Angel Wing Heart

18 March 2012

cara menggunakan twitter!

Assalammualaikum.

hye. mesti korang dah kenal lama dengan encik twitter ni kan? lagi-lagi yang ade handphone cangihh gituu. Sampai aku syok main twitter ni daripada facebook. alamak. fb dah semakin terhakis di hati. hehehe. rasa nak deactived je facebook aku tu tau. tapi tak leh nak shopping online pulak nanti. haishh. Ok, aku nak share dengan korang pasal twitter ni. siapa yang newbie lagi tu, bolehlah baca bawah ni.

1. Followers : followers adalah orang yang mengikuti kita dan akan menerima setiap pembaharuan yang dilakukan. 

2. Followings : followings adalah orang yang kita ikuti dalam twitter. Ini merupakan kebalikan dari follower, kita akan menerima setiap update orang yang kita follow.


3. Re Tweet : ret tweet yang sering disebut dengan RT adalah menulis ulang tweet orang lain dalam profile kita sendiri dan biasanya diikuti dengan nama orang yang membuat tweet pertama kali.


4. Trending Topics = trending topics adalah topik yang sedang hangat di antara pengguna Twitter sedunia. Biasanya trendingtopics ini akan muncul dan selalu di update pada halaman twitter kita. 

5. Over Head : over head atau disingkat dengan OH adalah menulis ulang tweet orang lain tanpa menyebutkan sumber tweet tersebut.
 

6. Direct Message : direct message atau disingkat dengan DM adalah pesan pribadi teman kita (followers) kepada kita.
 

7. Tanda @ = tanda @ adalah mem - tag atau mengkhususkan tweet kepada salah satu teman yang kita beri tanda.
 

8. Hash Tags : hash tags dalam twitter di definisikan dengan tanda #. Tanda pagar ini biasanya digunakan untuk mempermudah pencarian topik yang sedang hangat di twitter. Misalnya topik yang sedang hangat adalah Bisnis Online, maka untuk mempermudah pencarian tentang topik tersebut kita menulis #karodalnet sebagai keyword.


Trending Topic: topik/isu yang lagi hot atau sedang hangat dan ramai dibicarakan orang.
Favorites: dipakai untuk menyimpan tweet tertentu yang diinginkan (karena kita sukai tentu saja).

agak-agak ada yang dah terer? hehehe. boleh lah tweet dengan aku. akan friendlyyyyy okey. hehehe. Best bila tweet. Boleh tengok macam-macam ragam manusia. opss. sorry kalau aku teremosi di twitterr! Jom tweet aku kalau rajin. @syazwanimazlan  
Bhai.bhai :)


08 March 2012

Saya Berketurunan Kampar Piliang



Assalammualaikum.

Bila umur dah dekat 21 tahun , mulalah nak tahu asal usul keturunan sendiri. ok, aku tak pernah nak ambil tahu pun. Tapi hari ni terasa nak tahu sangat-sangat yang aku ni keturunan mana. Kita tahu, semua orang Malaysia bukan berasal dari sini kan? Hanya orang asli je yang sebenarnya asal dari tanah Malaysia ni.  Orang asli lagi banyak dapat kelebihan kalau korang taktahu lah kan. Macam-macam keturunan yang ada kat Malaysia ni . Contohnya : orang jawa, banjar , melayu siam , kampar & lain-lain.

Selidik punya selidik, tanya punya tanya dengan orang-orang yang terdekat, oh rupanya aku ni keturunan Kampar Piliang (belah mak) & Kampar (belah ayah) . Tapi...tapi.....aku langsung tak fasih & tak tahu bahasa kampar..... aiyoyoyo.... nyesalnya tak tahu bahasa ibunda sendiri!

Orang kampar ni, aku akui ramai yang tak tahu kewujudan keturunan kampar... yang femes JAWA jeeer... hehehe... Betul tak? Banjar pun apetah lagi... ramai yang tak tahu keturunan-keturunan ni.... Kena research gamaknyeee.... Kalau ada buku pasal kampar, dah lama aku beli!!! sesiapa? ada nak belikan? ;)

Adat dan kebudayaan orang Kampar memang sama dgn Minang (ada kontrovesi disini-org Minang kata org Kampar tu keturunan Minang dn orang Kampar pula kata Minang tu asalnya dri Kampar. Suku2 utama Kampar adalah suku2 Melayu (ini suku yg paling besar, banyak sub sukunya), Domo, Piliang, Patopang, Mandeleong dan Caniago. Setiap suku ini ada juga pecahannya tapi tidak sebanyak suku Melayu. Orang2 Kampar tersebut dgn kealimannya dan berpegang teguh kepada ' Adat Bersendi Syarak dan Syarak bersendikan Kitabullah. Syarak Menyebut, Adat Membuat.'

Orang suku Kampar (Kampau) berasal dari lima (5) kota utama yang merupakan penempatan utama di tepi Sungai Kampar di Kabupaten (daerah) Kampar di Riau, Sumatera iaitu:

i. Kuok (pekan sehari: Selasa)
ii. Salo (pekan sehari: Isnin)
iii. Bangkinang (pekan sehari: Ahad dan Rabu)
iv. Air Tiris (pekan sehari: Sabtu)
v. Rumbio (pekan sehari: Khamis)
Setiap kota terdiri daripada empat (4) suku utama iaitu:

i. Domo Bagindo Bosau
ii. Tok Said
iii. Piliang
iv. Melayu

suku lain :
1. Pitopang

2. Bendang
3. Kampai


Setiap suku mempunyai seorang ketua. Oleh yang demikian setiap kota akan memiliki 4 orang ketua suku yang akan menghadiri pertemuan ketua-ketua suku di kota Bangkinang. Ketua suku yang mempunyai bilangan anak buah yang teramai akan dipilih sebagai ketua suku sesebuah kota. Setiap perhimpunan ketua-ketua suku di Bangkinang akan dihadiri oleh 20 orang ketua suku (4 X 5). Seorang ketua suku sesebuah kota yang mewakili anak buah yang paling ramai akan menjadi ketua suku orang Kampar.

Pada awalnya Orang Kampar datang ke malaysia / Semenanjung Tanah Melayu melalui jalan laut Selat Melaka. Setelah itu mereka menggunakan jalan sungai dan darat. Seterusnya mereka membuat penempatan baru di kawasan sekitar sepanjang Sungai Pahang. Penempatan baru orang-orang Kampar bermula dari Pekan – Chenor – Temerloh – Jerantut. Selain itu mereka juga tersebar ke Kuantan – Mentakab – Kerdau - Kuala Krau dan Kuala Lipis.

Orang-orang Kampar yang mendarat di pantai barat Semenanjung membuat penempatan baru di Selangor (terutamanya di Batang Kali dan Kajang), di Perak (terutamanya di Batu Gajah, Kampar dan Parit Buntar).

Pekerjaan utama orang-orang Kampar ialah berdagang. ( memang aku akui, family aku superb berbisness. Atok aku belah mak jual pakaian , atok aku belah ayah ada kedai runcit )

Kini anak-anak keturunan Kampar sudah tersebar di merata ceruk-rantau Malaysia dan hidup membaur dengan keturunan suku-suku yang lain. Sebahagian daripada masih mewarisi bahasa dan budaya Kampar manakala sebahagian lagi sudah terputus hubungan dengan asal usul mereka.(macam aku lah ni..langsung tak tau pape =_=' )

sekarang ini ciri-ciri tradisional masyarakat kampar agak sukar ditemui lagi disebabkan arus pemodenan. tetapi masih boleh juga ditemui ciri-ciri tradisional kampar (walaupun amat sedikit) sekiranya melalui kwsn kampung2 di sekitar daerah kampar, perak. ( sekarang ni rumah dah flat , banglo , teres . dah pupus rumah2 tradisional dlm kalangan family aku...)




Yang aku tahu, atok kedua-dua belah mak ayah aku dah menetap di Kampar perak. Lepas merdeka , semua hijrah ke selangor . Sebab tu bersepah-sepah keturunan kampar di negeri selangor ;)



Sejarah masyarakat Kampar di Malaysia bermula dri tahun 1526 apabila rombongan pembesar2 dri Kampar mengiringi Raja Muzafar Shah, Putera Mahkota Sultan Mahmud Shah Melaka, belayar ke Gangga Nagara (Perak) dan mendarat di Beting Beras Basah, di kuala Sg Perak, dekat Bagan Datoh. Mereka kemudiannya menobatkan Putra Mahkota tersebut sebagai Sultan Muzafar Shah Perak. Sultan Mahmud mengambil perlindungan di Kampar yg diperintah oleh abangnya Raja Abdullah, apabila kalah dgn Portugis thn 1511 lari ke Pulau Penyengat di Bintan dn seterusnya ke Kampar.
 


Adiknya Muzafar bernama Alauddin Shah menjadi Sultan di Johor dan keturunan akhirnya adalah Sultan Mahmud yg mangkat dijulang. Setelah itu Johor diperintah oleh raja2 keturunan Bugis. Pekan Kampar di Perak memangnya dipelopori oleh orang2 Kampar dri Riau. Dauk Bahaman, Pahlawan Pahang, ayahnya adalah keturunan Kampar dri Bangkinang. Masyarakat Kampar banyak terdapat di pesisir negeri Perak dri Hutan Melintang ke Teluk Intan, Kampar, Tapah, Parit, Slim, Tg Malim, di Selangor di kawasan pesisir dri Kuala Selangor smpai ke Sabak Bernam, Batang Kali, Sg Masin, Ulu Yam, Kuang, Rawang, Kg Medan PJ, Sentul, Shah alam , Klang dan Gombak. (KAMPAR DAH BERSEPAH DI SELANGOR ;) ) Di Pahang pula di Dong, Raub, Jerantut feri, Pasar Kuala Kerau dan Kerdau, Bt 1 Temerloh, Mentakab, dan Bt 8 Kuantan. Di Johor pula di Bt 4 jln Kota Tinggi-Mersing.


Senarai orang kenamaan yang berketurunan Kampar :


Kedah- Dt Dr Affifuddin Omar, Mantan Timb. Menteri Kewangan dan Prof Dt Dr Asmah Omar, Pakar Bahasa Melayu,
Perak- Dt Hamzah Zainudin, Timb Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi, Dt Nazri Siron, SUB Kementerian Pertahanan,


Selangor- Dt Mohlis Jaafar, Timb DG Kementerian Pendidikan Tinggi, 

Pahang- Tan Sri Mohamad Yusof, Mantan DG Jab Perdana Menteri, Dt Gumuri Hussin,Pengurusi Bank SME,Penyanyi Alyrhm Dt Sudirman Arshad, Alinoor dan Mastura, Pengarah Filem U-Wei Shaari, 

Dri ATM Mej Jen Dt Amir Baharudin (B), Mej Jen Dt Mazlan Kasap, Mej Jen Dt Mahdi Yusof dn Aly
rhm Brig Jen Rosli Yusof (B).

Dri Johor- Mantan Senator dn Exco Dt Yusoff Malim Kuning. 


Bawah ni, contoh bahasa Kampar. Ni pun aku research kat google ;) lebih kurang mcm dialek negeri sembilan kan? Hehehehe

"tapi ado juo masalahnyo...banyak yang endak goti bahso awak..paje kekenek olun tontu paham apo bahso awak..banyak yang dah bercampur bahwo lain..salah omak bapak juo,endak omou mengingatkan papajey bahso awak..." 


anak-anak kampar ni comel-comel tak tinggi mana , ikut baka family ayah masing-masinglah. heeeee... sekarang baru aku faham asal-usul aku... so... tak payah nak belagak-lagak sangat dengan asal usul masing-masing kan....even dah tenggelam oleh arus pemodenan.. aku takkan lupa tapi bahasa ibunda tak tahu langsung rasa macam aku orang asing dari suku kampar.....:'(

Asal-usul korang camne pulak?? cepat tanya parents masing-masing.... Cari sampai puas hati.. berbangga lah dengan asal-usul korang tak kira jawa ke , banjar ke kan.... :) Seronok bila dapat research bangsa sendiri. hehehe.



Untuk maklumat lanjut boleh join group kampar di facebook : SINI
Atau layari laman web : SINI 
(Pakcik yang bagitahu)
Buku 'ODISI ANAK KAMPAR' karya AFFIFUDIN OMAR dijual di MPH berharga RM30
(Terima Kasih pada blogger yang beritahu)
KREDIT
 

Copyright 2016 © Syazwani Mazlan. Design by Ayu Barbydol