Angel Wing Heart

23 October 2013

Tarikh sebenar Pembentangan Bajet 2014


Assalammualaikum...

Sudahkah anda mengetahui tarikh pembentangan Bajet 2014 oleh Perdana Menteri Malaysia kita,
Dato' Sri Haji Mohammad Najib bin Tun Haji Abdul Razak ? Kalau belum, tarikh sebenar untuk pembentangan Bajet 2014 ini adalah pada hari Jumaat 25 Oktober 2013.

Pada bulan lepas, pihak kerajaan telah membuat satu website khas untuk rakyat mengutarakan cadangan mereka bagi bajet 2014 ini. Boleh lihat di sini - Klik ini Pelbagai cadangan yang diutarakan oleh rakyat Malaysia yang telah dikategorikan dengan beberapa bahagian seperti gambar di bawah ini.






Sama-sama kita ikuti pembentangan Bajet 2014 pada Jumaat ini.. Jangan lupa download/muat turun sekali Bajet 2014 itu nanti ye. Apa agaknya yang terbaik diberikan untuk Bajet 2014 ini?

P/S: Untuk makluman bloggers dan readers semua, BRIM 2.0 sudah tutup. Untuk Bajet 2014 ini, kita nantikan sama ada disenaraikan ataupun tidak.. InsyaAllah akan di up to date dari semasa ke semasa...

16 October 2013

Apa itu imotiv?

Assalammualaikum....

Apa itu imotiv? Korang perasan tak kalau singgah mana-mana blog lain, ada ruang komen dari imotiv ini? Ha... Nak letak dalam blog pun boleh. Tapi terhad untuk pengguna imotiv je la... Bagi aku, komen imotiv tak sesuai untuk letak dalam blog.. Hide kan jela ye... Sebab bukan semua pengguna blogger yang sign up imotiv...

Ok, imotiv ini sesuai untuk golongan yang mempunyai smartphone, tablet, dll... Senang nak membaca blog orang.. tak payah nak zoom blog lagi dah... :) Imotiv ni juga boleh follow, like, comment apa sahaja yang diaorang post... mudahkan? So, nak tunggu orang kat kaki jalan ke, bus stop ke, bosan tunggu boleh buka application imotiv ni.. Imotiv ni lebih kurang macam google+ la....


Yuhuuu... siapa dah ada akaun nuffnang, tak perlulah sign up lagi ye... guna je password nuffnang korang tu.. Mudahkan? Kalau siapa takde lagi, boleh je sign up secara manual ni.. Kalau tak rajin, sign up je dari Facebook atau twitter je.. Memudahkan lagi untuk korang sign up...


Oh, ye... kepada yang bukan bloggers, jangan risau... Korang pun boleh download apps imotiv ini di handphone masing-masing ye... So, kalau nak baca blog orang yang best-best, blogshop ke... boleh follow sesuka hatimu... like, komen suka hati.. tapi adab kena jaga jugalah ye...Kang marah tuan blog..hehehehe..

Bawah ni, contoh view dari smartphone....





See? Mudah sangat nak baca kan?

Dunia semakin canggih, semakin menyenangkan kerja manusia.. Tapi ingat, guna tu biar bertempat dan jangan salahgunakan... :) Jom, follow aku di Imotiv apps... Nanti i will follow uols back! :) Salam kenal dari pengguna baru Imotiv :)







15 October 2013

Bersiar-siar di Bandaraya Bersejarah Melaka



Harga tiket Zoo Melaka
Dewasa : RM15 (IC)
Kanak-kanak: RM6


Assalammualaikum....

Yihaaaaaaaaaa! Dapat jugak jalan ke Zoo Melaka! Walaupun zaman kecil dah banyak kali keluar masuk, tapi tetap nak tengok jugak banyak kali.. hehehehe. Memandangkan KL dengan Melaka tak jauh mana, So kitaorang pergi sehari suntuk je... hehehe..


Kat luar zoo Melaka ni, korang boleh beli macam-macam cenderahati.. So tak payah risau nak beli kat mana.. Kalau dalam ruang legar zoo mahal sikit.. sini harga best-best.. hehehe


Si Tapir kerjanya tidurrrrrr... ZzzZZz!
Ala, lupa nama apa binatang ni.. Rasa macam watak madagascar tu.. hehehe
Yeay! Bergambar dengan boyfriend !! :p

I not sure, burung kakak tua ni diikat tali dikaki ke tidak.. tengok dekat-dekat macam tak ikat...


Ada kuda padi laaaaaaaa....

kura-kura berderet nak jumpa I , uolss... Hahahaha!

Kat melaka ni ada Muzium Kapal Selam tau! Tapi sayang, tak dapat masuk sebab dah tutup...
Pukul 6 ptg dah tutup dah... Muzium ni kat Pantai Klebang

Yang ni je tempat yang aku sempat singgah.. Yang lain aku pernah jalan dah.. kuang2...

P/S: Mood menaip tak sampai ke hati.. Apa-apa pun harap dapat info terbaru di sini ^_^

30 September 2013

Cara bayar pinjaman PTPTN melalui online


Assalammualaikum....

Siapa yang berhutang dengan PTPTN , angkat tangan!! hahahaha. Ok, uols, aku nak beritahu korang cara nak bayar PTPTN melalui online. Tak payah susah pergi kaunter pejabat pos untuk bayar PTPTN. Ada banyak cara nak membayar PTPTN ni, setiap caranya ada caj sedikit. Ada yang tak bercaj.
*SILA KLIK GAMBAR UNTUK LIHAT*


Pelbagai kaedah untuk membayar beserta kos caj


Buka laman web PTPTN untuk langkah pertama pembayaran. Pastikan ada printer ye.. Senang nak print out resit pembayaran hutang PTPTN. Kemudian, pergi ke menu bawah sekali, klik 'Semakan Penyata & Pembayaran balik'.


Masukkan no kad pengenalan *tidak perlu dash (-)* dan klik 'Semak' . Kemudian, klik ' Penyata Kira-kira Pembiayaian Ujrah'


Anda akan ke link Log Masuk . Masukkan no kad pengenalan dan kata laluan . Kalau takde, sila buat ye. Kemudian klik 'Log Masuk'


Sampai ke menu utama di sini. Step seterusnya, Klik 'Penyata Baki' dan klik 'Bayaran balik melalui FPX'

Masukkan amaun yang nak dibayar berapa. Tak kesahlah nak bayar RM50 ke, RM200 ke, ikutlah kemampuan masing-masing janji bayar setiap bulan... Then klik 'Bayar'.



Teruskan jika tiada apa-apa masalah...

Pilih bank mana yang nak transfer duit ke PTPTN... Masukkan emel anda, dan klik 'Agree & continue'

Last sekali, klik 'Pay' untuk setuju... Jangan lupa print ye! Harap dapat membantu korang semua...

P/S: Nak pesan ni pada yang nak masuk belajar U ke, Kolej ke... Janganlah ambil pinjaman PTPTN dulu ye.. Mohon biasiswa dari Mara atau Yayasan dulu.. Kalau tak dapat, barulah buat pinjaman PTPTN ni... Al maklumlah, bunganya tetap ado.... Kita bayar jela... bab bunga tu, diaorang jawab je kat akhirat.. hehehe. janji dah bayar hutang... InsyaAllah..

29 September 2013

Santai petang di Pantai Morib

Assalammualaikum...

Sebenarnya dah lama tak jumpa kawan aku yang seorang ni (izzati), sebab dia dah kahwin, so ikut suami dia di Kelantan. Alang-alang dah ada kat sini, aku pun ajaklah jumpa walaupun sekejap je kan...  kitaorang plan nak pergi Pantai Morib dan Bukit Jugra di Banting. Tapi apakan daya kuuuu, terpaksa tunda masa sekejap. Uwaaa. Dekat petang jugaklah baru nak pergi.. dengan jammed nya lagi... Pukul 5 gerak dari rumah Izzati my BFF masa sekolah menengah dulu tp still la aku anggap dia BFF aku lagi. hikhokhik.  Kitaorang tak dapatlah nak singgah Bukit Jugra walaupun aku nampak je signboard Bukit Jugra tengah jejoget tepi jalan. wakakakak.
Gambar kiri bawah, Dila , Izzati & aku

Jangan tak sangka uols, dulu Pantai Morib ni sunyi sepi je. Sekarang dah macam PD dah. muahahaha. Banyak jugaklah perubahan yang ado dekat sini. Jualan mcm-mcm, of coz la budak-budak kecil yang suka membelikan. jejaga.. hahahaha. Yang paling aku tak sangka, rupanya sini boleh mandi yek.. bukan pantai morib ni tak boleh mandi ke? sebab laut berlumpur?? setahu aku la... Tapi memang aku nampak lah ada orang mandi di pantai ni. Kalau nak mandi, kena pergi sebelah kanan Morib. Kalau nampak orang tengah mandi, ha, situlah port sesuai sebab boleh pijak pasir. kikiki.



Banyak jugakla perubahan kat sini.. ada taman permainan, info , main layang-layang pun best kat sini. kedai makan pun banyak. Cerita pasal kedai makan, ada satu kedai ni memang jual kerang je. Janganlah beli kerang situ. Memang tak best. Kerang tak fresh, busuk. Sampai lalat-lalat datang. Harga pun tak berbaloi dengan persekitaran yang dekat dengan pantai ni. Harga sepinggan RM5, tapi kerangnya macam harga RM3 je... :(




Nak ke Morib ni, ambil masa sejam je dari Klang ke sini. Kalau nak pergi PD ikut jalan lama ni pun boleh... Tapi jauh sikit la... P/S: Semoga persahabatan kitaorang berkekalan sepanjang hayat. Walaupun akan datang dah ada yang kahwin ke, still boleh keluar sesama. InsyaAllah. Amin..

28 September 2013

Temuduga SPA : Penerbit Rancangan Gred B41

Assalammualaikum..

Rasanya dah lama aku tak update blog. hehehehe. Takde masa dan idea nak menaip. So, malam ni nak sharing dengan korang mengenai Temuduga SPA Penerbit Rancangan Gred B41. Alhamdullilah, SPA tawarkan lagi untuk menghadiri peperiksaan pula. Setahu aku, selepas exam SPA , jika lulus, pihak SPA akan panggil untuk menghadiri temuduga bersama pegawainya pula. Sebelum ini, aku pernah menghadiri temuduga SPA jawatan Penolong Pegawai Pentadbir N27. Klik SINI

Untuk pengetahuan semua, peperiksaan ini terbahagi kepada 2. Iaitu UJIAN AMALI dan PEPERIKSAAN BERTULIS. Wahhh. lama dah aku tak belajar ni. Ada exam pula ye... hehehe. Ujian amali terbahagi dua bahagian iaitu suara dan penyampaian. So, kena test suara la.. Ala-ala suara serak basah garang-garang skema boleh la cuba ye.. Kemudian peperiksaan bertulis pula terbahagi kepada tiga bahagian iaitu Pengetahuan AM , karangan dan terjemahan.




Ujian Amali


Peperiksaan Bertulis

Kawan-kawan seperjuangan aku ada yang dah pergi. Untuk bab ujian amali ni, dia akan bagi teks. Untuk teks bahasa Inggeris pula, dia minta kita terjemahkan sendiri (masa diberi) dan baca la teks tu sorang-sorang dihadapan pegawai. Jangan gugup, yakin pada diri. Oh, ye untuk temuduga SPA ini, aku tak pergi. hehehehe. Walaupun bos aku cakap, (ini bos lain pulak, banyak sangat bos dalam opis. hahaha) pergila.. rugi tak pergi. Tapi takpe, aku taknak sebab nak korek ilmu kerja di tempat lain pulak nanti. Kumpul dulu... Lama-lama nanti, siapa tahu tuah manusia kan? Kalau tak pergi, jangan risau nama anda tidak akan disenarai hitamkan.

P/S: Bos aku cakap, kalau pergi mana-mana interview , jangan berharap untuk dapatkan pekerjaan tu.. Biarlah kita bersahaja, santai, suka-suka dengan erti kata lain, saja je nak timba pengalaman interview...... Mana tahu, ada rezeki... Kalau takde rezeki, takde la kita frust. Ye dak? :) ALL THE BEST!

16 September 2013

T-SHIRT I ❤ BLOGGING GIVEAWAY



Bermula 16 September - 23 September 2013
Klik Banner di atas untuk sertai!

06 September 2013

Suarakan cadangan anda melalui #Bajet2014




Assalammualaikum.

Entri pantas untuk hari ini. Jom suarakan cadangan / idea anda untuk Bajet 2014! Terdapat banyak kategori yang disediakan untuk mengetengahkan cadangan anda. Tarikh tutup adalah pada hari AHAD - 8 September 2013 . Menurut laporan, Bajet 2014 akan dibentangkan pada 25 Oktober 2013 bersamaan hari Jumaat. Suarakan cadangan anda sekarang! KLIK SINI



Sama-sama kita nantikan pembentangan Bajet 2014, harapan agar cadangan rakyat dipertimbangkan. Psssttt! Aku pun sudah menghantar cadangan untuk Bajet 2014. hehehehehe.

11 August 2013

Tiada istilah warna tema baju Raya kena sama!

Assalammualaikum..

Alhamdulillah, balik dari kampung dapat juga aku update blog petang-petang berangin camni. mihmihmih. You alls ada kat kampung lagi ke? Ke tengah stuck dalam jammed menuju destinasi masing-masing? Rilek brother , sister. Rileks. Biasalah kalau cuti perayaan, semua warga Kota, *kotalah sangat kan* berpusu-pusu balik kampung. Yang suka balik kampung, oklah. Yang tak suka balik kampung macam aku ni, *its okey je pun, buat-buat suka. gitu.* hahahaha.



Sempatlah aku snap beberapa gambar untuk tatapan readers semua. Sorrylah, gambar tak banyak pun. Sebab aku dah malas. HAHAHAHA. Baju aku beli sepasang je. Lagipun aku tak suka membazir, kang pakai sekali sekala jugak. Jimat okey, jimat. Jangan ikut nafsuuuu sangat. Tahun ni, takde pakai baju tema warna nak sama pun. Adat je nak pakai sama. Family aku rileks je pakai baju color lain-lain. kahkahkah. Tunggulah aku dah ada family sendiri, bolehlah nak ikut tema. Tema la sangat kan. Im so simple. Tak ikut pun takpe, nak ikut pun takde hal. muehehehe.

Atok dan Ayah

 siamas. Cermin lama ni

 Adik kedua yang debab dan adik sepupu ala-ala Bruno Mars

 Adik bongsu , adik sepupu , aku

with makciks , sebelah yang dok landing baik punya tu, uwo aku (nenek) . Uwo dalam bahasa orang Kampar. Bukan Jawooo. hiks.

 dengan adik sepupu, Alisya yang tak suka senyum. haih

 Kembar dalam mimpi. Baju ni aku rasa dah patut bagi kat bakal adik ipar aku sebab dah tak muat. wakaka . Padat mcm buluh. haih.

 Nak duit raya... *muka kosong,kosong,kosong*

That's all for today. Tak banyak idea mencurah waktu-waktu begini. So, Akhir kata, aku nak mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri buat para bloggers dan silent readers sekelian. Maaf jika ada tersilap dan salah. Selamat bekerja esok! *esok aku mood cuti lagi* yeay! Take Care. bye. Peace dari adik Alisya. Muaah! hiks.

 

Copyright 2016 © Syazwani Mazlan. Design by Ayu Barbydol