Angel Wing Heart
Showing posts with label Filem Seru. Show all posts
Showing posts with label Filem Seru. Show all posts

03 May 2011

Ketakutan yang menghantui diri?





Pagi! Pagi ! aruuhh... Ngantuknya sampai menguap-guap :') Macamana Labor's Day korang ? Best Tak keluar jalan-jalan ? Ke duduk rumah besarkan bontot perut ? Hihihi. Tadi tengah hari , aku dengan adik aku drive pergi jumpa my auntie yg gediks itu utk watching the movie at Jusco Bt Raja.

Nak tau tak , kitaorang tengok filem Seru . Alahai , film ni berkonsepkan sama seperti Filem Penunggu Istana. Aku paling pantang kalau tengok filem/crita yg kameranya memang bergegar2. Pening kepala hotak aku ni. Tak suka betul kalau filem tu berunsurkan ala2 seperti dirakam (mcm kejadian sebenar terjadi) 

Pastu , boleh pulak kalut semacam. Haish. Terpekik2 , Hei , filem seram memang macam tu kan. Kritik je kau ni wani! Gedix. :D Yela , aku tak suka kalau ada girl tu menangis2. Cis , dalam filem je pun. Pening woo tengok pompuan menangis. Tak begitu sang lelaki? hee~




filem seru,gambar seru,hantu,foto,nora danish


Pengarah:
Ming Jin, Pierre Andre.
Senarai Pelakon:
Sharnaaz, Cut Mutia, Azman Hassan, Nora Danish, Awal Ashaari, Pierre Andre, Qhaud, Dazrin, Murshid, Nabila, Nursyarifatun, Dewa Sapri, Mona Majid, Nisha Dirr, Along, Sufian.

Sinopsis Filem Seru
Cerita ini mengisahkan tentang sebuah produksi yang sedang membuat satu penggambaran. Semasa penggambaran berlangsung, terjadi pelbagai kejadian aneh dan histeria sehingga berlakunya pembunuhan. Bermula dengan penolong pengarah (Sari) yang diserang histeria semasa penggambaran sedang berlangsung, diikuti oleh jurumekap (Julia) yang menjerit lalu rebah apabila bekalan elektrik terputus. Julia bangun dan terus menuju ke hutan dan menghilangkan diri.



 
Juru kemera Sham dan Tony diarahkan ke hutan untuk mencari Julia. Pengarah (Sam) telah menghentikan penggambaran dan mengarahkan krew-krew pulang ke tempat berkumpul mereka untuk mengelakkan situasi menjadi lebih buruk. Penerbit (Lina) mengarahkan agar Sari dibawa mendapatkan rawatan di hospital. Selepas Sari dibawa pergi, satu demi satu pembunuhan berlaku yang menyebabkan keadaan menjadi tidak terkawal. Semua siri pembunuhan itu adalah disebabkan oleh sepasang suami isteri yang tidak dapat menerima kematian anak dan cucu mereka. Dan krew yang terlibat dalam penggambaran tersebut, terutamanya Sari digunakan sebagai alat untuk mendapatkan kembali anak dan cucu.



 Bagi aku lah kan , aku bagi 3/5 je.. hihihi.. Kalau you all nak merasainya , Tengok di panggung ok. Hee~ Kebanyakkan darah & mimik muka watak sari ni yang menggerunkan aku . Watak yg senang. Tak perlu dialog. Kau cuma main bunuh-bunuh je. .:P
Ehem . aku nak open bisness baru ni . Korang-korang sila bagi support yang padu pada aku ok? kehkehkeh. Jenis bisness seperti gift yang korang boleh bagi untuk hantaran , & lain2. . Tunggu.. 
Cuti 2 Bulan ni , pening dengan report ! Ya Allah , permudahkan urusan aku ! :'(



 

Copyright 2016 © Syazwani Mazlan. Design by Ayu Barbydol