Angel Wing Heart

01 August 2016

Test Baju Pengantin

Assalammualaikum..

Makin lama makin rajin pulak nak update blog.. Nak kumpul semua story menuju perkahwinan & life hakak... cewahhh.. heheheh...

Alhamdullilah, selesai dah bab membooking butik siap full pakej pelamin, baju, makeup & hiasan bilik pengantin. Fuhhh.. Survey semua butik-butik kat FB & IG, Butik Cinta 2 Collection Jalan Kapar je yang berkenan. Pakej masih dalam bajet Wani. Tak terlalu mahal, tak terlalu murah. Sedang-sedang je... Yang penting bilik hiasan pengantin tu.. Tak banyak butik yang buat servis bilik berhias.. huhuhu... Takleh la Wani nak buat semua kerja... Memandangkan Wani anak Sulung jugak... & takde sapa nak tolong, so kena pandai-pandailah berdikari sendiri... Kalau semua pengantin yang buat, mau pengsan Wani.. hahaha. Bab doorgift pulak memang Wani yang akan pack sendiri & cari barang sendiri. So, lebih jimat. Bab makanan, serah kat ayah. Nanti upah katering je siap khemah. Moga-moga berjalan lancar... huhuhu....



Test baju pengantin hari tu dengan tunang... tapi bukan baju ni la.. hahaha... Memula wani memang dah ada dah tema untuk side wani. tapi sebab baju banyak yang xsesuai dengan wani yang comel ni ha...terpaksala ambil warna lain (backup) huhuhu... so, apa yang wani plan memang tak jadilah jawabnya..hehehe.. takpe2.. pasal warna tak jadi hal sangat... baju pun wani takdelah cerewet sgt pun... biasa-biasa sudah... hehehe..  Tapi warna backup tu...memang in betul dgn tunang.. hensem... hahaha.. berkelip2 mata tgk.. hahahha.. (poyo je ayat) =P Supriseee! Tunggu masanya nanti...InsyaAllah =)



Lepas pilih baju & book, kitaorang terus pergi Jusco Bukit Tinggi Klang. Shopping la, apa lagi kan... hehehe... Tunang pun boleh tahan klakar, dia kata hari ni macam orang kaya. hahahha... Amin jela sayang oii.. =P  Nak jumpa Encik Tunang pulak, bukannya senang... Boleh kira dengan jari je berapa kali kitaorang dating... hehehe.. Sebulan sekali pun pernah. Sebagai tunang, kena faham jugak kerja dia macamana.. Kadang-kadang balik pun lewat malam.. Takpelah, nanti boleh rindu lama-lama... hihihi =P


Tenkiu sayang! hehehehe =P
Rasa macam kejap je masa berlalu... lagi berapa bulan je ni.. Bln 10 nanti, banyak lagi benda nak settel down. Yang penting bukan tahun ni la nak kahwinnya.. hehehe... Kad Kahwin dah siap design sendiri. Tunggu side tunang punya info je nak masukkan.. Pasal kad ni, Wani tak dapat nak bagi by hand untuk semua kawan-kawan Wani ye... Maaf sangat2... kena pos juga ye... Memandangkan Wani pun sgtlah jauh dengan kawan yang lain, terpaksala kita pos je.. lebih menyenangkan dua pihak =) Nanti Wani akan minta alamat masing-masing. Tunggu jela masanya nanti.. hehehe... InshaAllah...
Oh ye, ni pulak gambar penutup Raya lah kononnya. hihihi.. Masa ni ada open house rumah kawan sekolah menengah, Cik Sofia... hihihi.. Sedap sangat Sup mak dia buat tauuu.. Terima Kasih sebab jamu kitaorang semua makan.. Yang dapat jumpa, ini jela.... huhuhu.. Selamat Hari Raya korang!

 Cik Sofia yang hujung sekali tu.. tapi dah bertunang juga yer... hehehe... yang dua orang tengah2 tu bini orang weh... haip... heheheh... Sorang dah preggy.. lagi sorang masih dalam pengantin baru, doa-doa nanti, boleh dapat baby mcm yang lain.. InsyaAllah... =)

Alhamdullilah, betul la Allah dah cakap, kita kalau nak kahwin, InshaAllah dimudahkan... Rezeki pun datang tak sangka-sangka.. Rezeki bukan pasal duit je tau.. ingat tu. Jangan mata duitan sgt. hehehe..Ok, tak sabar nak kahwin! hehehe... Harap-harap tunang Wani jaga wani elok2 eh. hehehe... & Wani pun akan jaga tunang Wani elok-elok jugak.. hehehe.. Tunang pun banyak ckp psl life lepas kahwin. Kalau gaduh ke, dugaan ke, kenalah sabar. Hati kena kuat, banyak lagi kita nak tempuh sama-sama.. InshaAllah, biy. =) Kalau syg tak kuat, syg nangis je.. huhuhuhu... 




Sayang sampai Bulan! =p

P/S: Ada masa, inshaAllah boleh update lagi... Macam dah makin sibuk pulak skg ni.. =(  huhuhu... Take care uols!

27 July 2016

Cara pengeluaran KWSP untuk pembayaran PTPTN


Assalammualaikum....


Hari ni nak cerita pasal pengeluaran KWSP melalui Akaun 2 untuk Pendidikan. Bukan untuk Enjoy ok. hahaha. Sekarang lagi mudah nak keluarkan berbanding tahun-tahun sebelum ni... Tak perlu dah nak dokumen perjanjian semua tu lagi... Tak perlu dah  bayar RM90 kalau dokumen tu takde.... FREE JE... Bayar Hutang je TAK FREE.. HAHAHA!
Kali ni servis tiptop... terbaiklah PTPTN Shah Alam. hahahaha.

Wani ceritakan step mudah untuk bayar :

  1. Pastikan Akaun 2 KWSP korang ada duit la ye. hehehe. (boleh semak dengan KWSP / i-akaun KWSP)
  2. Ini Penting : WAJIB ada i-akaun KWSP okay. Kalau tak, macamana nak buat sistem online. Untuk aktifkan i-akaun KWSP ni, boleh pergi cawangan KWSP ataupun call : 03-8922 6000. Wani call je. Lagi mudahkan. Apa tu i-akaun ? Boleh baca sini : http://www.kwsp.gov.my/portal/ms/member/faq/i-akaun 
  3. Pergi Kaunter PTPTN terdekat. Ambil borang Pembiayaan melalui KWSP & ambil No.giliran. (Pastikan bawa salinan & sijil asal belajar , transkrip & IC)
  4. Lepas no dipanggil tu, Pegawai akan uruskan. Dia akan tanya, berapa jumlah yang korang nak keluarkan dari KWSP. 
  5. Dah settel bahagian PTPTN, tunggu pulak dalam seminggu panggilan dari KWSP pulak. Korang akan dapat SMS ini :



    (Dokumen wajib bawa salinan & sijil asal belajar , transkrip & IC)

    6) Alhamdullilah, selesai dah kan.... huhuhu



    Borang Penamaan atas tu, Wani ambil sendiri... Nak letak penama waris Wani... huhuhu.. Boleh 6 orang jadi penama... Ikut kita nak letak berapa % penama tu dapat...

    Ok, semoga bermanfaat! Bye2....



 

Copyright 2016 © Syazwani Mazlan. Design by Ayu Barbydol