Angel Wing Heart

08 March 2012

Saya Berketurunan Kampar Piliang



Assalammualaikum.

Bila umur dah dekat 21 tahun , mulalah nak tahu asal usul keturunan sendiri. ok, aku tak pernah nak ambil tahu pun. Tapi hari ni terasa nak tahu sangat-sangat yang aku ni keturunan mana. Kita tahu, semua orang Malaysia bukan berasal dari sini kan? Hanya orang asli je yang sebenarnya asal dari tanah Malaysia ni.  Orang asli lagi banyak dapat kelebihan kalau korang taktahu lah kan. Macam-macam keturunan yang ada kat Malaysia ni . Contohnya : orang jawa, banjar , melayu siam , kampar & lain-lain.

Selidik punya selidik, tanya punya tanya dengan orang-orang yang terdekat, oh rupanya aku ni keturunan Kampar Piliang (belah mak) & Kampar (belah ayah) . Tapi...tapi.....aku langsung tak fasih & tak tahu bahasa kampar..... aiyoyoyo.... nyesalnya tak tahu bahasa ibunda sendiri!

Orang kampar ni, aku akui ramai yang tak tahu kewujudan keturunan kampar... yang femes JAWA jeeer... hehehe... Betul tak? Banjar pun apetah lagi... ramai yang tak tahu keturunan-keturunan ni.... Kena research gamaknyeee.... Kalau ada buku pasal kampar, dah lama aku beli!!! sesiapa? ada nak belikan? ;)

Adat dan kebudayaan orang Kampar memang sama dgn Minang (ada kontrovesi disini-org Minang kata org Kampar tu keturunan Minang dn orang Kampar pula kata Minang tu asalnya dri Kampar. Suku2 utama Kampar adalah suku2 Melayu (ini suku yg paling besar, banyak sub sukunya), Domo, Piliang, Patopang, Mandeleong dan Caniago. Setiap suku ini ada juga pecahannya tapi tidak sebanyak suku Melayu. Orang2 Kampar tersebut dgn kealimannya dan berpegang teguh kepada ' Adat Bersendi Syarak dan Syarak bersendikan Kitabullah. Syarak Menyebut, Adat Membuat.'

Orang suku Kampar (Kampau) berasal dari lima (5) kota utama yang merupakan penempatan utama di tepi Sungai Kampar di Kabupaten (daerah) Kampar di Riau, Sumatera iaitu:

i. Kuok (pekan sehari: Selasa)
ii. Salo (pekan sehari: Isnin)
iii. Bangkinang (pekan sehari: Ahad dan Rabu)
iv. Air Tiris (pekan sehari: Sabtu)
v. Rumbio (pekan sehari: Khamis)
Setiap kota terdiri daripada empat (4) suku utama iaitu:

i. Domo Bagindo Bosau
ii. Tok Said
iii. Piliang
iv. Melayu

suku lain :
1. Pitopang

2. Bendang
3. Kampai


Setiap suku mempunyai seorang ketua. Oleh yang demikian setiap kota akan memiliki 4 orang ketua suku yang akan menghadiri pertemuan ketua-ketua suku di kota Bangkinang. Ketua suku yang mempunyai bilangan anak buah yang teramai akan dipilih sebagai ketua suku sesebuah kota. Setiap perhimpunan ketua-ketua suku di Bangkinang akan dihadiri oleh 20 orang ketua suku (4 X 5). Seorang ketua suku sesebuah kota yang mewakili anak buah yang paling ramai akan menjadi ketua suku orang Kampar.

Pada awalnya Orang Kampar datang ke malaysia / Semenanjung Tanah Melayu melalui jalan laut Selat Melaka. Setelah itu mereka menggunakan jalan sungai dan darat. Seterusnya mereka membuat penempatan baru di kawasan sekitar sepanjang Sungai Pahang. Penempatan baru orang-orang Kampar bermula dari Pekan – Chenor – Temerloh – Jerantut. Selain itu mereka juga tersebar ke Kuantan – Mentakab – Kerdau - Kuala Krau dan Kuala Lipis.

Orang-orang Kampar yang mendarat di pantai barat Semenanjung membuat penempatan baru di Selangor (terutamanya di Batang Kali dan Kajang), di Perak (terutamanya di Batu Gajah, Kampar dan Parit Buntar).

Pekerjaan utama orang-orang Kampar ialah berdagang. ( memang aku akui, family aku superb berbisness. Atok aku belah mak jual pakaian , atok aku belah ayah ada kedai runcit )

Kini anak-anak keturunan Kampar sudah tersebar di merata ceruk-rantau Malaysia dan hidup membaur dengan keturunan suku-suku yang lain. Sebahagian daripada masih mewarisi bahasa dan budaya Kampar manakala sebahagian lagi sudah terputus hubungan dengan asal usul mereka.(macam aku lah ni..langsung tak tau pape =_=' )

sekarang ini ciri-ciri tradisional masyarakat kampar agak sukar ditemui lagi disebabkan arus pemodenan. tetapi masih boleh juga ditemui ciri-ciri tradisional kampar (walaupun amat sedikit) sekiranya melalui kwsn kampung2 di sekitar daerah kampar, perak. ( sekarang ni rumah dah flat , banglo , teres . dah pupus rumah2 tradisional dlm kalangan family aku...)




Yang aku tahu, atok kedua-dua belah mak ayah aku dah menetap di Kampar perak. Lepas merdeka , semua hijrah ke selangor . Sebab tu bersepah-sepah keturunan kampar di negeri selangor ;)



Sejarah masyarakat Kampar di Malaysia bermula dri tahun 1526 apabila rombongan pembesar2 dri Kampar mengiringi Raja Muzafar Shah, Putera Mahkota Sultan Mahmud Shah Melaka, belayar ke Gangga Nagara (Perak) dan mendarat di Beting Beras Basah, di kuala Sg Perak, dekat Bagan Datoh. Mereka kemudiannya menobatkan Putra Mahkota tersebut sebagai Sultan Muzafar Shah Perak. Sultan Mahmud mengambil perlindungan di Kampar yg diperintah oleh abangnya Raja Abdullah, apabila kalah dgn Portugis thn 1511 lari ke Pulau Penyengat di Bintan dn seterusnya ke Kampar.
 


Adiknya Muzafar bernama Alauddin Shah menjadi Sultan di Johor dan keturunan akhirnya adalah Sultan Mahmud yg mangkat dijulang. Setelah itu Johor diperintah oleh raja2 keturunan Bugis. Pekan Kampar di Perak memangnya dipelopori oleh orang2 Kampar dri Riau. Dauk Bahaman, Pahlawan Pahang, ayahnya adalah keturunan Kampar dri Bangkinang. Masyarakat Kampar banyak terdapat di pesisir negeri Perak dri Hutan Melintang ke Teluk Intan, Kampar, Tapah, Parit, Slim, Tg Malim, di Selangor di kawasan pesisir dri Kuala Selangor smpai ke Sabak Bernam, Batang Kali, Sg Masin, Ulu Yam, Kuang, Rawang, Kg Medan PJ, Sentul, Shah alam , Klang dan Gombak. (KAMPAR DAH BERSEPAH DI SELANGOR ;) ) Di Pahang pula di Dong, Raub, Jerantut feri, Pasar Kuala Kerau dan Kerdau, Bt 1 Temerloh, Mentakab, dan Bt 8 Kuantan. Di Johor pula di Bt 4 jln Kota Tinggi-Mersing.


Senarai orang kenamaan yang berketurunan Kampar :


Kedah- Dt Dr Affifuddin Omar, Mantan Timb. Menteri Kewangan dan Prof Dt Dr Asmah Omar, Pakar Bahasa Melayu,
Perak- Dt Hamzah Zainudin, Timb Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi, Dt Nazri Siron, SUB Kementerian Pertahanan,


Selangor- Dt Mohlis Jaafar, Timb DG Kementerian Pendidikan Tinggi, 

Pahang- Tan Sri Mohamad Yusof, Mantan DG Jab Perdana Menteri, Dt Gumuri Hussin,Pengurusi Bank SME,Penyanyi Alyrhm Dt Sudirman Arshad, Alinoor dan Mastura, Pengarah Filem U-Wei Shaari, 

Dri ATM Mej Jen Dt Amir Baharudin (B), Mej Jen Dt Mazlan Kasap, Mej Jen Dt Mahdi Yusof dn Aly
rhm Brig Jen Rosli Yusof (B).

Dri Johor- Mantan Senator dn Exco Dt Yusoff Malim Kuning. 


Bawah ni, contoh bahasa Kampar. Ni pun aku research kat google ;) lebih kurang mcm dialek negeri sembilan kan? Hehehehe

"tapi ado juo masalahnyo...banyak yang endak goti bahso awak..paje kekenek olun tontu paham apo bahso awak..banyak yang dah bercampur bahwo lain..salah omak bapak juo,endak omou mengingatkan papajey bahso awak..." 


anak-anak kampar ni comel-comel tak tinggi mana , ikut baka family ayah masing-masinglah. heeeee... sekarang baru aku faham asal-usul aku... so... tak payah nak belagak-lagak sangat dengan asal usul masing-masing kan....even dah tenggelam oleh arus pemodenan.. aku takkan lupa tapi bahasa ibunda tak tahu langsung rasa macam aku orang asing dari suku kampar.....:'(

Asal-usul korang camne pulak?? cepat tanya parents masing-masing.... Cari sampai puas hati.. berbangga lah dengan asal-usul korang tak kira jawa ke , banjar ke kan.... :) Seronok bila dapat research bangsa sendiri. hehehe.



Untuk maklumat lanjut boleh join group kampar di facebook : SINI
Atau layari laman web : SINI 
(Pakcik yang bagitahu)
Buku 'ODISI ANAK KAMPAR' karya AFFIFUDIN OMAR dijual di MPH berharga RM30
(Terima Kasih pada blogger yang beritahu)
KREDIT

03 March 2012

Subjek Merchandise!




Mana satu 'display aku' ?

Assalammualaikum.

Hari selasa lepas, ada presentation subjek merchandise. Individu pulak tu. Final nanti baru group. Assesmen individu kali ni, kena buat 'display' . Tak kiralah display yang macamana pun. Alaaa, macam display kat kedai-kedai, mall semua tu. Tempat rak kasut lah, baju lah, pin tudung lah. Semua lah,lah. HAHA.

Lepas sketch projek individu tu, kena tunjuk kat lecturer dulu sebelum buat ok! Kali ni aku buat display perfume. Nice One. Tak tahu nak buat display & rekabentuk macamana lagi. Oh, mini display sahaja ye. Disebabkan aku ni kureng jelas pendengaran, aku dah terbuat display tu jadi besar dabakkk. Nasib tak besar cam badak. hahaha!  30cm pulak tu! T_T wuwuwuwuw.. Takpe,takpe. Asalkan aku dah usahakan .. Display aku berbentuk bulat daripada prospek. Sampai lecturer aku tanya & belek-belek, 'eh, guna prospek eyh?camne boleh bulat?' hehehe. 'saya suruh owner kedai tu buat bulat jugak!'  Sengih cam kerang busuk.



'Display' perfume aku berbentuk bulat


Fasa satu. Hias bunga-bunga dulu *eh, perfume macam kenallah


Pandangan depan


Siap hias! ok?


Pandangan sisi

Masa present ni, segelintir je dah siap. amboi...kalau lecturer tu lembut & tak garang, mulalah present lambat-lambat kan korang? huh. Kalau lecturer tu diam berisi camne? faham-faham jela ye. hehehe. Next week student lain pulak present. wewit, tak sabar nak tengok hasil diaorang pulak. mesti gempakk! ;) bawah ni pulak merchandise kawan-kawan lain. Segelintir je aku dapat snap. 



Display ubat gigi/berus gigi kanak-kanak by Nurafida (bum)


Display akuarium by hafisah

Display kereta mainan by Hamizah (kak chik)

Display tempat bunga,pen. Ala-ala moden sikit. By Liyana


Display coklat by junior sem 5 (lupa nama. hihi)


Hebakk kan diaorang ni? cun-cun. jelly nya I . Perasan tak semua merchandise yang aku ambil gambar ni, perempuan je ada? eh, lelaki pun ada present masa tu, farhan sorang je. So, aku lupa nak snap. Next week ni, ramailah geng-geng lelaki pulak present nanti. Ok, tak sabar nak tengok kreativiti diaorang pulak. lelaki kan kreatif. hehehe ;p



Cuti-cuti weekend macam hari ni, aku selalu main twitter & simsimi je.. Bosan. Kalau nak update blog, kena ada cerita baru boleh update kan? hewhewhew ;) Simsimi tu apa erk? satu apps hp . Benda ni mengarut sikit. Bila korang alone or boring ke, boleh text dengan simsimi ni. Nanti sim ni jawab. kekadang merapu jugek. hehehe. apps asal dari korea tuh. Banyak bahasa korang boleh guna termasuk malay. Dengar-dengar benda ni di control. betul ke? kalau betul, tak text cam orang sewel lah kan? hahahaha. 



simsimi yang warna kuning tuh. jahat betul sim ni. grrr!


berangan nak lisa jugak tu!


Bloggers! jangan lupa join giveaway cik bunny di sini ye. Tarikh tutup 6 March 2012 ni. Next week, aku dah start shooting program TV ; 10-11 march 2012 ,17-18 March 2012 & 27 March 2012 . Makin banyaklah duit keluar macam air untuk produksi. T_T wuwuwuuwwu! dan makin berhabuklah blog aku ni. Busy!Busy! Doakan semoga semuanya berjalan dengan lancar. Amin
 

Copyright 2016 © Syazwani Mazlan. Design by Ayu Barbydol