Angel Wing Heart

09 February 2016

Selamat Bertunang Emi & Wani

Assalammualaikum



Alhamdullilah, pada 8 Februari 2016 (Isnin) , dengan restu keluarga kedua-dua pihak, terjalinlah satu ikatan pertunangan kami... =) Perkenalan yang singkat , kenal masa awal bulan Jun 2015 tahun lepas. hehehe. Macamana boleh kenal tu? Rahsiaaaa la. hahaha! Masa tu, kawan-kawan biasa je. Mula-mula kena reject juga la dia ni.. hehehe. Tapi sebab dia tunjuk kesungguhan dia kat Wani, so Wani terimalah dia seadanya. ececeh. Hahaha. Sebelum tu, Wani memang selidik habis background dia. hahaha. Mestilah kan, nak tahu dia macamana orangnya, ok ke tak.. Kawan-kawan dia Wani tak kenal pun, redah je tanya. huhuhu. (muka tak malu kan?) Alhamdullilah, semua oklah. Dia pun tak tahu sebenarnya. hahaha! Wani buat solat istiharah sekali, alhamdullilah, positif. Sikap, keadaan yang buat wani selesa yang tak ragu-ragu nak pilih dia.. hehehe. Sebelum nak tunang tu, pernah jugaklah mimpi bukan-bukan pasal dia..huhuhu.. biasalah mainan tidur... Setan kan tak suka kalau orang nak dirikan 'masjid' ni... Beza umur wani dengan dia 2 tahun je. Wani pilih dia sebab sikap dia yang tak main-main, serius, matang , memahami, tolak ansur, cara layanan yang lembut dengan Wani dan dia boleh terima keluarga Wani seadanya... terutamanya pasal mak Wani :') Tak pernah nak bergaduh pun.. Bila Wani tengah bad mood ke, down ke, cepat-cepat dia calm down kan. pastu nanti, dia bagilah nasihat-nasihat yang elok kat Wani. Hahaha. Kat situ pun dah buat hati tertarik nak kenal dia.. Dia pulak jenis lelaki yang tak putus asa.. :')


Kek dari pihak lelaki
Perancangan kami nak tunang tu agak mengejut jugak lah... Lepas wani balik cuti dari Kedah tu, awal Januari 2016, dia ajak tunang  tapi kena tanya ayah dulu.. Segan jugak nak sembang dengan ayah mak pasal ni. heehehhehehe... Alhamdullilah, ayah mak setuju. Dia pernah jumpa dengan keluarga Wani & Wani pun pernah jumpa dengan keluarga dia.






Alhamdullilah.. =)



Ni la adat family side Wani.. huhuhu.. Kalau pihak perempuan ingkar dengan pertunangan, pihak perempuan akan pulangkan semua yang dibagi oleh pihak lelaki.. Asalnya adat ni, pihak perempuan kena bayar dua kali ganda dari pemberian pihak lelaki.. Kalau pihak lelaki pulak yang ingkar, semua pemberian pihak lelaki burn. 





Bersama Adik bongsu, Mak & Ayah

Adik lelaki, terima kasih sebab tolong merewang kenduri kaklong.


Ni makcik paling aku sayang !!! Sedih, Seronok2, semua dengan dia.. Paling rapat dengan aku.. hehehe.. kuat sentap makcik ni.. hahahaha.. wekkk!!

Keluarga besar Wani, Ramai lagi sebenarnya... side ayah pun adik beradik dah 8 orang. huhuhu, ada yang tak dapat hadir..



Adik lelaki ayah, pakcik Ujal ni la yang bagi nama Syazwani kat Wani... kihkih...Lama sgt2 tak jumpa dia tau..
Kawan-kawan rapat yang banyak membantu Wani


Kami buat majlis tunang ni sederhana yang boleh. hehehe. Buat risik & tunang dalam masa satu hari jugak. Alhamdullilah, semuanya berjalan lancar. Berkat doa dari keluarga, kawan-kawan & diri sendiri. Terima kasih semuanya. hihihi. Cuma, side Wani masih kuat adat lagi.. huhuhu... Sebenarnya Wani dah cakap kat ayah, taknak adat-adat. (berani tak? hahaha) Pastu atok nenek tak setuju.. Pendapat orang muda, mana mau nya... hehehe.. Takpelah, janji dah dapat restu, kita ikut jela... :)  Tema warna pulak, baby blue... taknak laaaaa Pinkkkk. =p tapiiiii barang dulang hantaran tu buat warna ungu. hahahaha. Buat jela apa yang ade...




Ok, berkenaan barang hantaran pulak, kami balas makanan je dulu, nanti masa nikah baru balas barangan. Dia bagi 5 dulang, Wani balas 7 dulang. Dalam adat Melayu, perempuan kena lebih balas hantaran daripada lelaki dan kedua-dua bilangan dulang dalam angka ganjil.


Persiapan gubahan&bunga tangan, Wani buat sendiri. Idea  gubahan pulak, encik tunang yang bagi. huhuhu. Katanya, kalau kat rumah mak, pernah tolong maknya buat gubahan bunga dalam rumah. Bunga gubahan pun dia yang pilihkan. hehehe. Dulang beli sendiri, sebab nak guna balik masa kenduri ,plus boleh buat sewa kat orang lain. hahahaha.=p Kek hantaran, Wani tempah dengan Drasani Cake House. Wani survey juga dengan baking lain, tapi Drasani ni lebih berbaloi bagi Wani.. hehehe. Siapa yang tinggal di Klang & Shah Alam, boleh tempah dengan akak ni. Masa tunang ni, Wani teringin nak makeup, kononlah nak tengok apa jadi dengan muka bila dah kena conteng2 kat muka ni... hahahaha. Wani buat dengan akak Rose Eusoff. Butik di Meru, Klang. Antara makeup artis jugalah... Harga pun berbaloi. Nak sentuhan dari Kak Rose? Boleh hubungi akak ni ye. Cadar pengantin ni pulak, wani beli online je.. sebab kat luar memang mahal dalam lingkungan RM300+, yang online bawah RM100 je, ada warna maroon, cream, white, light purple, brown. Boleh contact akak ni : 018-2532984 atau FB : Anna Jaafar.
 Nasib baiklah planning last minute macamni, tak kalut sangat.. Date pun tak penuh...huhuhu...


Alhamdullilah, selesai.. hihihi =p


Emi & Wani hihihi =p
Baju pulak Wani beli kat GM Klang, situ banyaklah pilihan baju-baju ni.. Boleh la tawar menawar jugak daripada beli online kan? Tudung pulak , Wani memang nak match dengan baju. Taknak buat warna tone. huhuhu. Konon nak style orang lama-lama. hahaha. Tudung memang susah nak cari warna, ikut warna baju. Akhirnya jumpa kat Alam Avenue Pdg Jawa, Shah Alam. Veil pulak beli kat Jakel Shah Alam . Makcik yang pilihkan corak veil tu, kenalah dengan tema tunang. hehehe




Keluarga sebelah mak.

Adik mak & anak sedara Wani



Bab makan & khemah, ayah Wani yang uruskan. Mula-mula nak buat katering je, tapi ada jiran nak buat rewang untuk majlis tunang ni, alhamdullilah ada yang sudi nak gotong royong.. Katanya nak wujudkan style merewang ni... So, ayah prepare barang2 makanan jela.. Siap ada mesyuarat kat rumah lagi sebelum majlis tu..kihkih.. Nanti kalau kenduri akan datang, nak terus buat tradisi rewang je.. inshaAllah... Apa-apa pun hanyalah merancang, Allah yang tentukan....






kawan susah senang wani.. susah nak cari!! hehehe


Lepas tunang ni je, dia dah mula excited nak bincang barang-barang hantaran untuk bawak masa nikah nanti... bincang tarikh kahwin, bincang life lepas kahwin, nak duduk kat mana semua tu... hehehe.. excited lebih dari Wani ni.. Amboiiii. Selalunya perempuan yang excited kan? ni dia pulak.. hihihi. Alhamdullilah Allah anugerahkan lelaki yang memahami macam sekarang ni... =)


Keluarga belah lelaki... malu !!! hahahaha


Alhamdullilah, you made my day, everydayyyy!! hehehe. Doakan yang baik-baik untuk kami ye..InshaAllah... Semoga lepas ni, kita sama-sama kuat, sama-sama bagi semangat antara satu sama lain, ada masalah, sama-sama bawak bincang semeja.. Semuanya kenalah sama-sama. Susah senang pun sama-sama. Kata nak bahagia sama-sama sampai ke Syurga... =) Amin.

P/S: Tiba2 teringat masa mula-mula kenal dulu... Wani tanya, awak ni suami orang ke? Hahahahaha!! 


25 January 2016

Cara bayar PTPTN melalui CIMB Clicks


Assalammualaikum,

Nak share pada semua peminjam-peminjam PTPTN termasuk le Wani kan... hahaha. Cara paling pantas nak bayar. Tak perlu nak sign in akaun PTPTN lagi.... Guna je cimb click. Maybank pun, step yang sama je... Transfer senang.. settel bayar, korang akan dapat emel dari PTPTN. 

Baiklahhhhh... First sekali, pergi ke website cimb click Malaysia ye,




Klik bahagian "PAY", pilih Pay Bills.

Step kedua, tick bahagian Cimb Clicks tu, dan taip PTPTN, dan pilih Bayaran Balik Pinjaman Pendidikan...




Step 3, isi maklumat korang, IC , no tel dan jumlah bayaran balik. Dah tak perlu lagi bagi no surat tawaran, PTPTN detect je guna no.tel korang tu.... (no.tel yang dah ada dlm simpanan PTPTN ye.. Masa mula-mula apply PTPTN tu... Kalau korang suka tukar2 no.tel, tak tahu laaa kan) Dan klik proceed to payment :)



Step akhir, macam biasa, bank akan mintak TAC no korang.. macam tak biasa shopping online kan... dah dapat kod TAC tu, isi dalam ruangan TAC dan submit terus bayaran korang... Siap dah! Korang akan dapat emel yang dah daftar dengan PTPTN.... Sonang je kan... Tak yah dah nak pergi kaunter atau masuk website PTPTN lagi.. huhuhu... Good Luck!! 

12 January 2016

The Tree Top Walk di Sungai Sedim Kedah, Malaysia


Assalammualaikum...


Hari ini baru berkesempatan nak menaip cerita masa Wani bercuti di Kedah. Backpackers lah kononnya. Hahaha. Dah lama tak naik bas express. Sejak 5 tahun dah tak naik bas express ni. Zaman belajar dulu je naik bas dari Shah Alam ke Perlis. Hahaha. Yang jakunnya bas Pancaran Matahari ada plug pulak. hahahaha. Power2..

Oklah, berbalik pada tajuk, Wani teringin sesangat nak cuba jalan jambatan tinggi di Sungai Sedim Kedah. Jambatan besi ni, dianggap tertinggi dunia. Berdekatan dengan Kulim Kedah atau lebih tepat kawasan Air Terjun Bukit Hijau. Wani dengan kawan guna Waze je nak ke sini. Alhamdullilah, selamat sampai... 
Di sini ada jambatan gantung besi sepanjang 950 meter dengan ketinggian 50 meter dari tanah dan dianggap Titian Canopy Terpanjang di Dunia.

Copy the BEST Traders and Make Money : http://bit.ly/fxzulu



Macam biasalah, kalau dah namanya blog, memang blog Wani penuh dengan gambar daripada isi lah... hahaha. Dah macam album kahwin :p Tu namanya nak korang cuci-cuci mata je bila masuk blog Wani.. Wani tahu korang ni liat nak baca... hahaha

Tiket masuk ke sini : Dewasa RM10 , Kanak-kanak RM6





Ada penerangan mengenai The Tree Top Walk Sungai Sedim Kedah ni.. Macamana dibina, dengan apa dibina, mesti fikir kukuh ke tak agaknya ye... seram... hehehe. Tak ramai yang tahu kewujudan tempat ni, so sempena tahun melawat Kedah 2016, apa kata kepada pecinta alam sekitar, moh ler datang sini.. Bukan setakat jambatan unik ni je ada, nak mandi-mandi pun boleh.. Air terjun sejuk macam ais !

















Setiap tempat atas jambatan ni ada checkpoint. Yang gambar ni checkpoint paling tinggi dari aras laut. hahaha. power, tak payah aku daki.


Pening bakal suami aku, kalau camnilah perangai aku. hahahahahahha..




Chalet pun ada kat sini tau! Memang tenang je suasana kat sini dengan bunyi burung hutan & deruan air terjun.. fuyohhh, bahasa aku. hahahaha


Cakkk !!


Kalau korang singgah ke Gunung Kerian Kedah, berdekatan dengan Shahab Alor Setar, Kedah... Bolehlah cuba makan tengahari kat sini.. Gulai 7 Kawah. Macam-macam makanan ada.... meleleh air liuq baq ang.. hahaha



Nak awet muda macam Wani takkkk... Nampak wani macam sweet 20 tahun kan...meh makan ulam meh... hihihi...

Wani kat Kedah selama 3 hari jer, ada masa tu , kitaorang jalan-jalan petang kawasan bandar alor setar ni, tak sempat nak naik menara alor setar, pukul 6 petang dah tutup... hahahaha. Tapi tak silap wani, malam pun buka je...  So, malam tu, kitaorang ronda-rondalah kat sini.... huhuhu...




Masjid Zahir Alor Setar, pembinaan seakan macam Masjid Aceh, Indonesia... Cantikkk!
Mee Bandung Tulang, ada di Jinggo Blues Cafe, berdekatan dengan stadium Alor Setar, Kedah . Arghhh... tiba-tiba lapar... :(



Oklah, rasanya sampai sinilah Wani update cerita di Kedah... huhuhu... InsyaAllah, kita jumpa lagi ye Bum... Jaga diri elok2 na..... Hang kahwin nanti, jangan lupa jemput chek.... hihihi.. Love you.

 

Copyright 2016 © Syazwani Mazlan. Design by Ayu Barbydol