Angel Wing Heart

05 April 2015

Selamat bertunang sahabatku, bercinta dari sekolah!



Assalammualaikum
Akhirnya, dah bertunang sahabatku dari sekolah menengah , Wani kenal kawan Wani Noradilah ni masa tingkatan 4 tahun 2007. Alhamdullilah, pada 4.4.2015 Sabtu adalah hari yang paling bahagia buat sahabatku ini. Muka ceria je.. hati pun mesti dah berbunga-bunga. Lepas ni kenalah jaga adab, sopan santun gitu. Takde dahlah nak meronggeng macam dulu-dulu lagi dengan Wani. hehehe.. Bakal Puan , jaga elok-elok pasangan ye.

Diaorang ni bercinta sejak sekolah menengah dari tingkatan 3 lagi tu... dari satu sekolah yang sama dengan Wani juga.hehehe. Lama tau. Tahniah, finally bertunang juga korang berdua ni. Memang dah jodoh...




So... apa perasaan selepas tunang ye? Kawan-kawan Wani semua dah melangkah ke alam pertunangan mahupun perkahwinan. Wani je masih solo lagi.. hahaha... Biasalah anak sulung macam Wani ni banyak lagi tanggungjawab nak kena pikul walaupun masih lagi belum tertunai impian dan cita-cita Wani. Masih jauh lagi perjalanan hidup ni.. Jodoh Wani belum lagi sampai...

 Bakal bergelar Puan dalam gambar ni kecuali Wani.. hohoho... Tahniah korang, jadilah isteri Solehah dan menjalankan tanggungjawab pada rumah tangga dengan baik nanti...


AFIQ & NORADILAH
Kek ni pulak Wani sponsor untuk kawan wani ni... Tak seberapa sangat pemberianku tapi harap suka la ye... Wani tempah kek ni dengan Kak Sarah.. Minta je deko nak macamana, beliau memang kreatif dan boleh buatkan apa yang kita nak.. Puas hati sangat! Harga pun berbaloi. Boleh follow instagram akak ni (klik SINI)
 Hantaran dari pihak lelaki untuk pihak perempuan

Perasaan sebagai kawan , secara jujurnya Wani rasa gembira tengok kawan dah bahagia dengan kehidupan masing-masing. Wani pun akan kurangkan aktiviti dengan kawan-kawan lain. Bagi ruang untuk diaorang berbahagia dengan tunangan dan suami masing-masing. kena praktis tuuu.. Yela, dah kahwin nanti, mana boleh keluar sana sini, lepak sana sini lagi kan.. hahaha.. Ada juga la rasa sedih sikit.. hehe.. tapi takpelah, masa tetap berjalan... Cepat je masa berlalu... Mana tahu tak ikat tunang lama, dah kahwin dah... Jangan lupa pos atau bagi kad kahwin ye... Selamat menempuh alam baru... Jaga diri selalu, jaga tunang baik-baik and be happy... =)
Maknanya, doa untuk kawan Wani dah makbul la kan? Bahagia juga akhirnya.. InsyaAllah... be a good girl..  terima kasih untuk persahabatan yang terjalin...

03 March 2015

REVIEW: Masker Ajaib By Ibu Ranggi pelbagai guna



Assalammualaikum

Wani nak kongsi satu produk khas untuk anak dara dan mak-mak dara. hehehe. serbuk MASKER AJAIB BY IBU RANGGI pelbagai guna. Jangan risau tiada bahan kimia malahan diperbuat daripada herba-herba terpilih!


Masker Ajaib by Ibu Ranggi adalah halal, diperbuat oleh orang Islam dan kebersihannya terjamin. 100% herba tradisional yang mempunyai khasiat yang tinggi. Salah satunya menggunakan serbuk manjakani GRED A. Ibu Ranggi tidak campur dengan pengawet pewarna, atau apa-apa bahan terlarang. Tidak mnggunakan unsure-unsur syirik, khurafat ataupun mistik. Telah diamalkan sejak berkurun lamanya oleh datuk nenek hingga kini… dikomersialkan untuk manfaat bersama.. dan syarikat berdaftar di SSM = 002402621-X

PERSEDIAAN TRADISIONAL


Dalam herba semulajadi ciptaan Allah ini mengandungi 1001 rahsia yang mampu membantu seperti:


  • Antioksida melambatkan proses penuaan sel
  • Astrigen berupaya membasmi bacteria dan kuman yang mencetuskan bau kurang enak pada miss V
  • Astrigen berupaya menyerap lender dan lelehan miss V
  • Astrigen dikatakan berupaya mengecutkan semula tisu-tisu di dalam miss V terutamanya selepas bersalin
  • Astrigen boleh mencantikkan kulit dan mencegah jerawat
  • Antioksida mampu mencegah barah payudara dan rahim
  • Tannin mampu menegangkan semula otot-otot dalam miss V dan sekaligus merapatkan yang longgar, lemah dan kendur
  • Asid Galik mengatasi kencing manis dan lelah
  • Mempunyai sifat menegangkan kembali otot-otot maka amalan meminum dapat memperbaiki payudara yang hilang kekenyalannya.



KULIT BERJERAWAT ATAU GATAL-GATAL?


Dengan menggunakan produk ini, jerawat cepat kecut!



CARA GUNA:
1- Cuci muka
2- Celup serbuk dan sapu serbuk tersebut di muka dalam keadaan basah (seperti memakai bedak sejuk)
3- Biarkan selama 30 minit atau sehingga kering dan bilas (seeloknya biarkan semalaman)


SAPU DI MUKA SEPERTI BUAT BEDAK SEJUK


Muka tegang, jerawat pun tak berani check in tau! hehehe

BOLEH JUGA DIGUNAKAN SEBAGAI MASKER MUKA DAN BADAN

CARA GUNA:
1- Cuci muka
2- Tampal di muka seperti masker setiap malam
3- Hasilnya muka akan tegang dan kedutan pun hilang

#Lulurkan di muka dan badan akan mencerahkan tempat bermasalah seperti celah peha, ketiak, dan leher
#Penggunaan yang kerap boleh menegang dan mengawet muda muka

DIGUNAKAN KETIKA BERPANTANG
1-Boleh sapu masker ajaib by ibu ranggi pada luka bersalin secara normal, luka cepat kecut
2- Dalam pantang, digalakkan minum air Masker Ajaib by Ibu Ranggi

MASALAH BUASIR?


CARA GUNA:

1-Cuci tempat buasir (lalukan air suam + garam)
2- Sapu tempat buasir sehingga kecut, nak lebih berkesan, ambil sedikit hujung sudu kecil kacau dalam air suam dan minum.. AMALKAN

KETIAK HITAM

CARA GUNA:

1-Sental dengan masker ajaib by ibu ranggi, InsyaAllah dengan izin-Nya sel kulit mati tertanggal, licin je rasa ketiak
2- Sekiranya diamalkan daki akan hilang, kulit makin licin dan mencerahkan tempat yang bermasalah
3- Bau badan tiada lagi



MASALAH MISS V

Masalah keputihan?? Air banyak/becak.. LONGGAR..En. Abang bising tak power mcm dulu...3 minit jer KETAT SENDAT macam anak DARA



CARA GUNA:


1.Cuci bersih miss V.
2.Hujung jari basahkan
3.Celup dalam paket Masker ajaib nie
4.Oleskan di dalam Miss V..
InsyaAllah...

yang LONGGAR makin KETAT,
KEPUTIHAN hilang
    #berketul2 keputihan keluar sebab ia berfungsi untuk serap keputihan
Becak/banyak air pun kurang..
BAU pun HILANG..En. Abang makin sayang...hihi.



Khasiatnya yang diperolehi:
  • Permukaan faraj akan menjadi tegang dan halus
  • Lubang faraj akan menjadi rapat dan tertutup
  • Bibir faraj yang mengeleber akibat melahirkan anak akan menjadi rapat kembali dan tegang
  • Penggunaan yang berterusan dan kerap akan mengembalikan warna pink sebenar di permukaan miss V
  • Area sensitif miss V akan kembali membukit tegang dan akan meningkatkan kemahuan
  • Tempat miss V tu kalau disental lembut setiap hari akan menjadi cerah n pinkish

Ha.... tunggu apa lagi, cepat-cepat beli. Harga hanya RM20.00 sahaja! Tapi boleh guna lama! Nak baca testimoni pelanggan kakak ni? nak beli? boleh hubungi di bawah ini ye...




FACEBOOK : IBU RANGGI
INSTAGRAM : nurul_iburanggi
BLOG : IBU RANGGI
NO. TEL : 013-2915 956 / 012-5624 346 (whatapps)



22 February 2015

Resepi Cheesekut Mudah


Assalammualaikum...

Petang-petang ni nak kongsi satu resepi mudah untuk jadi kudap kudapan masa tengah menonton tv lewat malam ke, minum petang ke kan... Senang aje, tak perlu nak bakar kek. Tak perlu guna tepung. Makan pun dah rasa macam kek secret recepi uols. hahahaha. Gempak sangat.... Meh, nak kongsi resepi Cheesekut paling mudah nak buat!

Ok, apa yang perlu korang sediakan bahannya adalah seperti berikut :


BAHAN-BAHAN CHEESEKUT :
  •  1/2 tin susu pekat
  • 1 Pek Nestum
  •  1/2 Susu Full Cream Dutch Lady
  • 1 pek Cream Cheese jenama FATURA
  • 1 Pek Biskut Hup Seng Deluxe Crackers (bukan biskut kosong tu tau!)
  • Serbuk koko (untuk topping bahagian atas sekali boleh tabur oreo ke, hirisan cheese ke, straberi ke, ikut kreativiti dan cita rasa ye)
  • Cips coklat

Langkah pertama , keluarkan mixer korang , atau nak guna blend pun boleh. hahaha. Masukkan 1 bungkus cream cheese, kisar sampai kembang. Kemudian, langkah kedua , masukkan susu pekat setengah tin, kisarkan sampai kembang dan cair... jangan satu tin, nanti manis pulak.. ni adalah bahan untuk layerkan cheesekut ye..


cream cheese yang dikisar bersama susu pekat

Langkah ketiga, celupkan biskut hup seng ke dalam susu full cream ducth lady. Jangan sampai lembik sangat nanti patah biskut tu. hehehe. Kemudian susunkan atas loyang ataupun bekas tappuware.


celupkan biskut hup seng bersama susu dutch lady ini

Langkah keempat, susun biskut terus dan sapukan dengan cream cheese yang sudah dikisar pada langkah pertama tadi tu..


Langkah kelima, taburkan dengan nestum atau nak ubah selera boleh tabur dengan oreo juga...

Ulang langkah yang sama dari langkah pertama tadi, celup biskut dengan susu dutch lady, susun biskut, sapukan dengan cream cheese dan tabur nestum sehingga habis biskut hup seng tersebut atau ikut berapa penuh korang inginkan.

Langkah keenam, taburkan di atas sekali untuk topping dengan serbuk koko, chip coklat atau nak ubah topping dengan hirisan cheese ke, stroberi ke, oreo ke, kramel ke, ikutlah selera korang sendiri ok!

 Akhir sekali, masukkan cheesekut lazat korang dalam peti sejuk selama 6 jam. Letak kat bahagian bawah je, kalau bahagian frezer nanti beku pulak. hehehehe.

 

Yeayyyy! siap dah cheesekut seksi kita ni.. waduhhhh, terliur ni ha.... tak sabar nak habiskan satu loyang. hahahahaha!



SELAMAT MENCUBA uols!!




17 February 2015

Percutian ke Bukit Gambang Resort City di Pahang

Assalammualaikum

Haaaaaiiiiiiiiiiiii...... wah lama dah wani tak update blog ni.. Mesti ternanti-nanti entri wani yang seterusnya kalau lain tak bukan bab bercuti.. Kalau bukan bab bercuti, mesti entri mengenai makan je yang you all nak baca sangat kan kan? hehehee. Ok, wani takkan menghampakan korang semua sebab bulan ni wani ada cerita best nak kongsi dengan korang... satu tempat bercuti yang wajib pergi untuk tahun 2015 ini! Terutama sekali yang dah berkeluarga serta ada anak-anak kecil. Confirm! anak-anak korang suka dan have fun sangat kat tempat ni tau!



Yeayyyyyyyyyy!! tengok gerbang Bukit Gambang Resort City ni pun dah teruja sangat kan... Macam duduk kat alam fantasi pulak... Ala-ala Istana gituuuu... Bestnyaaaaaa! Wani bergerak dari rumah ke sini mengambil masa selama 4 jam! Ala.... wani pergi sini naik kereta je... kalau naik jet 1 minit dah sampai.. hahaha, nampak sangat menipunya yeee...




Kat sini, wani sekeluarga memilih hotel Arabian Bay Resort. Di sini terdapat dua jenis hotel iaitu Arabian dan juga Caribbean Bay Suites.

Ini lobi Hotel Arabian Bay. Masa ni sunyi sebab wani pergi waktu tidak pack. Sampai lobi, jangan lupa tanya aktiviti show apa yang menarik untuk hari ini dan seterusnya. Jom cuci-cuci mata pemandangan sekitar Hotel Arabian ni..


Kolam renang berkonsepkan pantai... rasa nak terjun sekarang kan?


kedai serbaneka


Ruang pengiklanan aktiviti lasak di sini.. Selain waterpark dan safari park, yang tak suka tempat macam tu, korang boleh join aktiviti lasak seperti ini. so, kat sana korang tak akan bosan. hehehe




Kedai Cenderahati




Jom kita tengok gambar sekitar dalam bilik hotel.. Wani sekeluarga memilih bilik family deluxe untuk 4 orang. Maknanya ada dua bilik tersedia dengan katil yang besar. hehehe. setiap bilik ada tv dan bilik air. Ada ruang tamu dan juga pantry.





Petang itu juga, wani sekeluarga pergi ke Safari Park Bukit Gambang... Pertama kali mencuba untuk naik guna trem yang disediakan. Tiada bayaran dikenakan. Trem ini akan bawa kita ke lokasi Safari Park dan Waterpark. So, kami masuk Safari Park dululah. hehehe



ok, masuk dan beli tiket dulu di kuanter ye.. masa ni tak ramai orang sebab bukan musim cuti sekolah.. walaupun tak ramai, tapi aktiviti/show di dalam ini tetap berjalan dengan lancar.. cuma takde lah nak bersesak-sesak. hehehe


antara aktiviti dan show yang menarik di Safari Park ini..



mana satu nak pergi dulu ni.... confuse kejap.. hehehe.. ok, safari park dibuka sampai 9.30 malam.. kalau nak balik hotel dulu lepas tu malam nak masuk balik pun boleh, janji gelang yang korang pakai kat tangan tu, jangan ditanggalkan ye... Macam-macam ada dalam safari park ni.. rumah kampung pun ada tau... dapat la merasa suasana kampung macamana ye tak... hehehe






kat sini pulak tempat petunjukan burung. memang best sangat dan teruja tengok aksi-aksi burung dalam safari ni.. cerdik macam tak percaya. hahahaa


adik wani sukarela jadi model burung ni. hahaha.. jinak je.. dari pentas sampai ke tangan adik wani ni... kagum kejap. hehehe


lepas tu, kami ronda-ronda tengok binatang liar secara live dari dalam trem ni.. dah macam dalam filem jurrasic park pulak. hehehe. nampak tak ada singa kat luar tu.. seram mak!


sebelah malam pulak, kami pergi masuk semula ke safari park ni... nak tengok teater tarzan... best tauuuu...



sempat bagi anak gajah makan, rasa nak bawak balik seekor. heheheh
keesokan paginya, kami sekeluarga jalan-jalan dulu di bandar kuantan. Sempat la singgah pantai Teluk Cempedak ni... tapi sini rasanya tak boleh mandi sebab ombak besar dan menarik ke laut...





Petangnya, kami terus ke waterpark!! hahahaha. memang best main air, meluncur sana sini.. paling ngeri naik gelongsor air tu... menjerit makkk.... hehehe


Tak sangka tengok luar sunyi je.. masuk dalam... pehhh ramainya orang !! boleh agak ada pelajar yang belajar di Pahang pun masuk sini untuk hilangkan stress! hehehe. so, kenalah beratur kalau nak naik gelongsor. hahaha.

ok, balik mandi, muka pun dah jadi macam mak jemah. tapi memang best woiiii. rugilah tak cuba datang sini...



Wani menginap kat sini selama 3 hari 2 malam. kalau 2 hari je mana cukup... tak puas nanti.. takut tak sempat hehehe.. kalau korang berminat, korang boleh hubungi pihak hotel untuk menginap dan bertanya harga.... hehehehe...

WEBSITE : BUKIT GAMBANG RESORT CITY - SINI
HUBUNGI : +609-548 8000
ALAMAT :
Bukit Gambang Resort City
26300 Gambang
Pahang Darul Makmur

Balik daripada hotel, kami singgah gerai durian tepi jalan menghala ke perhentian sempah. sedapnya makan durian.... baru nak naik musim. hehehe. ok, semoga entri ini bermanfaat untuk semua. dan.... selamat bercuti ye!
 

Copyright 2016 © Syazwani Mazlan. Design by Ayu Barbydol