Angel Wing Heart

10 January 2012

JUST FOR LAUGHS MENGHINA ISLAM!!

Kenapa masih ada ISLAM dihina?





kredit

08 January 2012

Saya Tersenarai dalam 1,000 blog terhebat!

Assalammualaikum.. malam-malam cam gini, rajin nak join segmen dari LIL ANYS. Segmen ni mudah je... bila korang join segmen ni, dia akan kumpulkan satu link dalam group..kiranya, kalau korang klik link tu, 10 blog akan keluar..senang nak blogwalking kan? :D so, apa lagi..tp..baca syarat2nya dulu..




How to Join ?

1.Buat satu entri betajuk Segmen Saya Tersenarai dalam 1,000 blog terhebat
2.copy banner di atas dan link kan ke entri ini
3.hantar link entri anda di bahagian komen
dan bagitahu sama ada anda adalah pengguna blogskin atau blog design*wajib *
4.Like picture anys yang comel ni.. >
http://www.facebook.com/photo.php?fbid=312721845427664&set=a.312721812094334.86348.200146616685188&type=3

Mudah je kan?? Jomlah join segmen ni ramai-ramai.boleh kenal ramai blogger lagi..tak gitu?? :D Byebyeyumm!! esok pagi full dengan kelas! :(


P/S : Baru lepas beli tiket cuti raya cina ni...tiket byk sold out dear~~ tak dapat single seat! :(

07 January 2012

Discussion 2 bersama ANWAN STUDIO


Assalammualaikum. Entri ni lebih kurang macam rentetan. erk, rentetan tu pe benda eh? OK, ni kali ke-2 ANWAN STUDIO buat discussion bersama. Macam yang aku cerita dulu, group akan berpecah menjadi 4-5ahli sahaja..Bukan maksud aku setiap shooting kena buat dengan 4-5orang. Oh, tak. memang kejang otot-otot dan badan-badan kalau buat setakat 4-5org tu. Kitaorang akan cari krew-krew tambahan yang rasa nak timba pengalaman dengan shooting ni. Semestinya kitaorang ambil krew jabatan sendiri. Rasanya pelajar dari kos lain jugak dialukan. Kalau tak tahu ANWAN STUDIO buat mengenai apa, korang boleh klik sini ye. Buat masa ni nama production hanya sementara dulu. Kitaorang taknak buat nama production dihujung tu. sebagai contoh [ANWAN PRODUCTION]. mungkin ANWAN STUDIO atau ANWAN PICTURE. buat lain dari yang lain pulak.. =)


muka aku selekeh.[sila abaikan] =P discuss dekat asrama ni. tapi aku dengan bum duk rumah sewa *BUDAK BAIK* haha!

Masa discuss ni, kitaorang bincang pasal gerak kerja yang nak dibuat nanti. dari proposal, design, jalan cerita & jawatan. first discuss hari tu, salah sorang dari group mmg rasa tak yakin nak buat. benda ni memang akan jadi besar bila dijalankan. Tapi yela. dah sem akhir, kenalah cari idea yang kreatif & ada originality sendiri kan? lagipun pensyarah dah setuju & bagi idea tambahan lagi. Pensyarah/penyelia yang akan handle group kitaorang a.k.a sebagai penasihat gitu, dah pun minta pertukaran dengan pensyarah lain. yang lebih selesa. Boleh buat kerjasama lagi baik. Alhamdullilah. Setakat ni kena siapkan proposal dulu. Hari isnin ni hantar.


salah sorang krew ANWAN STUDIO

So, setelah berbincang , kitaorang sepakat membuat jawatan penting untuk setiap orang dalam ANWAN STUDIO ni..antaranya :

PENGARAH : NURAFIDA (BUM)
PENGURUS PRODUKSI : SYAZWANI (AKU)
TEKNIKAL / DOP : RIDHWAN (BERBAJU PUTIH)
PRODUCTION DESIGNER & EDITING : FARHAN (BERBAJU HITAM)
Sebenarnya banyak jawatan dalam production ni. memandangkan memang hanya 4-5 ahli je setiap group, kenalah cari krew-krew tambahan untuk memenuhi jawatan lain. Kena pandai manage lah. tak macam sem lepas, semua krew cukup sebab gabung 1 production , 1 kelas.

P/S : masing-masing wat muka serius. hehe. tengah sem nanti mesti tension. :(

06 January 2012

FILEM SERAM - SUMPAHAN KUM KUM

Filem seram lagi...dah 3 filem seram muncul tahun 2012 ni... filem seram malaysia lah. hehehe... nak baca entri filem seram lain ? klik kat bawah ni :


Filem 1 , Filem 2 , Filem 3

Kali ni filem seram SUMPAHAN KUM KUM



'KU HAPUSKAN SELURUH KETURUNANMU'


Dulu kan ada disiarkan drama kum-kum kat astro kan? ha, ni dia filem pulak muncul. Jalan cerita lain siket lah kan. jom baca lagi ..

PENGARAH

Ismail Bob Hashim

DI TAYANGKAN


26 JAN 2012

SINOPSIS


Cerita bermula apabila Mila yang memiliki wajah berjerawat, malu dengan keadaan rupanya lalu berjumpa dengan seorang dukun bagi mendapatkan rawatan susuk. Pantang laranganya adalah Mila tidak boleh melihat cermin selama 44 hari. Di tempat kerjanya, Mila yang dahulunya langsung tidak dipandang oleh lelaki, mula menjadi siulan ramai. Mila tidak sabar untuk melihat wajah barunya dan dia melihat cermin. Wajah Mila bertukar menjadi hodoh dan Mila pergi berjumpa dukun yang sama untuk memulihkan wajahnya.


Setelah dipujuk dan dirayu, akhirnya dukun iaitu Mak Tom, memberitahu Mila bahawa satu-satunya cara untuk memulihkan wajahnya adalah dengan meminum darah 9 gadis sunti. Mila mengekori Shima ke tandas dan membunuhnya serta meminum darahnya. Shima adalah anak kepada Mak Tom. Mak Tom bertekad untuk membalas dendam terhadap kematian anaknya dan memanggil Mila dengan mengatakan kononnya ada cara lain untuk mencantikkan kembali wajahnya. Mak Tom melibas Mila dengan cangkul dan memasukkan tubuh Mila yang nyawa-nyawa ikan ke dalam lubang yang telah digalinya. Sebelum ditimbus, Mila sempat menyumpah yang dia akan membunuh anak-anak sunti keturunan Mak Tom. Mak Tom mempunyai seorang cucu, Tini dan Mak Tom bimbang Tini akan menjadi mangsa dendam Mila maka Mak Tom sentiasa bersikap dingin terhadap Tini. Hantu Mila (hantu kum-kum) sering merayau dan menggangu orang kampung.


Pada suatu hari, Mak Tom meninggal dan wajahnya berulat dan dipenuhi lipas dan serangga. Rahsia Mak Tom terbongkar apabila Adi, anak lelaki Mak Tom pergi berjumpa Mak Leh, ibu saudaranya, untuk mendapatkan penjelasan tentang hantu Mak Tom dan hantu Shima yang menganggunya. Adi menyuruh isterinya, Nurul, membawa anak mereka pulang ke KL. Di KL, hantu Mila mengekori Tini dan Nurul sehingga dirumah. Nurul mendapat panggilan dari Adi menyuruhnya mengunci semua pintu dan tingkap. Malangnya, Mila sudah berada didalam rumah dan sedang bermain dengan Tini. Nurul mengunci dirinya dan Tini di dalam bilik.

Di kampung, orang kampung sedang mengadakan upacara pengebumian mayat Mila. Adi bergegas pulang ke rumahnya di KL dan ketika tiba, Adi mendapati Tini berada di dalam bilik bersama hantu Mila dan sedang menjerit ketakutan. Adi berjaya membuka pintu dan mendapati hantu Mila sedang mengendong anaknya yang pengsan. Sebelum sempat hantu Mila menggigit leher Tini, hantu Mila menggelupur kerana pada ketika itu, di kampung, orang ramai sudah selesai mengebumikan mayat Mila dan sedang membaca Yassin. Di kubur Mila, kelihatan sorang wanita berjubah dan berhijab sedang berdiri tunduk melihat batu nisan.

TRAILER



kredit : http://www.mejuez.com/2011/12/sumpahan-kum-kum/

FILEM SERAM : KERAMAT 2012

FILEM KERAMAT DI PAWAGAM 12 JAN 2012

‘Apabila Keramat dibuka…Nyawa galang gantinya…’


PENGARAH : AZHARI MOHD ZAIN


Sinopsis


Di tahun 1900, seorang lelaki bernama Habib telah difitnah merosakkan kehormatan Mustika. Akibat dari itu, Habib telah dikerumuni dan dipukul oleh orang kampong diketuai oleh Jabar, abang kandung Mustika. Habib yang merupakan bukan calang-calang orang terus dipukul dan kain yang selama ini menutupi wajahnya ditarik oleh orang kampong dan berlakulah satu peristiwa yang amat dahsyat di mana semua penduduk kampung mati dek cahaya terang yang terpancar dari wajah Habib.

Di zaman ini, kehidupan dua beradik iaitu Nazmir dan Nasti mula dihantui pelbagai pertistiwa pelik dan menyeramkan bermula dengan kehilangan bayi yang dikandung Syazura, isteri Nazmir. Sejak itu, seorang demi seorang ditimpa pelbagai peristiwa di luar fikiran termasuk Munirah, Isteri Nasti. Keinginan Syazura untuk pulang ke kampong halaman suaminya menjadikan keadaan bertambah rumit. Satu persatu rahsia terbongkar dan mendedahkan sebuah sejarah yang mengejutkan Nazmir, Syazura, Nasti dan Munirah. Siapa sebenarnya dalang dalam perkara ini dan apakah rahsia tersebut?
 

Copyright 2016 © Syazwani Mazlan. Design by Ayu Barbydol