Angel Wing Heart

14 May 2011

Simbah Asid menjadi-jadi. Kes 24 orang wanita sudah menjadi mangsa. Apa yang sedang berlaku ni?

Fakta yang perlu  ketahui mengenai kes disimbah asid yang makin berleluasa berlaku di Kuala Lumpur sekarang
  • Dalam tempoh dua hari lalu, empat laporan polis diterima membabitkan lima orang mangsa. Seorang daripada mereka berketurunan India.
  • Seorang wanita kakitangan Perbadanan Kemajuan Kraftangan Malaysia dan anak perempuannya yang berusia setahun cedera di muka setelah disimbah asid di hadapan rumah mereka di Persiaran Titiwangsa .
  • Sebelum itu, dua wanita berusia lingkungan 20-an yang sedang berjalan kaki di Jalan Pudu Lama turut disimbah sejenis cecair kira-kira pukul 9 malam.
  • Kira-kira sejam kemudian, seorang wanita turut cedera di muka selepas disimbah sejenis cecair dipercayai cuka getah di tempat letak kereta berhampiran sebuah pusat beli-belah di Jalan Putra.
  • Mangsa terdiri daripada wanita yang kebanyakannya berketurunan Melayu di sekitar Dang Wangi, Sentul dan Brickfields.
  • 10 kes simbah cecair dipercayai asid dilaporkan berlaku di daerah Daerah Brickfields sehingga Mac
  • Dua suspek berketurunan India bermotosikal, masing-masing bertubuh gempal dan kurus berusia 20 hingga 30 tahun sering menukar jenis motosikal.

Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Khairi Ahrasa memohon orang ramai yang menyaksikan kejadian itu juga diminta mengenali wajah suspek, kenderaan dan nombor pendaftaran mereka serta pakaian dan memaklumkan segera kepada Rakan Cop atau Bilik Kawalan Polis Kuala Lumpur di talian 03-21159999.


 

sumber : www.tv3.com.my

Inilah gambaran (fotofit) wajah suspek kes simbah asid yang  dikeluarkan oleh pihak polis. Kes  terbaru yang berlaku hari ini membabitkan anak seorang anggota polis di  Seksyen 10, Wangsa Maju .

Polis sedang menjejak suspek berpandukan pada rakaman kamera litar tertutup kejadian sebelumnya.
Kalau tak ada apa² urusan penting, kita duduk di rumah ye kawan².



JOM ikuti Grapevine Campaign ! SINI

Mari kita sama-sama amalkan doa apabila keluar rumah, mohon perlindungan dari Allah s.w.t :





Ya Allah, aku berlindung denganMu supaya tidak sesat atau disesatkan, menyeleweng atau diselewengkan, berbuat aniaya atau dianiayakan, bodoh atau diperbodohkan ke atasku




sumber : utusan online ,kujie2.com


P/S : Jangan membangkitkan isu perkauman. Penjenayah adalah penjenayah . Bukan penjenayah mengikut perkauman. 

2 comments :

Terima Kasih sudi membaca entri ini =)

 

Copyright 2016 © Syazwani Mazlan. Design by Ayu Barbydol