarikat dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini semalam atas dua pertuduhan menjual kopi yang mengandungi Asid Deoksiribonukliek (DNA) babi di kopitiam Kluang Rail Coffee di sini tanpa mempamerkan kewujudan elemen haiwan berkenaan pada bungkusan serbuk minuman itu Mac lalu. Tertuduh yang merupakan pengarah syarikat Rail Passion Sdn. Bhd., Lim Jit Chiang, 37; Lim Jit Tong, 42; dan Lim Jit Chen, 58, mengaku tidak bersalah atas dakwaan menjual serbuk kopi tersebut di antara pukul 3 dan 4 petang di Jalan Tasik di sini pada 25 Mac lalu.

Mereka didakwa menjual serbuk kopi itu kepada pihak berkuasa yang menyamar sebagai pelanggan. Keputusan analisis terhadap serbuk kopi yang dilakukan di Jabatan Kimia, Petaling Jaya menunjukkan terdapat DNA babi dalam kopi itu seperti yang didakwa. Bagi pertuduhan lain, tertuduh didakwa menjual 20 paket kopi uncang dalam bungkusan yang mengandungi DNA babi di lokasi dan hari yang sama.

19 May 2011

Wanita mahu bunuh diri siap pakai gaun pengantin ! Sadisnya :(


LEHER wanita itu sempat ditarik daripada jatuh oleh seorang pegawai tempatan.



Tak dapat dibayangkan bila seseorang itu kecwa dgn cintanya sendiri. Baru nak plan kahwin , tiba-tiba tak jadi.. Seram.. Minta dijauhkan.. dan kuatkan iman masing2..:(


CHANGCHUN - Ratusan orang berkumpul untuk melihat detik-detik cemas seorang wanita yang memakai baju pengantin berwarna putih duduk di tepi tingkap apartmennya di sini kerana mahu membunuh diri kelmarin.

Wanita berusia 22 tahun itu cuba terjun dari tingkap di tingkat tujuh tetapi dia sempat diselamatkan oleh seorang pegawai tempatan.
Dia dipercayai mahu membunuh diri selepas teman lelakinya selama empat tahun memutuskan hubungan selepas mereka merancang untuk berkahwin.

Namun, wanita itu akhirnya diselamatkan oleh seorang pegawai tempatan, Guo Zhong Fan yang pantas memegang leher, bahu dan gaun wanita tersebut.
Seorang lagi lelaki kemudian memanjat keluar dari satu lagi tingkap untuk menolak kaki wanita itu bagi membantu menyelamatkan mangsa. - Agensi
 

Copyright 2016 © Syazwani Mazlan. Design by Ayu Barbydol